Tuesday, February 16, 2010

Kisah Multicultural: SV ku sayang.

"CB, how is your thesis going?", Tanya Jet kat CB pada suatu hari.


CB pun macam orang mengantuk disorongkan bantal, teruslah bercerita pung pang pung pang! CB cerita kat dia sejak dua menjak ni, CB dah tak tahu apakah ertinya kegembiraan. Tiada perkataan gembira dalam kamus hidup CB. Dah terpadam dari memori. Semuanya gara-gara thesis CB yang tak tahu ujung pangkalnya. Sepanjang buat thesis ni, CB tak ada perasaan tengah buat thesis. CB tak tahu siapa daily supervisor CB! Nama CB takde dalam senarai emel kakitangan makmal, CB tak dijemput ke group discussion setiap Selasa dan banyak lagi lah kekecewaan lain.


Sedeyh sangat.... Segala-galanya sudah tak bermakna lagi...


Kalau ikut proposal, CB sepatutnya buat kajian pasal taburan entomopathogenic nematodes di Malaysia. Tapi diatas masalah teknikal, tajuk tu terpaksalah ditukar. dan paling tragis bila CB dapat tahu jumlah kredit untuk thesis ni adalah 24 sahaja. Sedangkan CB perlukan 36 untuk bergraduasi.


Jadi CB pun selalulah tanya SV tu pasal status thesis tu. Sebab kalau buat 24 boleh, tapi nampak gayanya CB kena extend lah. Tak lah kisah sangat, tu pun kalau ada yang nak sudi sponsor kan. Bayangkan lah, satu period (2 bulan) yuran dia EUR1600 (RM7500) lah lebih kurang. Kalau nak duit haram tak de masalah. OOppss...


Nyah hei.... EUR100 sejam. Murah.. murah... Siapa cepat dia dapat!


Tapi setiap kali berdiskusi je, kalau tak  "I will think about it", mesti "I will think about it, and will let you know, OK?". Tu je. Jadi CB tak nak lah paksa dia bagi keputusan cepat-cepat. CB pun tak lah hari-hari tanya dia "Dah habis fikir ke belum? Cepat sikit boleh tak?". CB diasuh supaya bersabar dan bersopan santun. Jangan kecil kan hati orang dan jangan kurang ajar, lagi-lagi dengan guru kita kaann.. Jadi CB pun terus lah bersabar. Hari berganti minggu, minggu berganti bulan.


Sampailah Jet tanya dan cakap; 

"Muhammad, you cannot be like this. If you want something, ask for it. Be strict. It is ok to be pushy. Anyway, I don't think it is a push or something. You just want what you deserve".

Tapi CB teruslah berbasa-basi.

"Hurm.. I know. But I'm not comfortable doing that. Asking him over and over again. I don't want to be called pushy. I assume, if I told him once, he will understand. Maybe he is busy. As a matter of fact, I asked him for like 4 times already!".


"No, Muhammad, no. Cannot. Come on. Just go, knock his door and ask. He will understand. You know that you can just walk into the room. Talk to him, anytime! The later you do this, the longer you suffer. OK, I will ask him today. But I wont tell him about our conversation and I will let you know tomorrow."

"Thank you, Jet. I love you!".


Esoknya CB jumpa Jet lagi. Dia cakap dah borak ngan SV CB tu. Dia pun mengaku lah yang dia kurang supervise CB semua2. So Jet suruh CB jumpa dia segera, sementara dia segar lagi. Tapi CB masih tak berani. Jadi CB hantar emel dan tulis:

"I would like to discuss with you about my thesis status. We talked about this several times, but never came to concrete conclusion. I hope we can meet tomorrow to finalize everything."

Lepas tu, CB dah jadi macam tikus dalam lab tu. Risau kalau-kalau CB terserempak dengan dia. Sebab CB rasa emel CB tu macam kasar sikit. Tengah CB setup mesen qPCR, tiba-tiba dia ketuk kepala CB guna micro pipette. Tak cukup dengan tu, di cucuknya mata CB dengan falcon tube!

Rasain!

OK, tipu je.


Dia tepuk bahu CB dan ajak jumpa kat bilik dia. Dalam bilik tu, barulah dia nak assign siapa daily supervisor CB (selepas 4 bulan CB kat lab tu!) dan akhirnya dia setuju bagi 36 ECTS. Syukur alhamdulillah. Keluar je bilik tu, terus CB peluk Jet. (Ssshhh.... Censored sikit part ni).


Apa yang CB belajar dalam peristiwa ni:

1. Sila padamkan istilah "pushy" dalam kamus hidup. Kita hanya mahu apa yang kita mahu dan patut dapat. If I want it, I want it now!

2. Communication is the key. Kita boleh capai apa sahaja, dengan cara berkomunikasi.

3. Selalulah berbaik-baik dengan budak-budak PhD, kadang-kadang diorang tahu how to play the game with our supervisor. Tapi jangan lah sampai tahap bodek pulak.

2 comments:

~~DucKneSs~~ said...

hahhahah..cayuk2 CB..tp kalo xten pon xde slh,buleh aku gi melawat ko kt sane..ahhaha..*mulut longkang kan??

aiXat.MR said...

I pn nak baik2 dgn En. Jet jugok lahh..
auw!