Monday, August 24, 2009

If you're muslim, then you must be a terrorist!

Salam y'all.

Sekarang ni, suka ataupun tak Islam memang telah dipandang dengan tidak adil dan kadang-kadang penuh kebencian dan ketakutan. Sehingga tercipta istilah islamophobia. Semua nya berlaku selepas 9/11.

Aku ni bukannya apa, saja nak berkongsi satu pengalaman mengenai islamophobia ni. Tadi petang aku melibatkan diri sebagai co-facilitator untuk intercultural communication day. Nak dijadikan cerita (klise sungguh ayat ni), dijemput seorang penceramah daripada NUFFIC. Kita namakan dia Mr. Nuffic. Perjalanan cerita bermula apabila seorang lelaki berbangsa Belanda bertanyakan soalan mengenai islam kepada Mr. Nuffic ini.

Apa yang megejutkan, jawapan beliau sangat mengguris hati bukan sahaja pelajar beragama islam, malahan juga bangsa-bangsa lain yang mencintai keamanan dan perpaduan di situ (lagi statement cliche). Jawapan beliau yang mengaitkan islam dengan keganasan sangat mengecewakan dan memeranjatkan.

Keadaan menyebabkan seorang pelajar dari Mesir (juga co-facilitator) bangun dan secara terangan menjawab "I'm so sorry because I have to disagree with you, Mr. Nuffic". Beliau dengan panjang lebar menerangkan konsep islam yang sebenarnya. Perbahasan berlangsung selama 30 minit. Di penghujungnya, seorang pelajar perempuan daripada Belanda menambah:

"You are welcomed here and accepted"

Mr. Nuffic yang bermasalah (apa pun aku tak tahu) membidas;

"Yeah, right. But not all, only 80% of the people in The Netherlands"

What the.... I mean, he should say it in a diplomatic way. But he just being typical Dutch, straight forward and clearly talking through hat and his arse.

Perbincangan ditutup bukan dengan surah al-asr, tetapi pendapat daripada Mexico:

"I don't think you should ask that kind of question here. This is neither religion studies nor theology conference you stupid moron".

Nice, eh?

Baiklah, memang aku sengaja menambah 3 perkataan terakhir itu. Huuu....

Dalam perjalanan pulang ke apartmen, aku berborak dengan Anita (Indonesian). Beliau mengeluarkan statement:

"That was why I prefer not to show I'm a muslim. I don't like to tell people about my religion, about Islam. Because I have nothing to be proud of".

Uhm... sedih juga aku dengar kata-kata Anita itu... Tapi ada kebenarannya, dan ianya memang berlaku... Pendek kata, don't tell, don't ask. Sebelum berpisah beliau sempat menambah:

"However, I felt so guilty and bad because I didn't say anything to stand up for Islam during the discussion just now. I felt sad".

Sudah tentu, kita semua sedih dan kecewa.
Bukan?

Pengajaran hari ini:

1. Sila jangan mengamalkan konsep "Kalau daun, mesti warna hijau". Kerana kadang-kadang ada juga daun yang kurang klorofil, berwarna putih, ada yang berwarna kuning kerana karotenoid dan merah kerana banyak betalains.
2. Be proud of what you are. Because you are not only what you eat, but also what you believe.
3. Jagalah nama baik islam. Cukuplah dengan keganasan dikaitkan dengan kita. Tunjukkan lah warna islam yang sebenar.

Nota sampingan:

Tadi Lise, a french girl told me about wearing burqa' and scarf in the country. Sebenarnya bukan sahaja masyarakat islam, tetapi kristian juga tidak dibenarkan mempamerkan tanda salib, yahudi tidak dibenarkan memakai kopiah kecil mereka. Pendek kata, its not allowed to be different religion-wise there. So, totally it is not a discrimination. At least I think so.

What say you, fella?

3 comments:

Jovial Diamond said...

first of all aku nk ucapkan syabas kepada mamato kerana telah mngambil ms aku slama 1/2 jam membelek dan menatap blog mu ini walhal aku tgh diambang kekusutan membuat assignment master..terima kasih sekali lagi..

ok...
mamat ko patut tembak aje Mr Nuffic itu dan saper kwn ko yg indonesian..(huh..hanjeng sungguh!!)

Banggalah dgn diri sendiri..
Btol atau tidak sesuatu agama itu..bergantung kepada pegangan dan kepercayaan masing2..
setiap agama mengajak manusia kejalan yang benar..
Islam sendiri mgajak umatnya mengikut landasan yang lurus dan sayang-menyayangi antara satu sama lain..

Dan kwn ko yg kata xde ape nak dibanggakan dgn islam tuh..
aku ingat dia dah lama x mngaji ataupon mungkin xpnah mgaji..sbb tu lah dia x tau..btapa indahnya islam..

sekian.

~~DucKneSs~~ said...

yup..aku rasa kawan indon ko tuh cam islam pada nama je..kalo ikut ajaran,da lama fail..kalu dia tak rasa sumtin spesel about islam, she might as well jd kristian..haih~~~pelik..

Anonymous said...

salam....
menarik gak cerita nie. kwn mamat yang indonesia tue...hm...nk kata salah dan betul pun x taulah...camne kan. tp rasa bersalah die sbb tak bgn memberi penerangan tentang islam semasa diskusi tue, perlu diambil perhatian dan sepatutnya dirasai oleh semua orang, smg menjadi pedoman dan titik mula untuk berubah, mencintai dan mendalami Islam....
lain-lain nye serahkan pada YG MAHA ESA...

sekian..

saidah