Saturday, April 24, 2010

AdaStyleLah: Tali Pinggang

CB ni bukan lah hebat sangat bab-bab gaya ni sampai berangan nak bagi nasihat dan kongsi tip segala, tapi CB ada baca 1 buku "The Style Bible" hasil tulisan James Bassil dan bila diterjemahkan jadilah "Injil untuk Gaya".

terus pose-pose sawan (Source)

Jadi sekadar berkongsi apa yang CB baca, bak kata omputih, sharing is caring. Githoo... Untuk entri pertama ni, kita bagi yang senang dulu, tali pinggang.


Kalau nak beli tali pinggang, pilih yang satu saiz lebih besar dari saiz seluar. Kalau seluar saiz 34" belilah saiz 36". Jangan nak berangan cantik beli saiz 34" juga. Celah mana kau nak ikat (ikat ni ha!) tali pinggang tu nanti? Kepala dia pulak, kalau boleh mesti masuk butang/lubang ke tiga. Biasa butang/lubang tali pinggang ada 5.


Panjang tali pinggang mesti tak lebih dari gelung pertama seluar. Jangan beli yang panjang macam ular sawa pulak sampai kena belit 3-4 kali pinggang baru habis, kau ingat ni tali pinggang tae kwan do ke apa? Last but not least, kepala tali pinggang mestilah berada kat tengah-tengah antara jalur lurus butang baju dengan zip seluar. Semua lelaki mesti ada sekurang-kurangnya satu tali pinggang kulit dengan kepala perak yang klasik. Kalau ala-ala takde duit, kulit tiruan PVC pun boleh lah, kepala dia boleh lah ganti dengan stainles steel ke apa ke. Nak buat macam mana kan, dah sedeh!

Meriah ke tidak tali pinggang Auntie? Lilit kat kepala gitu, ala-ala bandana. (Source)

Tali pinggang ada dua jenis, satu formal dan kasual. Kalau lebar dia lebih kurang ibu jari, maknanya formal. Kalau lagi besar, maknanya kasual lah tu. Biasanya warna tali pinggang ada tiga warna, hitam, perang dan sawo matang (tan?). Untuk formal, biarlah warna hitam manakala perang dan sawo matang untuk kasual. Sekarang ni macam-macam warna wujud dah. Hijau neon, kuning lampu isyarat, merah Mak Ngah dan sebagainya. Kalau kau rasa kau tu muda bergetah lagi, silakan. Tapi kalau dah tahap kena makan viagra, sedar-sedarlah. Jangan kena kutuk tua ganyut pulak.


Selama ni orang sibuk cakap warma tali pinggang mesti sama dengan kasut. Kalau kasut hitam, tali pinggang mestilah hitam jugoks. Tapi sebenarnya tak payahlah kau nak jadi lurus bendul pulak. Kalau dalam satu warna tu, kira boleh je. Tali pinggang kelabu gelap dengan kasut hitam, boleh je.

Matching ke tidak? Matching ke tidak? Matching ke tidak... (Source)

Kalau beli tali pinggang daripada kulit buaya dara mati kena bunuh, cara jaga dia pun kenalah berpada-pada, tapi senang je. Selalu gantung (macam kat shopping-shopping complex tu) dan elakkan dari terdedah dari cahaya matahari. Tapi tak payah lah kau beriya pergi beli rak tali pinggang pulak. Cantik sangat ke kau? Satu lagi, jangan biar tali pinggang tu tersarung je kat seluar berbulan-bulan. Cepat rosak nanti.


CB tahu, entri ni membosankan. Tapi apa salahnya sekali-sekala kita berkongsi benda yang berfaedah untuk kegunaan bersama. *habislah dah start bagi tazkirah imsak. Harap-harap lepas ni kuranglah fesyen faux pas di pejabat (@ masa pergi interview) Sakit mata okeh.

Wednesday, April 21, 2010

OhSoRandom: Istidrajkah ini?


Seingat CB lah, sejak lahir sampailah ke hari ini (21/4) segala urusan hidup dipermudahlan tuhan. Dapat result sedih untuk peperiksaan besar (UPSR, PMR dan SPM), tapi CB masih ada peluang untuk ke matrikulasi dan seterusnya buat ijazah.

Masa ijazah pun, nak kata ligat belajar, tak lah juga. Asyik tidur je adalah.

Lepas habis belajar, kerja pertama yang CB dapat adalah daripada temuduga yang pertama. Tu pun sebab temankan kawan, kemudian pengurus ajak CB temuduga sekali. Masa temuduga pun CB tak buat elok-elok. pendek kata memang fail habis lah. tapi alhamdulillah, dapat.

Lepas 5 bulan CB pergi pulak mintak kerja lain, interview pertama, lepas. Kemudian ada temuduga susulan selama tiga hari, tapi CB pergi hari terakhir je. Alhamdulillah dapat.

Waktu mohon universiti untuk buat sarjana, semua yang CB mohon, alhamdulilah dapat. Tak ada satu pun yang tolak.

Kemudian kat sini, CB dapat lihat makin banyak nikmat dan kemudahan yang tuhan beri. Segala-galanya berjalan dengan cukup lancar. CB mohon untuk buat presentation final 2 minggu sebelum. Alhamdulillah, supervisor izinkan dan pagi tadi selesai sudah. Alhamdulillah, cukup sempurna. Lepas tu 2 minggu sebelum juga CB cari tempat untuk latihan praktikal, pun dapat. 2 minggu sebelum juga CB cari orang untuk sewa sementara bilik CB, alhamdulillah tengahari tadi dah tandatangan kontrak penyewaan. 2 minggu sebelum juga CB tempah tiket kapal terbang, kemudian ada pulak letusan gunung api, tapi alhamdulillah tarikh penerbangan CB tak terjejas. Satu persatu masalah selesai dengan sendiri nya. Cukup mudah tanpa perlu CB fikir dan risau.

Begitu banyak rahmat tuhan ke atas perjalanan hidup CB. Tapi kadang-kadang terdetik di fikiran apakah ini istidraj dari tuhan? Ye lah, CB ni bukanlah hambanya yang baik, jauh daripada sempurna. Selalu lalai menjalankan tuntutan agama. Orang datang tabligh pun, CB selalu lari dan mengelak. Kehidupan kat sini pun kadang-kadang hanyut dengan keseronokan dunia. Tapi tuhan tak pernah lupakan CB. Selalu sahaja Dia tolong permudahkan urusan CB dan titiskan rahmat yang tak putus-putus umpama air mengalir di lembah-lembah. Mungkin juga ini berkat dari doa ibu bapa di kampung. Yang siang malam memohon kepada tuhan agar anaknya selamat dan dilindungi rahmat illahi.

Tapi, tetap terdetik di hati, "Apakah ini istidraj dari tuhan untuk hambanya yang lalai".

Innalillah hiwainna ilaihirojiun....

(Sepatutnya cakap naudzubillah hi min zalik, silap puloks)

Tuesday, April 20, 2010

Kisah Multicultural: Gambar rawak


Dah lama tak ada entri pasal multicultural kan?
Memang tak ada cerita pun u ols.
Takkan CB tiba-tiba reka cerita kaann...
Choy!

Apa pun, CB just upload gambar aktiviti terbaru je lah.


Kempen "Free Hugs" katanya. Terus tetiba minah ni datang peluk-peluk CB. Saje lah tu, nak ambil kesempatan. Githoo. Kesempatan katanya.

Hari tu (18 April) ada lah buat majlis tahlil minum teh kecil-kecilan. Cantik kan si Olympia tu? Ratu Greece baru sampai minggu lepas u ols! Tapi bahasa inggeris dia tak bagus lagi, but for sure will be much better within a few months <-- terus speaking kann..


Ramai orang suka tulip. Sekarang ni dah masuk spring kan. Meriahs! Kalau ada duit lebih, CB nak pergi Pesta Bunga kat Keukenhof. Sekarang ni tengah sengkek u ols. Hari tu beli tiket flight saje dah EUR700. Rasain, nak balik sangat kan. T_T


Bilik CB lepas ubah suai. Aku ingatkan apalah ubah suai sangat tu. Kalau setakat nak calit-calit cat kat dinding tu sikit, dinding ni sikit, baik tak payah! Penat tau tak aku punggah semua tu. Kau bukan nak tolong pun. Kejis! Harap badan je sasa, tinggi, berdada bidang, putih melepak dan berwajah kacak (apakah?!).

Mika: Aku rasa si Olympia tu kampung lah.
CB: Motiffff
Mika: Ada ke dia tak tahu macam mana nak pasang lagu kat laptop? Dah lah tu, laptop dia konsep zaman-zaman nabi.


CB lari dulu naa (Source: here)

Monday, April 19, 2010

Meroyan: Gunung Api, kenapa kamu?


Haiyoooooooooooooooooooo......

*sambil pose-pose duyung terdampar mendada (source: here)

Sekarang ni 750,000 orang penumpang terkandas di Eropah saja. (5 juta seluruh dunia). Hanya 8000 - 9000 penerbangan diluluskan setiap hari berbanding 28,000 kalau ikut kebiasaan. Semuanya gara-gara gunung api Eyjafjallajökull (sila sebut dengan gigih) yang meletus baru-baru ni.

Ingatkan dalam masa seminggu ni berakhirlah malapetaka ni kan. Tapi bila baca surat khabar tadi, mungkin sampai hujung minggu ni puloks. CB dijadualkan terbang (ala-ala burung cenderawasih) ke Tanah Tumpah Darah 26hb ni. Nasi Dagang pun dah menunggu di meja itu. 

 The best from Terengganu! (Source: here)

Ikut firasat CB ni lah kan, situasi ni di terlebih nilai (over rated?) dan pihak berkuasa bertindak balas secara berlebihan (over react?). Kalau ye lah kan habuk tu boleh memudaratkan enjin, kau bawaklah kapal terbang tu tinggi sikit. Abu tu tinggi dia 35,000 kaki, kau terbang lah 40,000 kaki. Tak pun, kau lalu ala-ala sipi je ngan kepulan debu tu. *sesedap kau je kan arah-arah pilot tu? Cantik sangat ke kau?

Kalau ikut rekod, memang boleh terbang tinggi sikit lagi ni... (source: here)
Tahun 1821 gunung tu meletus, abu berterbangan selama setahun okay! Inilah yang dikatakan kecil-kecil cili api.

Apa-apa pun u ols, CB tetap berpegang kepada konsep biar lambat, asal selamat. Githoo... Nanti karang, Nasi Dagang ke mana, engkau ke mana. Di kesempatan ini, CB doakan agar penumpang-penumpang yang merempat di lapangan terbang seluruh dunia, banyak-banyaklah bersabar ye. Setiap kejadian ada hikmahnya.

CB (tengah) tetap dengan konsep asap-asap (Source: here)
p/s: terlalu banyak benda nak kena buat, sampai malas nak buat apa-apa pun. So how?


Update: Authorities said test flights had show the concentration of ash in the atmosphere had reduced considerably and posed no risk to air travel. 20/4 (8.34am +1) (Source: here)
Sashay, away.

Tuesday, April 13, 2010

OhSoRandom: Lemas Dalam Dakapan!

Tajuk nak sensasi sokmo kan? Hahaha...
Kali ni betul, CB memang sebenarnya lemas dalam dakapan. Tapi bukan dakapan manusia indah ciptaan tuhan, sebaliknya dakapan waktu dan deadlines! Siapakah nak dakap CB ni kan... Dah lah anggun, bistari puloks. Kaann...

 Libas lagi. Kali ni konsep jantan.

Bayangkan, presentation akhir thesis CB adalah pada 21hb, peperiksaan akhir (psst... repeat paper, tataw kali keberapa dah!) pada 22hb dan 23hb temuduga untuk Kertas Refleksi Akhir (Final Refection Paper?) segala-galanya akhir ni. Harap-harap hidup CB tak berakhir lagi. Subhanallah... Amal tak cukup lagi ni, dosa dah segua macam harta si Qarun.

Ya Allah, tolong Nabila ya Allah.

Sekarang ni dah 13 haribulan. CB ada 3 hari untuk siapkan draf slide pertama untuk dipersembahkan pada penyelia. In a meantime, (time is mean sometimes) CB sibuk jugak dengan kerja-kerja konsultansi yang tak habis-habis lagi ni. Deadlines report dia 19hb!

Dah lah tadi kena marah tegur dengan Berenice, perempuan Perancis tu sebab CB termixed up maklumat. Choy!

Manusia (CB tak terkecuali) akan ingat tuhan bila dalam kesusahan. Semalam tengok The Tudor (am so loving Duke Charles Brandon), masa Catherine of Aragorn kena cerai talak tiga, dia cakap:

"Kalau aku diberi pilihan, antara kebahagian hakiki dan kesengsaraan tahap dewata raya, aku pilih kesengsaraan". 

 Mak pilih K, untuk kesengsaraan, Halim! Wang besar, wang besar!

Kemudian si kacak Charles tanya kenapa, Catherine menjawab:
"Kerana kesengsaraan mendekatkan aku dengan tuhanku".
Githoo.

Tapi dia kristian lah kan. Kita yang islam ni, tak payah lah gatal bulu kaki nak berJesus-Jesus segala pulak! Pandai-pandai lah adjust konsep! Choy!

Sunday, April 11, 2010

OhSoRandom: Lari Dari Rumah


Masa kecil dulu, CB selalu buat cubaan lari dari rumah. Bakat CB sebagai Drama Queen memang dah terserlah dan terbukti sejak kecil lagi. Citrawara biasanya bermula selepas kena marah dengan Mak. Samada sebab dapat markah rendah dalam ujian bulanan atau kedudukan tercorot. Nombor 28 daripada 31 adalah rekod terbaik sampai Darjah 5. Bila masuk Darjah 6, CB kena turun kelas. Ye lah, sebab bengap sangat dan tak layak bergaul dengan rakan-rakan yang bijak pandai. Tapi bila masuk kelas kedua. 6 Maju, CB terus jadi ratu dan dapat nombor 1! Tapi kalau dibanding dengan Kelas 6 Usaha, kedudukan CB masih di anak tangga ke 15 dan kebawah, kalau tak ke 30. T_T

Destinasi kegemaran dalam plot lari dari rumah adalah Kuala Lumpur. Tu pun sebab CB ada saudara kat sana. Lepas kena marah je, terus naik bilik. Keluarkan buku-buku teks dari beg dan ganti dengan pakaian. Tapi sebelum lari, sempat lagi pergi kat Mak dan mintak duit tambang. Macam mana tu? Lepas tu kena pukul lagi. Masa tu CB fikir dan tuduh Mak tak memahami hati naluri CB. Jiwa CB memberontak. Dalam hati CB cakap Mak tak faham susahnya belajar,  CB maki Mak, panggi dia dengan nama yang teruk sebab pukul CB sampai calar-balar dan lebam. Tapi sehari je lah. Lepas tu baik semula.

Mak juga selalu suruh Abang semak kerja rumah. Setiap satu muka surat yang "pelik" dan rompong, Abang akan jentik telinga CB. Kuat-kuat. Sampai merah. Masa tu CB benci Abang. Tapi esok-esok bila Mak suruh Abang cek lagi, CB awal-awal lagi dah keluarkan buku yang "pelik" dan bagi dia buku yang "suci" dan yang menggambarkan CB seorang pelajar cemerlang sahaja. Jadi CB tak kena pukul, sebab Abang tertipu dengan helah keji CB. Lega.

Masa kecil, CB seorang budak yang kuat semangat ingin tahu. Suatu hari, CB jumpa sebatang skru (screw?) besi yang ca. 12cm panjang. Masa tu CB nak tahu, apa akan terjadi kalau CB ketuk skru tu kat tulang manusia, macam mana bunyi dia dan sakit ke tak. Tapi CB tak ketuk kat tulang sendiri, CB ketuk kat kepala lutut Kakak sampai bunyi "kuk". Masa tu kakak tengah main buaian. Kakak menangis atas buaian. Jahatkan CB? Keesokan harinya, Kakak balas dendam dengan baling kulit tembikai bentuk segitiga kat mata CB. Mata CB rasa pedih-pedih sebab kulit tembikai tu bersalut dengan kuah gulai. CB menangis dan mengadu kat Mak kemudian Mak marah Kakak.

Selain dari itu, sebagaimana Valentino, CB sukakan kecantikan. (pondan sangat kan?). Jadi CB selalu dandan rambut Adik. Sebab rambut Adik panjang, jadi boleh buat pony tail, tocang dan sebagainya. Tak macam rambut CB. Satu hari tu, CB tiba-tiba rasa nak buat rambut Adik macam orang Afrika. (Sila rujuk gambar). Dengan teknik persuasi yang mantap, CB terus beraksi. Tapi tak sempat siap sebab Mak dan Ayah ajak Adik hantar orang pergi haji. Bila Adik balik, dia menangis. CB tanya Mak. Mak cakap kanak-kanak lain gelakkan dia sebab rambut macam orang Afrika. Tapi CB tetap rasa rambut Adik cantik. Namun kanak-kanak tu bukan Valentino, mereka hanyalah budak hingusan dan konservatif di negeri pantai timur. Pemikiran CB dah menjangkaui umur sebab CB selalu baca Encyclopedia Brittanica. CB rasalah.


Tak lah macam ni sangat, tapi lebih kurang lah.

CB rindukan rumah, CB nak balik, makan masakan Mak, naik kereta Abang dan jalan-jalan makan sotong celup tepung. CB nak tarik rambut adik lagi bila dia berlari. Sangat kelakar bila tengok kepala dia tersentap ke belakang bila rambut kena tarik. CB juga rindukan Kakak. Dah lama CB tak jumpa dia. CB pun rindukan Ayah... I miss home. So much. Lain kali CB cerita pasal Ayah pula.

p/s: Sebenarnya nak cerita pasal benda lain, tiba-tiba sentimental puloks. Choy!

Sashay, away

Wednesday, April 7, 2010

Kisah Multicultural: Tingkat Tiga (Finale)

Rupa-rupanya kisah eskalator di hentikan perkhidmatan adalah lawak-praktikal (practical joke?). Sempena April Fool katanya. Tetapi adakah CB terfool? Tak pong! CB maintain vogue OK!

April Fool! *tetap nak melibas

Tapi sayang lah sebab CB tak sempat nak ambil gambar poster tu. Mula-mula nak ambil, tapi ada lah pulak makhluk tengah lepak kat tepi eskalator, macam lah tak ada tempat mulia sikit nak lepak kan. Lepak lah kat masjid ke apa ke kaann... Jadi sebagai wanita (tuu diah, wanita katanya) malu lah CB kan. Nanti kena cop Kak Nam Asia pulak. CB baru je perasaan nak jadi Kak Nam Eropah gitu. Dalam sejam lepas tu, tengok-tengok je poster tu dah tak ada. Sedih!


Sashay, away

Tuesday, April 6, 2010

OhSoRandom: 40 Hari Pantang


Dulu kan CB pernah publish entry ni: Facebook, Sashay away. Sekarang ni CB dah lepas satu peringkat, proposal internship. Tinggal laporan thesis je lagi. Alahai.... bila lah habis pantang ni... Hari-hari makan Jamu Sari Rapat Marta Tilaar. Nasib baiklah dengan mata-mata sekali tak tertutup rapat. Choy!

Nyah, tolong mak nyah. Mata mak dah extra rapat sebab makan banyak sangat Jamu Sari Rapat!

I miss you guys! 

NotaRawak1: Bulan Mei ni ada kawan dari Sepanyol nak datang melawat istana CB, Oswaldo nama diberi. Tapi sayang, I won't be here during that time. Such a pity... Melepas rezeki!

Nak pergi pelahap KFC lah.
Sashay, away

Sunday, April 4, 2010

Meroyan: Jangan Ganggu Hak Orang Lain

Selepas bermesyuarat, Persatuan Ibu Ayam dan Sundal-sundal (PIAS) bersetuju untuk membubarkan segmen Akademia sebagai menghormati permintaan lagha si Duckness. Jadi... segmen baru diberi nama Meroyan. Rasain!

Berani kau menguji kesabaran aku ye! Dasar malim kundang, rasain!

Jadi apa yang CB nak royankan dalam entri sulung ni? Berkenaan manusia yang tak sedar diri dan sibuk nak ganggu hak orang lain dannnn Drama Queen. I'm a queen myself (*pengsan dengar pengakuan diri sendiri), but I never intended to kacau daun hak orang lain. I'm neither over-possessive nor control freak. But you have to know and realize or sedar diri where you belong! Your position! Yang penting, cermin diri tu dulu, cantik sangat ke kau? Setakat kerja promoter kedai ZARA tu kau hengat kau boleh caras aku? *habislah memang betul-betul meroyan  ni. Sekali aku baling terompah kayu Dutch kat anu kau, baru kau tahu!

Kau nak rasa pisau ni masuk dalam lubang mata kau???!!!

I hate you Drama Queen a.k.a. Attention Seeker a.k.a. Beyotch! CB nak cerita, tapi tak tahu macam nak tulis... Nanti-nantilah cerita. OK lah u ols, CB nak pergi masak gulai hati, makan ngan ulam jantung pisang. Mak sentapppppp nyahhh!!!


You beware, beyotch!

Thursday, April 1, 2010

Akademia: Jujukan (Sequence) DNA!

Kat dalam blog ni dah ada segmen Etika, Kisah Multicultural dan OhSoRandom. Now, I proudly announce a new segment; Akademia. Githoo. (tak tahulah kenapa gedik sangat hari ni). Apa yang boleh diharap (expect) dari segment ni adalah celoteh pasal benda-benda yang berkaitan akademik, dari perspektif seutas benang yang basah. Kaann...

Mungkin u ols tahu yang CB balik kampung korek tanah-tangkap cacing-awet-ambik gambar-klon-jujukan (sequence). Semua orang teruja ni dengan hasil kajian (gempak githoo) yang CB buat ni. Berikut dipaparkan jujukan DNA yang CB dapat daripada komuniti cacing di sebuah negeri pantai timur.

GCTACCTTGTTACGACTTTTGCCCGGTTCAAGCCGCTGCGATTAAAACGG
TTTCCACAAGCGGAAAGCCCGTGAGAGCCAAACGCCTACGGTCCCCGTTC
TTCTCGAAACGGCTCAGTCCCGGGCAGCGACGGGCGGTGTGTACAAAGGG
CAGGGACGTAATCAACGCGAGCTTATGACCCGCACTTACTGGGAATTCCT
CGTTCAAGGGAAATAATTGCAAGTCCCTATCCCAATCACGAAAGGTTTTA
AGCGGGTTACCCAGCTCTTTCGAGCAAGGTGAACTAGCACTCTGCACCTT
TCAGTGTAGCGCGCGTGCAGCCCCGGACATCTAAGGGCATCACAGACCTG
TTATTGCTCCTTCTCATGCGGCTGAACACCGCTTGTCCCTCTAAGAAGTA
GCGTGCACCGAAAGATACACGTACTAGTTAGCAGGCTGGAGTCTCGTTCG
TTATCGGAATAAACCAGACAAATCGCTCCACCAACTAAGAACGGCCATGC
ACCACCACCCACCGAATCAAGAAAGAGCTCTCGATCTGTCAATCCTTACA
GTGTCCGGGCCGGGTGAGTTTTCCCGTGTTGAGTCAAATTAAGCCGCAGG
CTCCACTCCTGGTGGTGCCCTTCCGTCAATTCCTTTAAGTTTCAGATTTG
CAACCATACTTCCCCCGGAACCGGAAGACTTTCGTTTCCGGGAAGCTCCC
CGTTGGGTCATTTCTAACACCAACGGATCGCTAGTTGGTATCGTTTACGG
TTAGAACTAGGGCGGTATCTGATCGCCTTCGAACCTCTAACTTTCGTTCT
TGATTAATGAAAACATTCTTGGCAAATGCTTTCGCAGTAGTACGTCTTGC
GACGATCCAAGAATTTCACCTCTAACGTCGCAATACGAATGCCCCCGTCT
GTCCCTCTTAATCATTATCTCCCGTTCCGAAAGCCAACAAAATAGAACCG
AGATCCTATTCTATTATTCCATGCAACAGTATACAGGCAAAAGACGCCTG
TTTTGAGCACTCTAATTTTTTCAAAGTAAACTCGCTAGCCACCAACTGGC
ACCCAATTAAGGGCACCAATGGCAAACCAGCCAACAAAGTGCCGTAGAAC
AGTTCGCACCACGTGGGTGGACCGCCTACTGGGCACGCAGATCCAACTAC
GAGCTTTTTAACCGCAGCAGCATAGATATACACCTGCGGAGCTGGAATTA
CCGCGGCTGCTGGCACCAGACTTGCCCTCCGCTAGATCCTCGTTAAAGGG
TTTAGATTGTACTCATTCCGATGACGGCACTCAAAGAGAGCCGTCTCGTT
ATTTTTCGTCACTACCTCCTCGTGCTGAGAGTGGGTAATTTGCGCGCCTG
CTGCCTTCCTTAGAAGTGGTAGCCGTTTCTCAGGCTCCCTCTCCGGAGTC
GAACCCTTATTCTCCGTTACCCGTTACAACCATGGTAGGCACGTAAACTA
CCATCGAAAGTTGATAAGGCAGACACTTGAAAGATGCGGCGTCGGTACTA
GGACCAATACGCTCAGCTGAGTTATTCAGATTCGCCAGACGGACGGCCGA
AGCCGATTGGCTTTGTTCTAATAAATGCGCTCGTCCCGTAAGGTCGGAGC
TTGATTGCGTGTATTAGCTCTAGAATTACCACAGTTATCCAAGTAAAAGA
GGAGATCCAAGAAACAACGGCTGTTGTAATGAGCTATTCGCGGCTTCACT
TTAGAATTAGTTTATGCTTAGACATGCATGGCTTAATCTTGAG
Cantik kan? Marvelous bak kata penyelia CB. Nampak macam  bercahaya dan penuh keimanan gittew.
Kalau tengok betul-betul kita boleh lihat bahawa deretan T dan G seolah-olah menyundal dan bertepuk-tampar sesama jenis mereka. Sosial sangat tau!

Sashay, away.

Kisah Multicultural: Tingkat 3 (Episod 3)


Nampaknya cerita Tingkat 3 ni memang popular, dah sambung episod 3 u ols! CB malas takkan bercerita panjang, tengok je lah gambar-gambar kat bawah tu ok. Enjoy!

 "Reduce the cost of housing by IDEALIS (a cekik darah housing company), that will improve health!

 "GREAT! Why install them in the 1st place??!"

 "If you want to improve health, reduce the cost of healthy foods instead of deep fried crap. Escalators speed things up!"

 "HOAX!". Then someone else replied "It's gotta be".

"You can refund the students for the facility cost".

Kesimpulannya (tetap kan nak berceloteh); suarakan pendapat anda! Tapi CB tetap harap drama eskalator ni adalah hoax semata-mata. Tak larat tau nak daki tingkat 3. Berurat nanti kaki CB, dah tak boleh pakai skirt pendek paras pusat. Gedik tak?

p/s: Esok Good Friday, dan hari isnin tu pulak Easter Monday. Cuti panjang lah CB. Yahoo!

OhSoRandom: Siapa Lebih Kak Nam


Salam y'alls.

Soalan dia mudah saja; di antara warga eropah dan Asian/African, siapakah yang lebih Kak Nam?

Situasi 1:

BANG!

Terdengar satu dentuman kuat dari arah tangga sebelah utara. Bunyi yang gegak gempita itu membelah kesunyian perpustakaan.
Asian/African: Wahhhh... apa tu wei? Apa bunyi kuat tu? Makcik Gemuk Librarian jatuh dari rak buku ke? Aku dah agak dah!
Europian: Ada aku kesah.

Situasi 2:

Kelihatan seorang wanita pertengahan umur berlari-lari anak babi membelah lautan manusia di ruang lobi FORUM. Lariannya menghenjut lemak-lemak tepu diperutnya agar ikut berlari sama.

Ketepi u ols!!! Mak nak tercirit dah ni!

Asian/African: Wahhh... Apa kena dengan perempuan tu? Berlari bagai nak rak, mesti tak tahan nak berak tu.Aku dah agak dah!
Europian: Ada aku kesah.

--Situasi tamat--

Pastilah ayat-ayat di atas tu hasil nukilan kreatif CB sendiri. Tapi tu pun setelah tengok riak muka, raut wajah dan bahasa badan (body language?) mereka. Betul, orang-orang asia macam dari India, Pakistan (dan Malaysia, sudah tentu) dan Afrika  lebih teruja bila sesuatu yang diluar kebiasaan terjadi di persekitaran mereka.

Tapi mat-minah saleh ni, tetap dengan konsep depa "Ada aku kesah". Sekian.

Bila-bila fikir dari sudut yang lebih membina, mungkin Asian/African lebih peka, kisah dan cakna terhadap persekitaran mereka. Cikgu CB dari kelas sosial cakap bangsa asia/afrika sifat collectivismanya lebih tinggi daripada komuniti eropah yang lebih individualistik. Mungkin juga.

Tu pun hasil pemerhatian yang CB buat lah, lain padang lain belalangnya.

Sashay, away.