Sunday, June 20, 2010

Kisah Multicultural: Konsep Cinta si Italiano

Ish... baru perasan, dah lebih dua minggu tak kemas kini blog ni. Sibuk satu hal, buat-buat sibuk pun satu hal jugak. Walaupun, apa guna buat entri hari-hari tapi topik tu langsung tak menarik? (sambil merujuk kat diri sendiri). Betul ke tidak, betul ke tidak, betul ke tidak...

Tiba-tiba CB teringat satu topik perbualan antara CB dengan Mika, mamat Itali tu masa naik basikal dari C1000. Dia ni suka beno tanya pendapat CB pasal cinta, hati dan perasaan ni. (apakah dia jatuh hati kat CB? Oh tidak...). Dah lah aku ni tak reti pasal benda-benda macam ni. Merapu je lah kan. CB saja je lah cucuk dia kenapa setia sangat ngan teman wanita dia tu? Perempuan tu kat Itali, dia kat Belanda. Kenapa tak "berseronak" kat sini? Ramai wanita-wanita cantik yang suka kat dia. Maklumlah, orang hensem kan. Hehehe... keji ke tidak?


Kemudian dia cakap dah malas nak cari-cari lagi perempuan lain. Bila dia dah jumpa satu, dia akan setia. Walaupun menurut ceritanya, perempuan tu macam keji sikit. Dia tak lah cakap keji, CB je lah yang menafsirkan sendiri. Kita mesti berfikiran kritis u ols!

Bayangkan lah, mula-mula dia ajak Mika pergi lawat mak dan ayah dia. Jadi Si Mika ni pun suka lah kan. CB pun tumpang gembira, sebab dalam budaya kita pun bila pasangan kita jumpa ibu bapa, maka perhubungan itu menuju ke destinasinya. Githoo. Si Mika ni pun menghitung hari lah kan. Seronok. Tapi saat-saat akhir, perempuan tu batalkan pulak. Kesian Mika. Terpaksa CB suruh dia baring atas paha sambil gosok-gosok kepala dia. Comforting him katanya! What friends are for kann... (evil grin)


Kemudian dia tanya CB.


"U ols, dalam percintaan ada satu peraturan yang dinamakan Tiga Kali"
"Tiga Kali? Peraturan apa tu? Sila jelaskan"
"Peraturan Tiga Kali ni digunakan kalau nak tahu perempuan tu sesuai ke tidak dengan u ols"
"OK, macam mana tu?"
"Mudah saje, u ols mesti melakukan hubungan seks pada date yang ketiga. Bukan date pertama, date kedua atau date keempat. Hubungan seks itu mestilah pada date yang ketiga".


Terus basikal CB terlanggar tiang lampu isyarat lalu berpura-pura pitam.


Sashay away,

12 comments:

kuehbangkit said...

hahahahhahahahahaha!benjol tak? wakakak

Benang Emas said...

Benjol u ols! Nasib baik Mika tiup2 manja. Terus sembuh. LOL!

akukanbaik said...

hahahaha....
pitam ke u ols?
haha
ko mmg keji!!!

Benang Emas said...

Keji sgt ke?
Aku rasa keji lite2 je kaann...

crustacea_arweena said...

u...disini i sedikit konpius ngan ayat u yg ni:
"Walaupun, apa guna buat entri hari-hari tapi topik tu langsung tak menarik?"
bkn ke sepatutnya begini:
"Walaubagaimanapun, apa guna buat entri hari-hari tapi topik tu langsung tak menarik?"

p/s: i betul konpius ni!

Benang Emas said...

Errr... sebenarnya I malas nak taip "bagaimana" kat situ! Hahaha... Tak sangka pulak "walaupun" dengan "walaubagaimanapun" tu beza. LOL!
U ni, kantoi kemalasan tak berasas I ni...

~~DucKneSs~~ said...

siot je ko nih CB..len kali naek la basikal yang ada dua seat tuh..jimat tenaga..

kuehbangkit said...

dah seminggu ni!mana CB ni?tak de hapdet pun

Benang Emas said...

@Duckness: Ha'ah la. Boleh naik sama2 ngan Mika. *lariiiikkk

@Kueh: Takder idea lah u ols. SobSobSob...

~Cik Ati~ said...

ape? letak kepala atas peha? galok! hahahahhahahahaha

~Cik Ati,Redang..hahha~

crustacea_arweena said...

u...mana post baru? sedeyh!

Benang Emas said...

@Cik Ati: ala.. sekali skala bermanja2an. apa salahnye. hihihi...

@DIia Neon: Dah post! Tgh2 tunggu turn blaja kereta tadi. :P