Monday, May 17, 2010

OhSoRandom: Kempen Jangan Menabung!

Jom u ols, CB dah lancarkan Kempen Jangan Menabung. Habislah kena ketuk dengan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz nanti. Kempen ni bukan untuk semua orang, hanya yang terpilih saja OK. Yang sakan membeli-belah guna kad kredit sampai hutang berbelas-belas ribu macam CB. CB yang lembab bab-bab kewangan ni baru perasan u ols, yang walaupun duit melambak dalam bank (walaupun CB non ado!) tapi kalau hutang kredit kad pun menimbun, tak ada maknanya.


Kau nampak fail ni? Mak ketuk kepala kau nanti nyah oii!


Bayangkan kau orang gigih menabung dalam ASB ke ASN ke tak kisah lah kan tiap-tiap bulan ni, tapi hutang kad kredit banyak lagi tak ada gunanya! Tetap kayap juga di kemudian hari. Biasanya bank caj faedah kad kredit (sekejap kad kredit, sekejap kredit kad) yang agak di luar tabii, contohnya 13-16% p.a. Tapi kat ASB dividen paling tinggi pun dalam 7-8% p.a jah u ols!


Jadi dengan hutang RM10,000 dalam kredit kad setahun, faedah yang u ols kena bayar adalah RM1600.00, tapi dalam ASB u ols dapat dividen RM800.00 je! Guna duit dividen bayar faedah pun tak lepas tau, siap kena tambah lagi RM800.00. Macam mana tu? You are RM800.00 poorer! Sedeyh!


Jadi CB mencadangkan bagi depa-depa yang banyak hutang tu... bawak-bawaklah insaf, bayarlah cepat. Buat apa bagi duit percuma kat bank-bank tu? Ni tak, beli laptop baru lah, baju baru lah, seluar baru lah, kamera baru lah, belanja teman lelaki wanita makan lah, apa lah kan. Maybank pun satu, setiap auto-debit pun nak caj RM20.00. Keji sungguh! Selesaikan hutang kredit kad, kemudian barulah menabung. Sesungguhnya CB agak memandang hina terhadap diri sendiri... Eh, semalam CB nampak ada sale lat Topman, macam nak singgah.

Haiyoo... Mak malulah sundel... Pak Imam tu tengok kita u ols!

Tapi menabung light-light tu perlu jugak u ols. Manalah tahu, tetiba nak buat pembedahan membesarkan kanser payu-dara ke, mana nak cari duit?

Sashay away,

4 comments:

Syurga Cinta Kita said...

thx cik benang kerana menulis entry nih! barulah cik yana teringat yang cik yana ade hutang kad kredit sebyk RM50 yg belum dibayar lg..gara2 tertinggal wallet kat bilik opis n mlm tu pulak dah janji ngan kawan nak belanja mkn..

~~DucKneSs~~ said...

i very the like ur last pic...


amat mengancam!!

Cik Benang said...

@Cik Yana: Ha, pi bayar cepat. Lain kali belanja CB pula makan ok. hehehe...

@Duckness: Kaann... Pak Imam jeling je u ols!

~~DucKneSs~~ said...

dah la u ols buat2 tunduk ja..haih..memang amat mengancam..phewittt kat pak imam