Monday, June 7, 2010

Meroyan: Sayang sangat kononnya!

Kalau katak nak mengawan, kena tunggu musim hujan, tapi manusia tungguh cuti sekolah. Apa agaknya kalau tak ada cuti sekolah, apakah manusia takkan mengawan? Ramai pulak tu u ols. Dalam sehari dekat 4-5 jugak lah kenduri kat kampung CB tu ha. Biasalah, bila dah cantik ni ramailah yang menjemput, dengan harapan majlis depa meriah dan menarik lah sikit bila CB hadir kan. Tapi kahwin, kahwin jugak. Mengawan, mengawan jugak, ada beberapa isu yang sampai sekarang CB tak faham. Dah banyak jurnal dan kertas saintifik (scientific papers) yang CB baca, rebus air dan buat ginseng, namun tetap tiada ketemu jawapan. Eh, tiba-tiba CB rasa teringin nak makan lala. Yang masak lemak atau pun goreng pedas pun boleh tahan. Ahhh... sedapnya...


OK, sila kembali semula ke jalan yang lurus. Salah satu daripadanya adalah pasangan yang sangat muda, tak ada kerja tapi dah gatal  ______ <-- (fill in the blank) nak kahwin. CB tak payah terbang jauh-jauh, cukuplah di sebelah rumah CB tu je ha. Yang lelaki tu baru lewat belasan tahun, samalah dengan yang perempuannya jugak. Kalau lelaki tu usahawan muda berjaya ke macam Adik Adi Putra yang kecil-kecil dah jadi CEO tu, tak pe lah kan. (Tapi sah ke tak akil baligh lagi dah jadi CEO? Walaupun ubat pandai yang dia jual tu taruk glukos je). Ini tak, kerja pun tak ada, SPM pun tak lepas. (CB tak tahu lah lepas ke tidak, tapi rasa-rasanya tak lepas kot. hihihi...) ada hati nak tanggung anak orang. Yang lagi parah, bila mak bapak bagi je anak depa yang tak kerja tu kahwin.

OK, mungkinlah mak bapak boleh bagi duit bulan-bulan. Tapi, tolong lah. Where is your pride? Nikah pandai, tapi hado? Non hado! Itu ke tanda kasih sayang? Bagi CB, itu bukan kasih sayang. Itu adalah macam mak bapak meracun anak tanpa niat (terus feeling2 Legally Blonde, tapi CB jinjing kijang emas je). Bak kata professor CB (walaupun dia pun ciplak dari orang lain, for sure); "Give a man a fish and he'll eat for a day. Teach a man to fish and he'll eat for a lifetime". Tapi kalau mak bapak dia nak hadiahkan rumah ke sebiji sebagai hadiah kahwin, tak pe lah kan. But feeding your child and his/her wife/husband is totally ridiculous. You can't live forever to feed them. Sooner or later, you will die and leave them begging for more fish.


Mungkinlah akan ada yang akan cakap CB tak faham hati seorang ibu atau bapa. Walau sejauh mana pun kasih sayang tu, boleh tak fikir sikit? Sama juga bila anak kena tahan kat penjara. Mak ayah pun sibuk bergolok gadai habis tanah pusaka yang sekangkang kera tu. Kesian kat anak comel (comel ke?) duduk kat penjara, biarlah dia balik rumah. Ini bukan sayang, bagi CB ini adalah pemangkin kepada kehancuran anak itu sendiri. Jika CB ni ibu bapa, jangan harap aku jamin. Merengkok lah kau dalam penjara, tidur atas lantai simen yang sejuk tu. Tapi CB doakan semuanya dapat anak-anak yang soleh dan solehah hendaknya.

Terpaksa recycle gambar, internet slow u ols! Tapi doa CB tetap ikhlas.



NotaCantik: Sangat geram dengan kakak sendiri, yang biar anak dia tampal sellotape kat kaki berhari-hari lamanya sampai berbirat-birat. Bila CB tanya kenapa tak bukak, dia cakap nanti anak dia menangis. Hello? Siapa mak sekarang ni? Kau ke anak kau? Kalau ada parut, dah tak boleh jadi model kaki. Sedih!


Sashay away,

5 comments:

Cinta Madu said...

nak isi tempat kosong! nak isi tempat kosong! gatal ...... err, x sampai hati plk nak sebut. hoho.

cb, azu rasa lah kan, biar je lah budak2 tu kawin. drpd dia main free2 je, at least dia da kena pikul tggjwb jaga anak org. hrp2, lps da kawin ni, pandai2 lah dia tgkap ikan sendiri. *tetiba~ hahaa

aiXat.MR said...

Jom, lala masak pedas.
aku ade tmpat best.
tp ko kena belanja ah.
=P

~~DucKneSs~~ said...

budak2 sekarang xsama dah cam kita waktu kecik2 dulu..(ayt xleh blah dr aku weh..)

crustacea_arweena said...

Anak buah u mmg kretip!

Cik Benang said...

Cinta Madu: hahaha... tau takut nak sebut. Tapi CB rasa ta adil kalau kita pertaruhkan anak org lain dlm ujikaji hidup anak sendiri. Kalau berubah, alhamdulillah. Kalau tak? Naudzubillah. Tapi abang CB alhamdulillah...

Aixat: Kat mane?? Aku makan isi, ko jilat kulit. Okeh? So sweet...

Duckness: Hahaha... Mak bapak pun sama u ols!

Diva Neo: Kretip ke tidak3x?