Sunday, November 22, 2009

Iklan Masa Kini

Kalau tengok betul-betul, CB rasa iklan-iklan sekarang makin pelik lah.


Iklan 1: Bank Rakyat
Seorang wanita memasuki rumah kawannya dan berkata:


"Oh, layan internet ye"
"Tak lah

Sambil melayari Internet Banking Bank Rakyat dan menjustifikasikan mengapa "Saya Mesti Pilih" Bank Rakyat.



Apakah??


Iklan 2: HSBC
Suasana mengambil tempat di meja makan. Si bapa kecewa kerana si anak membuat keputusan untuk meneruskan minat dalam bidang seni, bukan perubatan. Keesokan harinya, kita dapat melihat lukisan-lukisan (secara peribadi, CB sukalah lukisan pokok berwarna-warni tu) digantung di dinding, menggantikan sijil-sijil yang sebelum ini megah menghiasi bilik tersebut.


Kemudian, terdengar pula narrator berkata "anda mampu bersikap optimis jika pelaburan anda terurus".


apakah dengan kata lain:
"Lantak kau lah perempuan oi, kau nak melukis ke apa. Yang penting duit aku tengah beranak dalam HSBC tu ha. Kau berjaya bagus, kalu kau merempat aku tak kisah pun. Duit mak beranak, nyah".


Tak begitu ke?

Iklan 3: P1 wimax


"Abang dah potong kan?"

"Of course"


Oh em gee, I just loved it!


Iklan 4: Sejenis pencuci


CB tak ingat lah pasal produk dari syarikat mana. Tapi masih lagi ke udara.


Ianya menceritakan pasal luahan rasa seorang ibu tentang masalah kuman melanda dirinya dan keluarga.


"Saya suka mendekati alam, tetapi kuman boleh menjadi penghalang".


Jadi, apa yang kamu fikirkan? Tinggal di sebuah dunia yang bebas kuman? Uhm.. mungkin kamu boleh tinggal di dalam makmal atau pun laminar flow yang fully sterile. Atau mungkin kamu boleh tinggal di sebuah lokasi rahsia dalam cerita "The Island". Di mana semua orang memakai baju berwarna putih. Ingat tak?



Fakta Pantas I: Kanak-kanak yang terlalu dijaga semasa kecil akan menghadapi masalah imunasasi yang lemah apabila telah membesar. tetapi kanak-kanak yang dibiarkan bermain lumpur (dengan pengawasan ibubapa, sudah tentu) akan memiliki daya imun yang tinggi dan sukar dijangkiti penyakit.



Fakta Pantas II: Tahukan anda bahawa penggunaan sabun antibacterial sebenarnya tidak bagus untuk kesihatan? Terutama yang mengandungi Triclosan. Antara produk yang mengandungi bahan antimicrobial tersebut termasuklah: Colgate Total and Breeze among others.


Iklan 5: Badminton? Uhm.. Tak Kot.


Ingat tak sebuah iklan pasal sepasang kembar yang mempunyai kegemaran serupa. Formula 1 dan sebagainya. Termasuklah:


"Badminton? Uhmm... Tak kot".


Kemudian TV3 melalui Buletin Utama melaporkan sesetengah peminat badminton tidak boleh menerima iklan itu kerana dikatakan menyindir arena badminton negara. CB just like: What is wrong with you people?


Kadang-kadang orang-orang(an) macam ni memang susah nak difahami. Jadi CB ambil langkah mudah, biarkan si Luncai dengan labu-labunya.

Iklan 6: Milo


"Boleh ke saya belajar apa yang takde dalam buku"
"Boleh saya cari, apa yang diperlukan untuk terus maju?"
"Dan boleh saya...."


Boleh tak kau straight to the point? Kalau nak pergi bermain tu, cakap je lah nak pergi bermain. Pusing sini, pusing sana. Kau kenapa? Drama kuat!



Kadand-kadang menonton iklan memang seronok. Tapi kalau iklan lagi panjang dari cerita, CB pun naik angin juga.


Salam Sayang,


5 comments:

~~DucKneSs~~ said...

hahhaha..aku amat suka iklan 'potong' tuh..hahhaha..extreme..

lagi satu ikalan kitkat..'kerja tanpa henti?berehatlah dengan kitkat"..scene: pompuan dalam tv karoke tuh..very da cute one..hahhaha

Cik Benang said...

Oh, ha'ah lah! sangat kelakar n cute!

Berlian yg Ceria~ said...

huh..lg annoying tgk iklan potong dimana bdak2 bermain kompang sambil mengalunkan irama potong mngikut lagu aris ariwatan tuh,,,

aku bygkan kalo lah itu majlis aku..dan bdak2 kompng alunkan lagu tuh..aku sumpah aku turun dari pelamin dan potong kepala budak2 tuh,,

Cik Benang said...

Oh, yang baru tu langsung x best.
Lagu Aris Ariwatan yg mana satu ye?

P/s: amboi garangnye pengantin ni! takot aku.

akukanbaik said...

iklan potong tu mmg layak dipotong dari tv..sangat annoying..
kalo la aku menteri penerangan,jangan mimpi nak lepas kat tv...so vote for me!

ye betol tu cik berlian...akan saya bantu dengan menghentak kompang2 tu kat kepala mereka..(geram!)

p/s:ala lagu satu,dua tiga tu