Sunday, May 30, 2010

OhSoRandom: Gigi Bersepah

Jika diberi pilihan untuk satu pembedahan kosmetik, CB akan memilih untuk ubah gigi CB ni. Perlu diingat, pembedahan kosmetik dan pembedahan plastik adalah berbeda ya. Bukan lah gigi ni macam Raja Bersiong ke apa, cuma part gigi taring tu terpeleot ke belakang sikit. Ni semua gara-gara tabiat keji masa kecil-kecil dulu. Padan muka. Sekarang ni nak senyum-senyum manja lagi menggoda pun dah tak boleh.Self confidence merudum ok.


Antara hobi CB waktu lapang masa kecik adalah main tolak-tarik gigi. Cara dia senang saja. Tolak gigi atas guna gigi bawah, lepas tu tarik balik gigi atas guna gigi bawah. Ala, macam goncang-goncang gitu. Dalam masa seminggu macam tu, gerenti gigi akan tercabut! Jadi bila gigi tu tercabut, gigi baru yang tumbuh dah tak cantik lah kan. Tu yang dapat gigi tu terpeleot ke belakang tu. *sangat geram dengan kedangkalan diri sendiri sewaktu kecil. Tapi nak buat mcm mana kan, masa tu kecik lagi pemikiran pun tak jauh. Masa tu tak pulak terfikir pasal senyuman manja menggoda ni penting untuk sesuap nasi.


Jadi sekarang ni CB sibuklah cari klinik-klinik nak mencantikan gigi ni. Semua cakap kena pakai braces. Tapi akak tak suka pakai pendakap gigi ok. Kalau kena dakap, lainlah pulak ceritanya. Nak pakai pendakap gigi tu pun bukan murah-murah, RM4500 juga. Kalau buat shopping tu, lepas dah satu tote bag Loewe atau Furla atau kasut TOD'S. (Sila jangan ikut mentaliti keji ini).

Boleh tak doktor gigi tu tolak je gigi yang terpeleot tu ke depan, lepas tu gam. Tak nak kasi dia gerak balik ke belakang? Tolong lah u ols!


Sashay away,

Sunday, May 23, 2010

OhSoRandom: Wanita tua itu

CB ni walaupun kalau tengok dari luaran memanglah gagah berani bak Badang kaann... Tapi sebenarnya  dalam ni, memang banyak titik lemah (soft spots). Salah satu daripadanya bila tengok orang tua terutamanya perempuan. Hujung minggu baru ni, CB pergi ke Jordang, lawat Ratu Rania yang cantik tu. Kami memang kawan baik. Terima kasih lah kat Ratu Rania sebab bagi layanan yang memang kelas pertama. Memang seronok beli belah di Jordang. Sementara tunggu ayah datang ambil, CB jalan-jalan lah kat terminal tu kaann...


Tetiba mata ini terpandang wanita tua itu...
Kedut seribu wajahnya bak naskah yang terkandung seribu satu cerita dan kisah hidup namun tak siapa baca. Langkahnya perlahan dan longlai, umpama perlahannya masa berlalu tika itu.
Tangan tua itu gigih menggenggam, sekantung beg berisi bungkusan nasi untuk dijual.
Tiada garis senyum terukir.
Keningnya rapat, berfikir barang kali.
Berfikir bagaimana mahu meneruskan hidup di hari esok, mungkin.


Masa tu CB rasa sebak sangat, tiba-tiba CB teringat kat mak. Sebab mak pun pernah jual nasi lemak menyara kami adik beradi. Masih ingat lagi bila mana waktu tu, pukul 12 tengah malam kadang-kadang tak tidur lagi, lepas tu pukul 3 pagi dah nak kena bangun. Nasi tu pulak belum tentu habis, mana nak tolak lagi 30% tuan punya kedai syer. Sebab tu lah, bila CB dapat je kerja, terus CB niat sebahagian nak bagi kat mak dan ayah.


CB rasa, diorang ni sepatutnya tak payah kerja dah. Duduk je kat rumah, buat lah apa nak buat pun, tapi jangan kerja berat-berat.


Sama jugak macam makcik tu, kenapa dia nak susah-susah kerja (waktu tu dah pukul 11.30pm)? Tak ada anak ke? Kalau tak ada anak, CB tak boleh nak cakap apa lah kan. Kalau ada anak? Takkan lah anak dia sanggup tengok mak dia kerja macam tu? Lagi-lagi kalau yang dah tua bangka tapi sibuk main dadah, merempit dan sebagainya. Tak ada perasaan ke hah?


Masa wanita tua tu lalu melepasi CB, CB toleh belakang, berhenti dan perhatikan setiap langkahnya. Hati masa tu sebak sangat, rasa macam nak nangis pun ada. Sedihnye...


Buat anak-anak di luar sana, setiap bulan tu hulur-hulur lah sikit untuk mak ayah. Tak payah banyak pun, sekadar untuk buat berkat duit gaji... Tak ada maknanya dapat gaji RM16,000.00 sebulan macam orang tu, tapi nak bagi RM100.00 kat mak ayah sebulan pun sakit... So how?


Sedar-sedar lah sikit, kalau tak kerana mak ayah dan doa mereka, tak ada nye awak wujud dan hidup senang kat dunia ni.


Sashay away,

Monday, May 17, 2010

OhSoRandom: Kempen Jangan Menabung!

Jom u ols, CB dah lancarkan Kempen Jangan Menabung. Habislah kena ketuk dengan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz nanti. Kempen ni bukan untuk semua orang, hanya yang terpilih saja OK. Yang sakan membeli-belah guna kad kredit sampai hutang berbelas-belas ribu macam CB. CB yang lembab bab-bab kewangan ni baru perasan u ols, yang walaupun duit melambak dalam bank (walaupun CB non ado!) tapi kalau hutang kredit kad pun menimbun, tak ada maknanya.


Kau nampak fail ni? Mak ketuk kepala kau nanti nyah oii!


Bayangkan kau orang gigih menabung dalam ASB ke ASN ke tak kisah lah kan tiap-tiap bulan ni, tapi hutang kad kredit banyak lagi tak ada gunanya! Tetap kayap juga di kemudian hari. Biasanya bank caj faedah kad kredit (sekejap kad kredit, sekejap kredit kad) yang agak di luar tabii, contohnya 13-16% p.a. Tapi kat ASB dividen paling tinggi pun dalam 7-8% p.a jah u ols!


Jadi dengan hutang RM10,000 dalam kredit kad setahun, faedah yang u ols kena bayar adalah RM1600.00, tapi dalam ASB u ols dapat dividen RM800.00 je! Guna duit dividen bayar faedah pun tak lepas tau, siap kena tambah lagi RM800.00. Macam mana tu? You are RM800.00 poorer! Sedeyh!


Jadi CB mencadangkan bagi depa-depa yang banyak hutang tu... bawak-bawaklah insaf, bayarlah cepat. Buat apa bagi duit percuma kat bank-bank tu? Ni tak, beli laptop baru lah, baju baru lah, seluar baru lah, kamera baru lah, belanja teman lelaki wanita makan lah, apa lah kan. Maybank pun satu, setiap auto-debit pun nak caj RM20.00. Keji sungguh! Selesaikan hutang kredit kad, kemudian barulah menabung. Sesungguhnya CB agak memandang hina terhadap diri sendiri... Eh, semalam CB nampak ada sale lat Topman, macam nak singgah.

Haiyoo... Mak malulah sundel... Pak Imam tu tengok kita u ols!

Tapi menabung light-light tu perlu jugak u ols. Manalah tahu, tetiba nak buat pembedahan membesarkan kanser payu-dara ke, mana nak cari duit?

Sashay away,

Sunday, May 9, 2010

Special: TAGGED

Dah lama dah sebenarnya kena tag dengan Zuraidah Daud tapi malas sibuk lah. So, tag nya berbunyi begini:


  1. Go to photo files.... select the 8th photo folder
  2. select the 8th photo in the folder
  3. post the photo along with the story behind it
  4. then challenge 8 bloger friends to do the same.


Jadi inilah gambarnya:

 Nyahhhh, macam mana nak pasang skru ni?

Masa ni pemBaris (kiri) dengan Mika (kanan) tengah sibuk pasang tempat BBQ tu ha. Nama je jantan macho, last-last, akak juga yang pasangkan. Macam mana tu? Mula pasang dalam pukul 5 macam tu, nak boleh memanggang tu, pukul 6 baru boleh ye. Choy! Tak reti nak pasang api. CB ni dah malas nak berdialog cara-cara hidupkan api. Aku dah cakap, hidupkan sikit api tu, lepas tu bila dah ada api light-light, baru lah tambah lagi. Tapi ada depa nak dengar? Non ado! Lantak kau lah. Tapi kan, sedap ye perencah barbeku Mediterranean tu. Nanti raya boleh lah CB buat. Bukan buat pun, beli je yang dah siap campur tu, dalam plastik. Nak harapkan aku campur sendiri, alamatnya sampai raya haji pun tak menjadi.


Maka selesailah sudah tag Puan Zuraidah itu. Lepas tanggunghawab CB. Siapa yang CB nak tag? Buatlah sesiapa nak buat. Sebab CB tak tahu apakah objektif aktiviti ni. LOL!

Tuesday, May 4, 2010

Kisah Multicultural: Susah Jadi Cantik

Motiffff!
Apakah muka CB masa tahun 2007 dengan 2010 terlalu banyak bezanya? Apakah wajah ayu dan sejuk mata memandang CB ini telah berevolusi? Daripada accappan ke Jennifer Lopez? Nak kata CB buat pembedahan kosmetik, tak de lah jugak kaann... Dah tu kenapakah?

CB ni bukan apa u ols. Semalam kan CB penerbangan balik ke Tanah Pecah Ketuban. Masa dalam keretapi ke lapangan terbang lagi CB dah rasa tak sedap hati. Rasa semacam je hati ni kaann... Rupa-rupanya ada drama yang bakal berlaku di Schiphol. Cabin crew, please be seated for take off.

Security: can you speak Dutch?
CB: no, sorry
Security: *sambil menayayang Residence Permit CB.
CB: oh, I'm studying here.

Mamat security tu pun belek-belek gambar CB. Tak cukup belek, diambil pulak teropong infrared ni! Diteropongnya gambar CB yang cun tak ingat tu. Tak lama lepas tu CB nampak tangan dia tekan butang kecemasan kat bawah meja. Ala-ala butang kat bank tu. Tak lama lepas tu another security came dan disuruhnya CB ikut security yang tak berapa nak ensem tu ke sebuah bilik gelap kosong.

CB pun pelik lah kan, apa kena pulak ni. Takkan kau suspek aku ni pengganas pulak kan. Choy! Kat dalam bilik tu ada sorang perempuan, nak ke Aruba katanya. Dia kena tahan sebab tak bayar saman apa jadah tah. Terus CB teringat ada satu saman yang tak bayar lagi. Sebab naik tren tanpa tiket u ols! Gangsta ke tidak?

Tak lama lepas tu Ada pulak sorang lagi mamat pinoy tua kena tahan. Kes? Tinggal lebih tempoh sebab nak uruskan kes pembatalan penceraian katanya. Motif??? Sekejap nak cerai, sekejap nak rujuk kaann. Sesuka hati kau je. So isteri tu pulak lepas kena cerai terus lari ke Negara Tanah Rata Sekebun Bunga. Drama sangat kau suami isteri kan.

Flight CB pukul 1200, 1145 CB masih lagi kat dalam bilik tu. Motif!!! Lepas uruskan kes Filipino tu, security tu ajak CB pergi ke ibu pejabat keselamatan ni! Haiyooo... Apakah??

Apakah CB terlalu cantik untuk dibenarkan terbang? Kaann... Sempat kau berangan kan? Ye lah u ols, kita tak buat salah apa-apa, kenapa nak takut kan. *konsep2 mahsuri.



Ada mak kisah?


Sampai je kat pejabat tu, dua orang pegawai ( tataw lah pegawai atau prebet je kan) tengah menunggu. Disuruhnya CB tenung mata dia. Dah lah tak ensem, kalau ensem tak apa lah jugak kan nak suruh aku tenung-tenung kau. Sekejap dia tengok gambar CB kat passport dan banding dengan muka CB (yang tengah tenung dia tak ingat ni). Lepas dah klimaks selesai, pegawai kedua pulak. What the hell...

Bila CB tanya kenapa? dia cakap gambar kat passport dengan muka CB yang betul tak sama. Yang betul sangat anggun, jadi dia tak percaya gambar kat passport CB sangat azab! Motif kau!!!

CB pernah kena macam ni sekali, kat Eindhoven Airport. Pun sebab gambar tak sama. Nampaknya balik ni kenalah buat passport baru. Haii... Susah jadi orang cantik ni.

Oh ya, perempuan tu kena bayar saman EUR500 on the spot. Kalau tak bayar kena masuk penjara untuk sepuluh hari. Haiyooo..

Semua prosedur selesai dalam pukul 1155. CB pun apa lagi u ols, teruslah me"Watson Nyambek"kan diri. Dah lah Gate 20 jauh naudzubillah. Dah sampai kat gate, kena pulak keluarkan laptop, bukak tali pinggang, jam, jaket n etc. Hanjeng!  Dah lah tu, boarding pass pulak tercicir. Choy!



Sampai je kat pintu kapal terbang tu, CB pun merengek manja lah cakap boarding pass tercicir kan. Terus ketua anak kapal cakap, "haaa... ada lagi ke seat kosong kat first class?". Hanjeng sangat kau kan? Dah lah aku ni baru lepas pecut 1000 meter berpagar.


CB yang last boarding. Kemudian pilot announce flight delayed sebab penumpang tersangkut kat security. Aku lah tu! Choy!! Pilot cakap akan me"watson nyambek"kan kapal terbang, so sampai di KL on time. Githoo...

Terima kasih kerana memilih Penerbangan Malaysia, katanya.