Thursday, April 1, 2010

OhSoRandom: Siapa Lebih Kak Nam


Salam y'alls.

Soalan dia mudah saja; di antara warga eropah dan Asian/African, siapakah yang lebih Kak Nam?

Situasi 1:

BANG!

Terdengar satu dentuman kuat dari arah tangga sebelah utara. Bunyi yang gegak gempita itu membelah kesunyian perpustakaan.
Asian/African: Wahhhh... apa tu wei? Apa bunyi kuat tu? Makcik Gemuk Librarian jatuh dari rak buku ke? Aku dah agak dah!
Europian: Ada aku kesah.

Situasi 2:

Kelihatan seorang wanita pertengahan umur berlari-lari anak babi membelah lautan manusia di ruang lobi FORUM. Lariannya menghenjut lemak-lemak tepu diperutnya agar ikut berlari sama.

Ketepi u ols!!! Mak nak tercirit dah ni!

Asian/African: Wahhh... Apa kena dengan perempuan tu? Berlari bagai nak rak, mesti tak tahan nak berak tu.Aku dah agak dah!
Europian: Ada aku kesah.

--Situasi tamat--

Pastilah ayat-ayat di atas tu hasil nukilan kreatif CB sendiri. Tapi tu pun setelah tengok riak muka, raut wajah dan bahasa badan (body language?) mereka. Betul, orang-orang asia macam dari India, Pakistan (dan Malaysia, sudah tentu) dan Afrika  lebih teruja bila sesuatu yang diluar kebiasaan terjadi di persekitaran mereka.

Tapi mat-minah saleh ni, tetap dengan konsep depa "Ada aku kesah". Sekian.

Bila-bila fikir dari sudut yang lebih membina, mungkin Asian/African lebih peka, kisah dan cakna terhadap persekitaran mereka. Cikgu CB dari kelas sosial cakap bangsa asia/afrika sifat collectivismanya lebih tinggi daripada komuniti eropah yang lebih individualistik. Mungkin juga.

Tu pun hasil pemerhatian yang CB buat lah, lain padang lain belalangnya.

Sashay, away.

4 comments:

~~DucKneSs~~ said...

hahha..aku suka jugak wat spekulasi gituh..aku igt aku org europe weh..mati2 igt..hmmm..kne men'europe'kan diri la pasni..hahha

aiXat.MR said...

lain padang lain anak b*bi nya.

~~DucKneSs~~ said...

:p

Cik Benang said...

Aixat memang suke benor b*bi kan? Nak buat pet ka?