Sunday, August 30, 2009

Etika: facebook

Bangun tidur, facebook.
Waktu makan: facebook.
Tunggu bas: facebook mobile.
Ber*k: facebook mobile.
Tengah malam: facebook.


Begitulah setiap hari. Kalau boleh setiap saat mahu bersama fecebook. Seronok bukan berfacebook? Tapi ada beberapa perkara yang bagi Cik Benang menjengkelkan selalu berlaku di facebook. Antaranya Cik Benang senaraikan seperti dibawah:


1. Sangat menjengkelkan bila page kita dipenuhi dengan nama "dia" sahaja. Segala jenis kuiz dia buat. Kemudian pos. Buat lagi, pos lagi. Sehinggakan sepenuh-penuh halaman penuh dengan nama dia. Oh, kau baru tahu kau ni sebenarnya -10% seksi? Eh, ye ke Norlia Ghani tu patut jadi teman wanita kamu? La, lepas kahwin kamu kena duduk rumah mertua ke? Ish..ish... Cucur udang memang sedap, tapi kalau sehari 5 kali, seminggu 35 kali makan cucur udang, sedap ke? Lama-lama kamu jadi udang harimau pula.



2. Segala apa yang dia buat, semua nak di tulis di status. Bertukar setiap 5 minit. "Mamato Marcello sedang memakai kasut untuk ke kedai Kak Jenab". Lima minit kemudian: "Mamato Marcello telah pulang dari kedai Kak Jenab". Motif?


3.  Memang seronok bila melihat gambar yang di muat-naik oleh kawan-kawan. Tapi kamu main muat-naik sesuka hati. Gambar nampak kuku kaki sahaja pun nak dimuat-naik, gambar yang kabur tak ingat pun di upload. Mungkin lain-kali lebih berhati-hati dan memilih gambar yang layak sahaja untuk dikongsi bersama rakan?



4. Lagi penyalahgunaan status. Seronok bukan kalau status macam ni: "Iqmal Hisham mahu membahagikan kekayaan, sila hantar nombor akaun kepada beliau untuk pindahan wang". Tapi kalau macam ni: "Iqmal Hisham sedang berak", "Iqmal Hisham sedang makan nasi". What the...


5. Jangan muat naik gambar yang menunjukkan nama penuh kamu, di mana kamu tinggal dan sebagainya. Siapa tahu, mungkin ada peminat rahsia tegar di luar sana yang ingin kan anda untuk.... better safe than sorry.


6. Kepada sesiapa yang sedang giat mencari kerja, berhati-hatilah dengan laman facebook kamu. Kerana sekarang majikan terutama syarikat antarabangsa menggunakan facebook sebagai salah satu cara saringan. Tidak bagus kalau bakal majikan lihat gambar anda berparti tak ingat akhirat, mabuk, dan sebagainya. Hati-hati ya.


7. "You have a friend request". Entah siapa-siapa la yang add (tambah?) tu, usahkan bercakap, jumpa pun tidak tak pernah. Mungkin ada yang akan cakap "Alahai Cik Benang tu, dah orang request tu, approve saja. Bukan kena bayar". Memang betul, tapi Cik Benang nak facebook Cik Benang hanya untuk kawan-kawan terdekat. First degree friends. Bukan sesiapa yang tiba-tiba merequest selepas melihat gambar Cik Benang yang tanpa seurat benang di facebook. Atau sekurang-kurangnya hantarlah mesej ringkas macam: "Hai, kau ni bekas kekasih aku yang ke-187 kan? Ingat aku lagi? Salam sayang, Mamato Marcello". Mudah bukan?



8. Semalam Cik Benang dan dia bergaduh pasal biskut yang mana lebih sedap. Chipsmore @ oreo. Tahu-tahu sahaja dia dah padam Cik Benang dari senarai pasukan kasukabe nya di facebook. Elok-elok perkara boleh diselesaikan, sekarang nak pinjam seluar kecil Cik Benang pun segan semacam. Once bitten, twice shy.

9. YanG INi TaK P3rLukAN PenJ3LaSan BUkaN? VEry SeLF 3XplAnAt0ry.  ToL0NG LaH, KeNApa ORanG sANGgup HaBIs Kan MASa bermAIN DenGAn CaPS L0CK?? DAn IanYA JUga SusAH diBACa!!! SiLA yA~!


10. Sayew tak sukew lew org yang tuelies macam innew. geliew taw.


11. "Mamato Marcello rasa ada sesuatu di dalam fikiran yang mengganggu..." Apa yang kamu mahukan dengan status ini? Perhatian? <-- matilah, kadang-kadang Cik Benang buat juga.


Tu je la yang Cik Benang nak tulis. Bila Cik Benang baca-baca balik, terkena jugak kat batang hidung sendiri. Hahaha...

7 comments:

~~DucKneSs~~ said...

setuju ngan entri ko kali ini..kekadang lemas gak bila orang salah guna FB tuh..lemas..

*setiap 2 minit tukar status baru..tengok cam aku nih..sebulan sekali pon susah nk tukar status..(line tenet gelong..hehe)
*about fren request tuh,aku da malas nak mik tau..add aje sesapa yang aku pk lojik..kenal ato x,laen cerita..Frenster telah aku set untuk my 'known frens'..
*maen caps lock n ejaan ntahape2..i don loike too..serabut amat..pulun semacam jek derang nih..

Aku said...

Hahaha... sebulan sekali tu. Friendster aku dah delete. pastu menyesal sbb rmai kwn2 yg ad kat situ, x de kat facebook.

kaw geliew jugaek kew?
haha..

~~DucKneSs~~ said...

yup..sebulan sekali dowh..tenet USM nih mengong..hahhaa..

yers lawr..geliey taouw..hahhaha..(extreme sgt ejaan aku)

btw,mat..ko balik x hjg taun nih?raya balik?

Aku said...

Mmg over!

Aku insyaALLAH balik. 19hb. Pastu buat projek kat UMT. :))
Sebulan je.

Pastu 17hb balik sini semula.
Aku nak pulun roti canai wei!

~~DucKneSs~~ said...

hahha..nape?ngidam roti canai ke skang?weh,roti canai tganu mane ori..mai la penang nih..baru ori, babe!! hehehe..aku banje..

Jovial Diamond said...

AKU sgt setuju yer..
berfacebook mmg sronot..
jadik ketagih pon ada aku rs..
tp aku rs lemas seperti mana yg kau snaraikan...
trmasuklah upload gambar2 dgn bf..
pastuh komen sesama sendiri...
bf dia komen..dia reply..dgn ayat penuh menggoda..sbg contoh
"siapla abg nnt..ayg taulah"

ataupun
"huby ni nakal tau.."

owh..taulah bahagia..tp xperlu pamer pada smua..
aku naek jelak..

akukanbaik said...

yes im totally agree...
sungguh annoyed bila buka FB nama org tu je da penuh satu skrin 14inch aku ni...

p/s:hello!!!motif nama aku naik cmtu....FB mak xpenah mengannoyed kan ok

larrriikk