Sunday, April 11, 2010

OhSoRandom: Lari Dari Rumah


Masa kecil dulu, CB selalu buat cubaan lari dari rumah. Bakat CB sebagai Drama Queen memang dah terserlah dan terbukti sejak kecil lagi. Citrawara biasanya bermula selepas kena marah dengan Mak. Samada sebab dapat markah rendah dalam ujian bulanan atau kedudukan tercorot. Nombor 28 daripada 31 adalah rekod terbaik sampai Darjah 5. Bila masuk Darjah 6, CB kena turun kelas. Ye lah, sebab bengap sangat dan tak layak bergaul dengan rakan-rakan yang bijak pandai. Tapi bila masuk kelas kedua. 6 Maju, CB terus jadi ratu dan dapat nombor 1! Tapi kalau dibanding dengan Kelas 6 Usaha, kedudukan CB masih di anak tangga ke 15 dan kebawah, kalau tak ke 30. T_T

Destinasi kegemaran dalam plot lari dari rumah adalah Kuala Lumpur. Tu pun sebab CB ada saudara kat sana. Lepas kena marah je, terus naik bilik. Keluarkan buku-buku teks dari beg dan ganti dengan pakaian. Tapi sebelum lari, sempat lagi pergi kat Mak dan mintak duit tambang. Macam mana tu? Lepas tu kena pukul lagi. Masa tu CB fikir dan tuduh Mak tak memahami hati naluri CB. Jiwa CB memberontak. Dalam hati CB cakap Mak tak faham susahnya belajar,  CB maki Mak, panggi dia dengan nama yang teruk sebab pukul CB sampai calar-balar dan lebam. Tapi sehari je lah. Lepas tu baik semula.

Mak juga selalu suruh Abang semak kerja rumah. Setiap satu muka surat yang "pelik" dan rompong, Abang akan jentik telinga CB. Kuat-kuat. Sampai merah. Masa tu CB benci Abang. Tapi esok-esok bila Mak suruh Abang cek lagi, CB awal-awal lagi dah keluarkan buku yang "pelik" dan bagi dia buku yang "suci" dan yang menggambarkan CB seorang pelajar cemerlang sahaja. Jadi CB tak kena pukul, sebab Abang tertipu dengan helah keji CB. Lega.

Masa kecil, CB seorang budak yang kuat semangat ingin tahu. Suatu hari, CB jumpa sebatang skru (screw?) besi yang ca. 12cm panjang. Masa tu CB nak tahu, apa akan terjadi kalau CB ketuk skru tu kat tulang manusia, macam mana bunyi dia dan sakit ke tak. Tapi CB tak ketuk kat tulang sendiri, CB ketuk kat kepala lutut Kakak sampai bunyi "kuk". Masa tu kakak tengah main buaian. Kakak menangis atas buaian. Jahatkan CB? Keesokan harinya, Kakak balas dendam dengan baling kulit tembikai bentuk segitiga kat mata CB. Mata CB rasa pedih-pedih sebab kulit tembikai tu bersalut dengan kuah gulai. CB menangis dan mengadu kat Mak kemudian Mak marah Kakak.

Selain dari itu, sebagaimana Valentino, CB sukakan kecantikan. (pondan sangat kan?). Jadi CB selalu dandan rambut Adik. Sebab rambut Adik panjang, jadi boleh buat pony tail, tocang dan sebagainya. Tak macam rambut CB. Satu hari tu, CB tiba-tiba rasa nak buat rambut Adik macam orang Afrika. (Sila rujuk gambar). Dengan teknik persuasi yang mantap, CB terus beraksi. Tapi tak sempat siap sebab Mak dan Ayah ajak Adik hantar orang pergi haji. Bila Adik balik, dia menangis. CB tanya Mak. Mak cakap kanak-kanak lain gelakkan dia sebab rambut macam orang Afrika. Tapi CB tetap rasa rambut Adik cantik. Namun kanak-kanak tu bukan Valentino, mereka hanyalah budak hingusan dan konservatif di negeri pantai timur. Pemikiran CB dah menjangkaui umur sebab CB selalu baca Encyclopedia Brittanica. CB rasalah.


Tak lah macam ni sangat, tapi lebih kurang lah.

CB rindukan rumah, CB nak balik, makan masakan Mak, naik kereta Abang dan jalan-jalan makan sotong celup tepung. CB nak tarik rambut adik lagi bila dia berlari. Sangat kelakar bila tengok kepala dia tersentap ke belakang bila rambut kena tarik. CB juga rindukan Kakak. Dah lama CB tak jumpa dia. CB pun rindukan Ayah... I miss home. So much. Lain kali CB cerita pasal Ayah pula.

p/s: Sebenarnya nak cerita pasal benda lain, tiba-tiba sentimental puloks. Choy!

Sashay, away

4 comments:

~~DucKneSs~~ said...

hahahha..aku penah rasa bijak di kelas no2..hahha..gumbira amat..wktu kna duduk kelas no1,amat xbest..


CB,sedapkan sotong celup tepung..baru semalam i makan..gumbirak..tp ttp xleh lwn sotong kat teluk ketapang..bohoohoo

aiXat.MR said...

alamak.
sedih lah pulak kan.
huhu~

Syurga Cinta Kita said...

terharu...sob sob sob...

Cik Benang said...

Duckness: Kaann.. Time kelas no. 2 tu, kitalah paling bijak gittew. Bila masuk kelas no.1, ado? Non ado!

Aixat: Taw x pe. Ko tak pernah faham perasaan aku. Sesungguhnya aku memendam rasa. Githoo...

SCK: Terharu je ke u ols. Pos lah apa-apa yang patut ke sini. Rendang ke, serunding ke, lemang ke kaann...