Monday, April 19, 2010

Meroyan: Gunung Api, kenapa kamu?


Haiyoooooooooooooooooooo......

*sambil pose-pose duyung terdampar mendada (source: here)

Sekarang ni 750,000 orang penumpang terkandas di Eropah saja. (5 juta seluruh dunia). Hanya 8000 - 9000 penerbangan diluluskan setiap hari berbanding 28,000 kalau ikut kebiasaan. Semuanya gara-gara gunung api Eyjafjallajökull (sila sebut dengan gigih) yang meletus baru-baru ni.

Ingatkan dalam masa seminggu ni berakhirlah malapetaka ni kan. Tapi bila baca surat khabar tadi, mungkin sampai hujung minggu ni puloks. CB dijadualkan terbang (ala-ala burung cenderawasih) ke Tanah Tumpah Darah 26hb ni. Nasi Dagang pun dah menunggu di meja itu. 

 The best from Terengganu! (Source: here)

Ikut firasat CB ni lah kan, situasi ni di terlebih nilai (over rated?) dan pihak berkuasa bertindak balas secara berlebihan (over react?). Kalau ye lah kan habuk tu boleh memudaratkan enjin, kau bawaklah kapal terbang tu tinggi sikit. Abu tu tinggi dia 35,000 kaki, kau terbang lah 40,000 kaki. Tak pun, kau lalu ala-ala sipi je ngan kepulan debu tu. *sesedap kau je kan arah-arah pilot tu? Cantik sangat ke kau?

Kalau ikut rekod, memang boleh terbang tinggi sikit lagi ni... (source: here)
Tahun 1821 gunung tu meletus, abu berterbangan selama setahun okay! Inilah yang dikatakan kecil-kecil cili api.

Apa-apa pun u ols, CB tetap berpegang kepada konsep biar lambat, asal selamat. Githoo... Nanti karang, Nasi Dagang ke mana, engkau ke mana. Di kesempatan ini, CB doakan agar penumpang-penumpang yang merempat di lapangan terbang seluruh dunia, banyak-banyaklah bersabar ye. Setiap kejadian ada hikmahnya.

CB (tengah) tetap dengan konsep asap-asap (Source: here)
p/s: terlalu banyak benda nak kena buat, sampai malas nak buat apa-apa pun. So how?


Update: Authorities said test flights had show the concentration of ash in the atmosphere had reduced considerably and posed no risk to air travel. 20/4 (8.34am +1) (Source: here)
Sashay, away.

2 comments:

~~DucKneSs~~ said...

kesian nasik dagang tu..kang kempunan lak dia nak masuk lam mulut u ols..smuga u ols bjaya balik la yek..jangan duduk sana lama2,tahyul..




:)

CengkodokPolkadot said...

I ols pung suke Nasi Dagang...
Nk satu..jgn bg Nasik Kangkang pulak..
no no no no