Tuesday, April 13, 2010

OhSoRandom: Lemas Dalam Dakapan!

Tajuk nak sensasi sokmo kan? Hahaha...
Kali ni betul, CB memang sebenarnya lemas dalam dakapan. Tapi bukan dakapan manusia indah ciptaan tuhan, sebaliknya dakapan waktu dan deadlines! Siapakah nak dakap CB ni kan... Dah lah anggun, bistari puloks. Kaann...

 Libas lagi. Kali ni konsep jantan.

Bayangkan, presentation akhir thesis CB adalah pada 21hb, peperiksaan akhir (psst... repeat paper, tataw kali keberapa dah!) pada 22hb dan 23hb temuduga untuk Kertas Refleksi Akhir (Final Refection Paper?) segala-galanya akhir ni. Harap-harap hidup CB tak berakhir lagi. Subhanallah... Amal tak cukup lagi ni, dosa dah segua macam harta si Qarun.

Ya Allah, tolong Nabila ya Allah.

Sekarang ni dah 13 haribulan. CB ada 3 hari untuk siapkan draf slide pertama untuk dipersembahkan pada penyelia. In a meantime, (time is mean sometimes) CB sibuk jugak dengan kerja-kerja konsultansi yang tak habis-habis lagi ni. Deadlines report dia 19hb!

Dah lah tadi kena marah tegur dengan Berenice, perempuan Perancis tu sebab CB termixed up maklumat. Choy!

Manusia (CB tak terkecuali) akan ingat tuhan bila dalam kesusahan. Semalam tengok The Tudor (am so loving Duke Charles Brandon), masa Catherine of Aragorn kena cerai talak tiga, dia cakap:

"Kalau aku diberi pilihan, antara kebahagian hakiki dan kesengsaraan tahap dewata raya, aku pilih kesengsaraan". 

 Mak pilih K, untuk kesengsaraan, Halim! Wang besar, wang besar!

Kemudian si kacak Charles tanya kenapa, Catherine menjawab:
"Kerana kesengsaraan mendekatkan aku dengan tuhanku".
Githoo.

Tapi dia kristian lah kan. Kita yang islam ni, tak payah lah gatal bulu kaki nak berJesus-Jesus segala pulak! Pandai-pandai lah adjust konsep! Choy!

3 comments:

~~DucKneSs~~ said...

gila..xnk aku amik kesengsaraan..kalu bahagia pon buleh ingat tuhan pe..huhuhu..



CB, cayuk2 untuk buat kije..semangat mau kental okeh..sekental otot2 perut kita tau..hehhehe..six pax katakan..hahah

Berlian yg Ceria~ said...

choy!!
sama la ngan mak nyah..exam berderet umpama paku berbaris..minggu depan mmg minggu yg umpama x sempat hatta nak kelip mata sekalipun..

tapi biar pon tgh bz..kita dua ni mmg choy smpat update blog..tgk movie + ketawa mengekek-ngekek..

Lee Novotny said...

Pandai noh Catherine of Aragon cakap falsampah melayu???? mak sujudsss!!! Hiks! :P

p/s I love historical films/ drama ni...especially the costume lah kan...mrasa mak pose pose feeling Queen Elizabeth I :P