Saturday, April 24, 2010

AdaStyleLah: Tali Pinggang

CB ni bukan lah hebat sangat bab-bab gaya ni sampai berangan nak bagi nasihat dan kongsi tip segala, tapi CB ada baca 1 buku "The Style Bible" hasil tulisan James Bassil dan bila diterjemahkan jadilah "Injil untuk Gaya".

terus pose-pose sawan (Source)

Jadi sekadar berkongsi apa yang CB baca, bak kata omputih, sharing is caring. Githoo... Untuk entri pertama ni, kita bagi yang senang dulu, tali pinggang.


Kalau nak beli tali pinggang, pilih yang satu saiz lebih besar dari saiz seluar. Kalau seluar saiz 34" belilah saiz 36". Jangan nak berangan cantik beli saiz 34" juga. Celah mana kau nak ikat (ikat ni ha!) tali pinggang tu nanti? Kepala dia pulak, kalau boleh mesti masuk butang/lubang ke tiga. Biasa butang/lubang tali pinggang ada 5.


Panjang tali pinggang mesti tak lebih dari gelung pertama seluar. Jangan beli yang panjang macam ular sawa pulak sampai kena belit 3-4 kali pinggang baru habis, kau ingat ni tali pinggang tae kwan do ke apa? Last but not least, kepala tali pinggang mestilah berada kat tengah-tengah antara jalur lurus butang baju dengan zip seluar. Semua lelaki mesti ada sekurang-kurangnya satu tali pinggang kulit dengan kepala perak yang klasik. Kalau ala-ala takde duit, kulit tiruan PVC pun boleh lah, kepala dia boleh lah ganti dengan stainles steel ke apa ke. Nak buat macam mana kan, dah sedeh!

Meriah ke tidak tali pinggang Auntie? Lilit kat kepala gitu, ala-ala bandana. (Source)

Tali pinggang ada dua jenis, satu formal dan kasual. Kalau lebar dia lebih kurang ibu jari, maknanya formal. Kalau lagi besar, maknanya kasual lah tu. Biasanya warna tali pinggang ada tiga warna, hitam, perang dan sawo matang (tan?). Untuk formal, biarlah warna hitam manakala perang dan sawo matang untuk kasual. Sekarang ni macam-macam warna wujud dah. Hijau neon, kuning lampu isyarat, merah Mak Ngah dan sebagainya. Kalau kau rasa kau tu muda bergetah lagi, silakan. Tapi kalau dah tahap kena makan viagra, sedar-sedarlah. Jangan kena kutuk tua ganyut pulak.


Selama ni orang sibuk cakap warma tali pinggang mesti sama dengan kasut. Kalau kasut hitam, tali pinggang mestilah hitam jugoks. Tapi sebenarnya tak payahlah kau nak jadi lurus bendul pulak. Kalau dalam satu warna tu, kira boleh je. Tali pinggang kelabu gelap dengan kasut hitam, boleh je.

Matching ke tidak? Matching ke tidak? Matching ke tidak... (Source)

Kalau beli tali pinggang daripada kulit buaya dara mati kena bunuh, cara jaga dia pun kenalah berpada-pada, tapi senang je. Selalu gantung (macam kat shopping-shopping complex tu) dan elakkan dari terdedah dari cahaya matahari. Tapi tak payah lah kau beriya pergi beli rak tali pinggang pulak. Cantik sangat ke kau? Satu lagi, jangan biar tali pinggang tu tersarung je kat seluar berbulan-bulan. Cepat rosak nanti.


CB tahu, entri ni membosankan. Tapi apa salahnya sekali-sekala kita berkongsi benda yang berfaedah untuk kegunaan bersama. *habislah dah start bagi tazkirah imsak. Harap-harap lepas ni kuranglah fesyen faux pas di pejabat (@ masa pergi interview) Sakit mata okeh.

5 comments:

~~DucKneSs~~ said...

hoh..i xsuka pakai tali pinggang..i otter je suar tu smpe muat2 pinggang i yg kerengge nih..



u ols, wat la entri psl kasut/sandel/heels..baru best

Cik Benang said...

Nanti CB cari "Taurat Untuk Gaya Gadis Cun" puloks.

~~DucKneSs~~ said...

bagus..i tunggu itu punya keluaran okeh..

Berlian yg Ceria~ said...

ape kata kalo kita semua nie wat satu fesyen baru..xyah pakai tali pinggang..cerut je suar tuh..ikatkan ngan getah..

untuk kesan lebih dramatik..kembangkan sikit punjutan seluar tuh supaya nampak macam ala-ala bunga yg kat kain samping..

meletops..aku tau aku ble jadik fashion designer melalui idea yg terbaek mcm nie..

zuhanif said...

mamat anda ditag sila jawab. utk maklumat lajut g blog akak k :P