Wednesday, February 10, 2010

Kisah Multicultural: Bye U ols! Mak naik kereta!

Semalam Jet (disebut Yet) buat parti pemanasan rumah tangga (housewarming party) sebab dia baru je pindah. Jika sebelum ni dia bersekedudukan dengan teman lelaki kat student house, sekarang dia dah up sikit, dah sewa apartment sendiri.


Rumah tu tak lah besar sangat pun, satu bilik je. Tapi pemandangan dari tingkat 16 menghadap kota raya lama Utrecht memang cantik. Tiba-tiba je CB terasa rindu kat KL. Ye lah kat Negara Tanah Rata Sekebun Bunga ni mana lah ada bangunan yang tinggi melangit, gah dan kacak macam KLCC tu. Malaysia boleh u ols!

Sebelum tu dia ada tanya CB ni muslimah ke kaann... CB mengangguk sambil menyucuk jarum dan mengetatkan tudung.
Petang tu Jet dah cakap dia masak stew ayam, masuk wine sikit2 dan bagi memeriahkan rasa, daging babi. Tapi selepas CB cakap CB ni muslimah sejati, dia cakap akan masak veggie lasagna khusus CB. OK lah kan. Takkan lah CB nak mintak nasi beriyani gam ke, nasi kandar ke kan. Nanti tak pasal-pasal dia cucuk mata CB dengan jarum tudung tu.

Mak nak gi acara Karpet Merah Grammy u ols! Wanna join me?
 
Tapi yang buat CB kekok bukan pasal wine atau daging babi segala tu, tapi dia tanya masa CB tengah lepak dengan 3 orang kawan lain, dan hanya CB yang dia jemput. Lagi 3 perempuan tu dengar dan nganga je lah, sebab tak dijemput kan. Pasrah je lah kan. Tapi yang CB kagum, masing-masing selamba je. Tak ada lah nak tarik muncung kecik hati ke apa. Si Jet siap borak-borak dengan diorang pasal parti tu, dan diorang masih tak dijemput!

Mak yang lepak sebelah dia pun tak dijemput u ols!

Jadi, malam tu 9 orang je yang ada, termasuk lah Jet, teman bersekedudukan dia dan juga supervisor CB yang berjawatan Professor. Masa makan, si Jet ni pun hulur lah kat semua orang satu persatu. Yang paling penting, supervisor CB diserve paling last sekali! Orang tua tu, CB tengok dah tak sabar nak merasa stew ayam si Jet tu. Nak dijadikan cerita, supervisor CB tu, supervisor Jet jugak. Kalau CB buat macam tu kat Dr. XXX atau Prof. YYY atau sapa-sapa lah kan, masa buat ijazah dulu, mesti CB dah dicop tak reti hormat supervisor. Kan?

Masa nak balik tu, boleh tak masing-masing naik kereta tapi biar supervisor CB tu balik naik bas dengan sorang lagi staf lain. Kekok tak? Engkau naik kereta, tapi supervisor engkau balik naik bas. Masa CB dalam kereta tu, lalu depan hentian bas nampak diorang tengah tunggu bas. Masa tu tengah salji lite-lite. Masing-masing beria-ria tekan hon and say "bye!!!!".

Bye u ols, see you at the lab tomorrow!

CB terus masukkan kepala dalam dashboard. Ala2 burung kasawari u ols.

Ampun kan saya, tuan professor.

1 comment:

~~DucKneSs~~ said...

gilak kan..dey ols memang spoting kan?kalo la ko wat kat Papa az*z cmtuh,maunye ko kne ban dr grad..hoish..