Sunday, February 7, 2010

Kisah Multicultural: Beras

Shoohh.... Shohh...


Haiyoo.. banyak betul labah-labah buat sarang kat blog CB ni. Kalau Tobey Maguire yang buat sarang, tak apa lah jugak.


Semalam CB pergi pasar, beli beras. Disebabkan teknik menanak nasi yang CB miliki adalah di Tahap 1.5 ataupun lebih dikenali dengan nama Tahap Ayam, maka beras basmati menjadi pilihan seisi keluarga. Tapi kalau dari segi rasa, CB gemarkan beras cap arnab atau mana-mana beras siam wangi yang diseludup secara haram. Wait, ada ke seludup secara halal? Tapi selalunya hasil masakan tidaklah begitu menjanjikan (promising). Beras basmati je yang lebih lentur (flexible?), kalau lebih air pun tak apa, kurang air pun tak apa.


Biasanya CB beli beras basmati yang ada gambar dewa Hindu kat depan tu. Tapi dah 2 minggu CB tak nampak kelibat beras jenis tu menyebabkan CB tiada pilihan selain membeli beras Cap Taj Mahal sahaja. Bukan Faeza Herbaponi Taj Mahal ye.
Beras Cap Taj Mahal CB

Di bilik, CB pun letak je lah beras serta barang-barang lain yang CB beli tu di atas meja. Tiba-tiba pintu bilik CB diketuk. Oh, Si Mika mamat Itali yang kacak itu rupanya. Tetiba dia tanya kat CB:


"Eh, you ada bela kucing ke?"


"Mana ada? Kenapa you nak jadi kucing I ke?", tanya CB dengan lenggok bahasa yang sungguh sundal sambil menggentel rambut.


"Takde lah, habis tu kenapa you beli pasir untuk kucing berak?", sambil menunjuk ke arah beras jenama Taj Mahal yang CB baru beli itu.


"Pasir untuk kucing berak"

"What the... No! Itu bukan pasir kucing lah senduk! Itu beras!", CB terus pengsan tang tu jugak.

1 comment:

~~DucKneSs~~ said...

hahahhahaha..jahat la mulut kawan yu tu..xsuka tau..sampai hati dia..kang sumbat betol2 pasir kuceng lam mulut dia bru taw..