Sunday, May 30, 2010

OhSoRandom: Gigi Bersepah

Jika diberi pilihan untuk satu pembedahan kosmetik, CB akan memilih untuk ubah gigi CB ni. Perlu diingat, pembedahan kosmetik dan pembedahan plastik adalah berbeda ya. Bukan lah gigi ni macam Raja Bersiong ke apa, cuma part gigi taring tu terpeleot ke belakang sikit. Ni semua gara-gara tabiat keji masa kecil-kecil dulu. Padan muka. Sekarang ni nak senyum-senyum manja lagi menggoda pun dah tak boleh.Self confidence merudum ok.


Antara hobi CB waktu lapang masa kecik adalah main tolak-tarik gigi. Cara dia senang saja. Tolak gigi atas guna gigi bawah, lepas tu tarik balik gigi atas guna gigi bawah. Ala, macam goncang-goncang gitu. Dalam masa seminggu macam tu, gerenti gigi akan tercabut! Jadi bila gigi tu tercabut, gigi baru yang tumbuh dah tak cantik lah kan. Tu yang dapat gigi tu terpeleot ke belakang tu. *sangat geram dengan kedangkalan diri sendiri sewaktu kecil. Tapi nak buat mcm mana kan, masa tu kecik lagi pemikiran pun tak jauh. Masa tu tak pulak terfikir pasal senyuman manja menggoda ni penting untuk sesuap nasi.


Jadi sekarang ni CB sibuklah cari klinik-klinik nak mencantikan gigi ni. Semua cakap kena pakai braces. Tapi akak tak suka pakai pendakap gigi ok. Kalau kena dakap, lainlah pulak ceritanya. Nak pakai pendakap gigi tu pun bukan murah-murah, RM4500 juga. Kalau buat shopping tu, lepas dah satu tote bag Loewe atau Furla atau kasut TOD'S. (Sila jangan ikut mentaliti keji ini).

Boleh tak doktor gigi tu tolak je gigi yang terpeleot tu ke depan, lepas tu gam. Tak nak kasi dia gerak balik ke belakang? Tolong lah u ols!


Sashay away,

6 comments:

Cinta Madu said...

hahaa. comel betul hobi cb masa kecik2 dulu. hoho. kenapa x suka pakai braces plk? blm cuba blm tahu. saya pun dulu meraung-raung x mahu pakai. tp skang bila dah pakai, memang x mahu cabut. -__-" emm, klu cb x mahu jgk pakai braces, pergi cabut je lah gigi tu. then tanam gigi palsu. cadangan sajeee~ :)

Cik Benang said...

Comel ke? Nanti dah ada anak, jangan biar anak buat mcm ni ok. Kalau pakai braces, nasi n sayur2an melekat tak? Hehehe... Tapi cadangan u tu cambest jugak. Nak survey harga lah.

~~DucKneSs~~ said...

ha'ah la..tnm je gigi cm si jat tuh..hahhaha..aku tgk memula, xdpt agk pon yg tu plsu..huahhahha..(jat, jgn mrh eh :p)


tp kan cb, aku kecik2 dulu suka kepit itdung aku ngn pengepit baju..tgk2 skang da mancung weh..itu mebi buleh diaplikasi kt anak2 ko nnt..hehe

kuehbangkit said...

cik benang, kita mmg suke giler dgn gaya penulisan cik benang yg sungguh macho dalam keayuan itew.
Jadi, dgn itu, sila lah amik award utk cik benang dr blog sya ye!

littlez angel said...

org bole rekomen satu klinik utk pki braces..ato ape2 sj treatmen utk gigi..okeh la..psg braces dlm 3k++ jek..org da pki..haha mula2 xsuke sbb ssh..tp lame2..ok jek..cume tang mkn tu jela..kna ade teknik..hehe

Benang Emas said...

@Pari2 Mini: Kat mana klinik tu u ols? Kau jgn buat gila kat Klang Valley puloks. CB di Terengganu ni. Hehehe...