Monday, March 29, 2010

Kisah Multicultural: Tingkat Tiga (Episod 2)

Apakah CB kelihatan seperti seorang anaroxic yang malas bersenam dan nampak seperti tidak mampu menanggung beban tulang sendiri? OK, memang CB malas bersenam, malas nak ke jim (gym?), tetapi rajin berfoya-foya. -_-!
Tapi dimanakah keperluannya nota seperti dibawah:

Disebabkan semakin ramai manusia obes tak sihat di universiti ini, kami melancarkah kempen "Mari Memeriahkan Tangga Anda"

Dah lah tak bagi CB naik lif, sekarang ni, eskalator pulak.
Apakah motif disebalik segalanya ini?
Apakah ini petanda bahawa CB semakin gemuk?
Apakah ini, tuhan?

Kalau dah berkelubung macam ni, nampak lagi ke ketulangan CB ni?

Semalam masa borak dengan Baris, dia cakap CB nampak berisi! Motif!!! It wasn't me, it was the camera which makes me look chubbier than I actually am! T_T

Tapi suka diingatkan, walaupun sesetengah orang tu kurus macam lidi, tak semestinya dia sihat. Scientists called them "Inner Fat" sindrom. Kalori yang tidak digunakan oleh badan disimpan di dalam saluran darah, bukan di bawah lapisan tisu adipose. Githoo... Jadi ianya adalah lebih merbahaya, pembunuh senyap atau lebih dramatik lagi, gunting dalam lipatan. Kaann... Sila rujuk artikel ini untuk maklumat lanjut (kalau u ols rajin lah).

Sebagai kesimpulannya, marilah kita memeriahkan tangga anda! Ajaklah jiran tetangga naik tangga, sambil-sambil boleh gosip pasal pergolakan rumah tangga Si Kiah yang lakinya kena tangkap basah kat tangga Batu Caves. Githoo...

*CB ni, memula meroyan sebab kena banned eskalator, pastu sokong pulak. Tapi u ols... "Ada aku kesah?"

Sashay, away.

Sunday, March 28, 2010

OhSoRandom: Hati kau gelap, segelap kulitmu!


 Hello y'alls. Comel tak anak tiri angkat mak u ols? Nama dia Damian Adamina Agatha of Aragorn. *pitam

Apa yang u ols buat semalam? CB berkhalwat di dalam kegelapan, bermunajat kepada tuhan. Githoo... Semalam kan Earth Hour, so CB turut serta dengan tutup semua lampu and electrical appliances kecuali peti sejuk (busuklah sayur dan daging kijang CB tuuu nanti) dan heater (kalau tutup ni, mau lepas sejam, CB dah mati beku, terus dike"earth"kan) <-- lame joke!

Jiran CB si Zsuzsa (macam mana eja nama dia tah) n Mika ajak celebrate sama-sama semalam. Tapi daripada tgok diorang tunggang tequila segelas dua, baik aku tido. So, below I attached pictures from yesterday evening, in my room. Mari selamatkan dunia kita yang tua ni u ols!




Amacam. makan hati ke idok tengok bilik CB yang meriah ini. Meriah ke tidak, meriah ke tidak, meriah ke tidak?

Sashay, away.

Saturday, March 27, 2010

Kisah Multicultural: Let me do the dishes

Sejak kecil, mak CB ajar basuh pinggan periuk belanga ikut budaya melayu. Cara dia mudah saja, basahkan pinggan, kalau berminyak sangat siram dengan air panas. Lepas tu letak sabun. Jenama tak tentu, ikut mood. Kalau tak sempat nak beli, sabuh basuh baju (Ekonomi Handalan) pun kira halal. Hahaha...

Auw, u ols! Tak baik taw ambik gambar mak candid! Asal gelang kaki mak meletops sudeh...

Lepas sental-sental sikit, mak ajar kenalah bilas sampai bersih. As a quality control, pastikan bunyik "shriek" gitu bila calit guna jari. Kalau masih ala-ala soapy or oily tu, sila bilas lagi. Sampai berbunyi. Itu yang CB amalkan sepanjang umur CB 17 tahun ni. (Tuu dia, sweet 17 katanya!). Tapi bila dah terdampar kat Negara Tanah Rata Sekebun Bunga ni, lain pulak ceritanya.

Standard of Procedure (SOP):
1. Sila campak semua pinggan, sudu. garfu, cawan dan segala-gala nya ke dalam sinki.
2. Masukkan sabun sesedap rasa ke dalam sinki tersebut.
3. Penuhkan sinki dengan air panas berasap. Anggaran 75-80C
4. Sental
5. Lap hingga kering.

CB termiss satu step; bilas. dimanakah konsep ke 5 iaitu "Kebilasan terhadap pinggan dan mangkuk"? CB hanya mampu ternganga dan tergelak sendiri je tengok diorang lap pinggan yang penuh berbuih dan bersabun tu.
 Sebelum panaskan minyak, sila masukkan buih sabun barang segenggam dua.

Mak aih, nasib baik CB dah pelahap habis makanan tu tadi. Patutlah sedap, berperisa sabun rupanya ayam aku makan tadi.

OhSoRandom: Buruklah layout blog CB ni, tak sevogue tuannya! Macam mana nak buat kasi cantik eh? 

 Dari kiri; Annemiek, Berenice and Lotte

 Dari kiri: Huib, Annemiek and half of Berenice

Sashay, away.

Thursday, March 18, 2010

Gituuhh...

Merendek di mana-mana.

Tahukan anda, perkataan merendek merupakan kata pinjam dari bahasa tamil iaitu "irandu" (௨) yang bermaksud dua. Kenapa? Tak percaya ah? Jangan pandang CB sebelah mata, nanti juling! *Sambil libas rambut yang tak berapa nak ada.


Tengahari tadi sementara tunggu si Huib tu hantar emel, CB sempatlah mencuci mata kat balkoni library. Tak tahu lah, samada citarasa CB yang makin murahan atau pun memang makin ramai eye candies di library sejak dua menjak ni. Kalau nak buat revision, kena duduk meja yang menghadap tingkap, kalau tak jangan haraplah boleh siap baca sehelai nota pun! Ye lah, mata dah juling dok scan umat yang lalu lalang. Ya ampun... lagha sangat!

 Yang meletops sila ke hadapan, yang hazzab sila ke longkang!

Tengah-tengah duduk menjulingkan mata tu kan, CB nampak lah sepasang kekasih ni:

 Mama, papa cium sikit boleh?

Bukan main seronok duduk memadu asmara peluk-peluk dan saling raba-meraba. (pernyataan tersebut tak berbau dengki kan? kan? kan?). Terus CB bayangkan, kalau lah situasi ini di  Perpustakaan Sultanah Zahirah (universiti mana tu eh) mestilah berduyun singgah mata-mata. Suka diingatkan, mata-mata disini bukan lah agen insuran seperti Nora Zain 007 ye. Maka julinglah semua mata-mata manusia disitu hatta tercetuslah cerita hangat mengalahkan gossip pensyarah tua menikahi pelajarnya sendiri. (pensyarah mana tataw).

Motif nama mak diseru-seru? Benci taw!


Sebelum tu, ada lagi sepasang yang dok meraba-raba sehingga tangan masuk dalam baju segala. Meleleh air liur CB.


CB tulis ni dengan kesedaran yang itu memang dah jadi sebahagian kehidupan mereka. Cuma sepanjang tahun lalu, tak de pulak CB nampak benda ni dalam library. Kalau kat luar tu, biasalah. Kadang-kadang CB pun join sekali. Ooppss... Bukan apa, niat kita baik, nak mendalami budaya mereka-mereka ni. Suci kan niat itu?


Oh ya, untuk makluman, sekali lagi hati CB menang. Damn you!


Shashay, away.

Thursday, March 11, 2010

Kisah Multicultural: Tingkat Tiga

Kisah Multicultural: Tingkat Tiga


Manusia ni kalau dah malas tak boleh nak cakap apa lah. Nasib baik CB tak pernah lagi baca berita dengan tajuk: "Seorang Lelaki Mati Kerana Malas Bernafas". Macam mana tu? Tapi CB pernah baca pasal  Sindrom Mata Malas (Amblyopia). Mula-mula tu ingatkan penyakit ni menyebabkan seseorang tu tidoooo je sepanjang masa. Ehem..ehem.. siapakah makhluk itu?

Suami mak suka mata ala-ala kucing siam u ols. Sebagai isteri solehah, kenalah mak patuh kann..


Walaubagaimanapun (penanda wacana kegemaran), apa yang CB nak kongsi ni bukanlah pasal malas nak angkat kelopak mata ke apa, tapi pasal malas nak naik tangga. Hatta satu tingkat je pun. Salah siapa tu? Salahkan perut ibu mengandung sebab masa mengandungkan kita, dia dok tidoooo jah. I love my mum!


Waktu tu CB baru lepas makan tengahari, jadi macam malas sikit lah nak naik tangga, jadi CB memilih untuk guna lif saja untuk ke tingkat 3. Walaupun hakikatnya bukan kena daki tangga pun sebab dari tingkat 1 ke tingkat 2, ada disediakan eskalator. Kalau kena naik tangga pun, setingkat saja. Tapi ye lah, macam CB cakap tadi; MALAS.


Bila lif tu terbuka, ada dua orang lelaki Dutch yang azab rambut tak berapa nak ada (dengki), nak ke tingkat 8. Bila dia tengok CB tekan butang "3". Terus dia tak puas hati disebabkan CB dia kena singgah kat tingkat 3. Jadi macam melambatkan proses transportasi (ayat nak meletops).


Lelaki Azab: Apalah kau ni, naik tangga je lah. Bukan tinggi pun. 2 tingkat je.
CB: Mak aih, sentapppppp... (Hati berkata-kata)



Nyaris CB tak transform jadi Pink Ranger. Kalau tak....


Sejak dari kejadian tu, taubat tak naik lif dah! Hari-hari naik tangga. Bukan tangga pun sebenarnya, eskalator jugak. Hehehe... Oleh itu, sila jangan malas. Naiklah eskalator.


p/s: Terima kasih kat Diyana dan Ikhmal Hisham sebab cakap blog CB ni kelakar. Sampai ada sorang tu jadi sewel sekejap (sapa tataw). Tang mana yang kelakar tu, tak tahu lah. Syukran aljazilan! <-- tetap nak ber"arab" segala.


Sashay, away.

Sunday, March 7, 2010


Tensi!

Laptop CB ni dah tahap anak kucing kacukan hanjeng. Sikit lagi nak cecah stage hanjeng! CB tak boleh shutdown laptop ni. Kalau dah shutdown, nak start balik alamatnye sejam lah kau melangut tunggu dia load. Sampai je kat gambar tingkap warna warni dengan loading bar kat bawah tu, dia restart balik. Berkali-kali. Kalau kau masak nasik ayam, siap makan dulu baru boleh pakai. Kadang-kadang sebab bengang punya pasal, CB hempas laptop ni atas meja. Ada masa tu, tekan kuat-kuat dan berkali-kali butang enter. Ada beran? Hahaha...
 
Aku tensi!!!!


Selain daripada itu (konsep karangan bertemakan surat rasmi tingkatan 5), mak aih, lemnakmamps (lembab nak mampos)! Kalau tiba-tiba CB feeling nak layan video Ziana Zain kat youtube (kantoi hari-hari layan youtube) mestilah hang dulu light2. Dalam 30 saat @ seminit barulah nak load. Lagging pulak tu. Hanjs tak? So kaedahnya, CB biar lah laptop ni on je manjang. Selagi tak perlu ditutup, takkan ditutup.


Jadi sekarang ni CB tengah lah mencari-cari pengganti baru. Ye lah kekasih sekarang ni buat hal, kita cari lah lain. Yang lebih kelles dan meletops. Tak gittew? Hati (hati ye, bukan otak) ni pulak merentan nak lah ada MacBook Pro satu. Tak nak ni MacBook biasa yang warna putih (paling cikai) tu. Cikai-cikai pun, 4-5 ribu jugak. Saat ni, hati dan akal asyik berkelahi. Diantara memenuhi tuntutan nafsu ataupun berpijak di bumi nyata.


Yang lepas-lepas sudah, hati lah yang selalu menang. Contohnya CB dah beli DSLR yang berharga ribuan ringgit. Last-last ado kau guna? Ado kau ambil gambar setiap hari? Yang paling penting, cantik ke gambar kau ambik tu? Non ado! Pastu dah dapat DSLR, iPhone puloks, siap sign contract dengan tMobile bayar EUR50 sebulan. Tapi hakikatnya ada kau guna telefon tu bergayut 24jam? Tak ada jugoks! Bayar lagi mahal ada sebab selalu hantar mesej dan telefon masyarakat Malaysia. Bila tanya kalau nak tamatkan perkhidmatan, kena bayar EUR700! *Pengsan.

 
Walaupun pengsan, tetap berdress segala.


Sekarang ni pulak hati merayu lagi. MacBook Pro. Kalu tengok kat sini, harga dia dalam EUR1190. 


Hati: Alah, setakat EUR1190 je. Ko cucuk je kad kredit kau tu. Selesai.
Akal: Tapi... Kenapa nak beli? Kan dah ada laptop ni?
Hati: Hei, ko tak tengok ke kehanjengan laptop ni? Dah la kotor berdebu segala. Jijiks tau tak? Jijiks!
Akal: Memanglah kalu nak beli boleh aje. Tapi lepas tu kena bayar balik. Membazir lah. Baik kau guna duit tu buat downpayment kereta ke, rumah ke. Nanti balik nak ambil lesen kereta lagi. RM1000 dah kat situ. Gaji kau tu bukan besar sangat nanti.
Hati: Damn!

 
Let me introduce you, my beautiful mind and beloved heart.


Alhamdulillah. setakat ni akal masih waras dan kuat. Tapi kalu dah kena racun hari-hari parah jugoks. Lagi-lagi group members CB semua pakai MacBook Pro. Jiran CB si Mika tu pun dapat MacBook Pro sempena Xmas. Aku je lah yang pakai acer Aspire ni ha. Sedeyh!


Maka berkatalah akal kepada CB:

"Kau dah dua kali ikutkan kata hati. Kali ni, ikutlah aku. Kau takkan menyesal punya! Jadikan MacBook Pro tu sebagai hadiah untuk diri sendiri bila kau dah dapat offer letter buat PhD. Bukankah lebih bermakna?"


"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami"
-Surah Al-Imran, ayat 8.


Terima kasih tuhan, kerana kurniakan aku akal.


Shashay, away.

Thursday, March 4, 2010

Facebook: Shashay away.

klik...klik...
klik...klik...


Status update.


"Ish, tak boleh jadi ni. Banyak lagi kena nak kena baca ni. Sudehhhh".


Selang 3 minit.


klik...klik...
klik...klik...


Mamato Marcello posted something on your wall.


"Arghhh...!!!"

2 minit lepas tu.


Klik...klik...


buat kuiz "Wanita jenis apakah anda" dan dapat jawapan: perempuan jalang. Gelak sendiri.


Pura-pura menulis dan membaca, tapi mata tetap jeling-jeling manja kat status notification facebook.


------


CB berani menari ala-ala Pobre Diabla depan semua orang (macam lah tak pernah buat) yang kebanyakan dari kita memang macam ni. Ketagihan. Tak boleh berenggang langsung dari facebook. Lagi-lagi ramai dari kita dah ada telefon canggih. Bila-bila masa je boleh cek email dan be online. Parah.. memang parah. Satu apa kerja pun tak jadi.
Lets u ols. Ikut CB menari. *mode sewel


Menyedari hakikat yang CB masih ada banyak lagi kerja yang perlu disetelkan. Dan mensetelkan kerja-kerja itu adalah jauh lebih penting daripada membuat kuiz "Apakah Makna Tarikh Lahir Anda" atau "Apakah Anda Yang Sebenarnya" yang hanya akan memberikan jawapan hanjeng seperti "Anda adalah sehelai kertas". Dimanakah produktiviti dan faedah dengan mengetahui anda adalah sehelai kertas? Apakah dengan menyedari hakikat tersebut (biarpun merapu semata) akan membantu anda menjadi manusia yang lebih baik? Mengupgradekan status diri sendiri dari kertas A4 Indah Kiat 50g kepada Double A 80g barangkali?


Bangkit dan insaflh wahai manusia *sambil pose2 cover album Betty Benafe

Jadi dengan kesedaran sivik dan jati diri yang tinggi sebagai bekalan di hari muka, CB tekad menyahaktifkan akaun facebook buat sementara waktu sehinggalah perkara-perkara berikut telah selesai:


1. Thesis akhir diterima setelah disemak dan dibuat pembetulan.
2. Kertas cadangan minor thesis juga diterima termasuk menandatangani Thesis Contract.


Itu merupakan dua perkara yang CB set kan sebagai berprioriti tinggi dalam agenda hidup buat masa sekarang. Jauh lebih penting daripada menuai hasil tanaman di FarmVille, atau memberi makan kepada ikan-ikan maya di FishVille.


Berita baik:


Setelah akaun facebook itu dinyahaktifkan, CB telah berjaya menghantar draft "Introduction" dan "Materials and Methods" untuk major thesis dan juga draft proposal minor thesis.


Berita buruk.


Jika kebiasaannya, CB bila bangun tidur terus tengok telefon dan cek email. Ye lah, semalaman tidur, mestilah banyak komen daripada kawan-kawan. Konon-kononlah fofuler. Tapi sekarang, bila cek email, "No unread emails in your inbox". Sedeyh!

Oh tuhan, tolonglah aku tuhan. Jangan pisahkan aku dan dia...


Meskipun demikian, CB tetap berbangga dengan keputusan yang CB buat. I think it is the right decision to do. It is better to be somehow disconnected for a while rather than feel like being a loser. Kadang-kadang kita rasa lemas dan dibeban dengan banyak sangat kerja. Betul ke? Ataupun kita je yang manangguh-nangguh kerja and tak tahu mengutamakan apa yang utama. I'm just saying.


Tapi yang pasti, CB akan merindui status terkini kawan-kawan. Ada yang nak pergi berkelah kat Lata Tembakah (sounds familiar), nak balik kampung ataupun sekadar berkongsi kata nasihat. CB juga tentu akan terlepas peluang melihat dan mancarut gambar-gambar profile terbaru diorang. Anyway, this is for my own benefit. My future.



That is all for now.

Shashay, away.