Wednesday, April 21, 2010

OhSoRandom: Istidrajkah ini?


Seingat CB lah, sejak lahir sampailah ke hari ini (21/4) segala urusan hidup dipermudahlan tuhan. Dapat result sedih untuk peperiksaan besar (UPSR, PMR dan SPM), tapi CB masih ada peluang untuk ke matrikulasi dan seterusnya buat ijazah.

Masa ijazah pun, nak kata ligat belajar, tak lah juga. Asyik tidur je adalah.

Lepas habis belajar, kerja pertama yang CB dapat adalah daripada temuduga yang pertama. Tu pun sebab temankan kawan, kemudian pengurus ajak CB temuduga sekali. Masa temuduga pun CB tak buat elok-elok. pendek kata memang fail habis lah. tapi alhamdulillah, dapat.

Lepas 5 bulan CB pergi pulak mintak kerja lain, interview pertama, lepas. Kemudian ada temuduga susulan selama tiga hari, tapi CB pergi hari terakhir je. Alhamdulillah dapat.

Waktu mohon universiti untuk buat sarjana, semua yang CB mohon, alhamdulilah dapat. Tak ada satu pun yang tolak.

Kemudian kat sini, CB dapat lihat makin banyak nikmat dan kemudahan yang tuhan beri. Segala-galanya berjalan dengan cukup lancar. CB mohon untuk buat presentation final 2 minggu sebelum. Alhamdulillah, supervisor izinkan dan pagi tadi selesai sudah. Alhamdulillah, cukup sempurna. Lepas tu 2 minggu sebelum juga CB cari tempat untuk latihan praktikal, pun dapat. 2 minggu sebelum juga CB cari orang untuk sewa sementara bilik CB, alhamdulillah tengahari tadi dah tandatangan kontrak penyewaan. 2 minggu sebelum juga CB tempah tiket kapal terbang, kemudian ada pulak letusan gunung api, tapi alhamdulillah tarikh penerbangan CB tak terjejas. Satu persatu masalah selesai dengan sendiri nya. Cukup mudah tanpa perlu CB fikir dan risau.

Begitu banyak rahmat tuhan ke atas perjalanan hidup CB. Tapi kadang-kadang terdetik di fikiran apakah ini istidraj dari tuhan? Ye lah, CB ni bukanlah hambanya yang baik, jauh daripada sempurna. Selalu lalai menjalankan tuntutan agama. Orang datang tabligh pun, CB selalu lari dan mengelak. Kehidupan kat sini pun kadang-kadang hanyut dengan keseronokan dunia. Tapi tuhan tak pernah lupakan CB. Selalu sahaja Dia tolong permudahkan urusan CB dan titiskan rahmat yang tak putus-putus umpama air mengalir di lembah-lembah. Mungkin juga ini berkat dari doa ibu bapa di kampung. Yang siang malam memohon kepada tuhan agar anaknya selamat dan dilindungi rahmat illahi.

Tapi, tetap terdetik di hati, "Apakah ini istidraj dari tuhan untuk hambanya yang lalai".

Innalillah hiwainna ilaihirojiun....

(Sepatutnya cakap naudzubillah hi min zalik, silap puloks)

4 comments:

aiXat.MR said...

*terasa*

crustacea said...

Rasullulah s. a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka),ketahuila h bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)
Wallahualam....

Ummu Sidrah said...

Syahdunya...

~~DucKneSs~~ said...

huhuhuhuhuuuu..takut lak bila pk gitu..takut terlupa nikmat yang diberiNya utk kita..

marilah kita sama2 syukur padaNya

YA ALLAH, HAMBA2 MU YANG HINA INI INGIN MEMANJATKAN KESYUKURAN TAK TERHINGGA DI ATAS LIMPAH KURNIA MU SELAMA INI..