Tuesday, June 8, 2010

Meroyan: Surat cinta Abg. Polis

CB baru perasan yang salah satu baju kegemaran tompok-tompok kena Clorox. CB kalau boleh nak basuh baju sendiri, tapi mesin basuh tu manual jadi malas nak tukar-tukar air. Satu lagi kawasan tempat mesen basuh tu lembap dan gelap. Memang CB tak gemar. CB tak berapa suka juga kalau orang lain yang uruskan pakaian CB macam basuh dan sebagainya. Sebab CB akan asingkan baju ikut tona warna dan jenis fabrik dan inside out. Bila keringkan, mesti gantung guna hanger elok-elok dan bukan bawah terik mentari. Kalau fabric tu jenis lembut atau kemeja yang cepat kedut, CB akan guna tangan.

Tapi bila mak basuh baju, dia tak kira semua tu. Bukan lah CB nak cakap yang mak tak reti basuh baju. Malahan, mak lah yang sediakan pakaian dari CB lahir sampai lah sekolah. Tapi mak tak faham mana satu hand wash, mana satu dark colored only dan mana satu no clorin. CB tak pernah salahkan mak sebab mak tak biasa. Anak-anak lelaki dia semua pakai kemeja t dan jeans. Yang perempuan pulak memang basuh sendiri. CB je anak lelaki yang pakai macam-macam jenis baju, berjenis-jenis fabrik. Lagi pula, anak lelaki dia yang lain macam anak burung. Bila dah tahu terbang terus tinggalkan rumah dan hidup sendiri. CB ni je jenis tak nak berpisah dari ketiak ibu dan ayah. Nasib umur CB baru 17 tahun. Muda lagi kan.


Saeorang pensyarah kat universiti CB di Tanah Rata Sekebun Bunga pernah cakap. Untuk mencapai matlamat ada dua cara. Samada kita mengubah persepsi atau mengubah realiti. Lepas insiden baju Topman kena Clorox, CB fikir kalau tukar persepsi  mungkin baju dan seluar yang lain pula akan jadi mangsa. Kalau tak kena Clorox, mungkin koyak atau tertarik atau mengecut. Jadi CB buat keputusan untuk tukar realiti dengan membeli mesen basuh automatic baru untuk mak. (dan dalam masa yang sama untuk CB juga!)
Punyalah panjang pendahuluan, ni baru masuk isi penting. Tak sempat CB nak guna duit tu untuk beli mesen basuh baru, satu peristiwa sedih dan mengaibkan telah berlaku. CB kena saman polis u ols! Kejadian memalukan itu berlaku masa CB tengah ronda-ronda naik motor dengan anak saudara kat jalan kampung belakang. Dah namapun kampung, CB tak lah pakai topi keledar, dompet dengan telefon pun tak bawak. Dekat je kan. Tapi sebab nasib memang buruk kan, kena lah tahan polis peronda dan saman atas dua kesalahan, tak pakai topi keledar dan tiada lesen memandu.


Ada dua orang polis, seorang tu tua dan seorang lagi tu muda. Bila CB kena tahan tu, yang muda tu amboi mulut dia sibuk membebel. Dia cakap “apa nak jadi dengan orang melayu sekarang. Tak reti bahasa” dan sebagainya. Hello, you don’t know me, and you totally have no idea of who I am. Memang CB mengaku salah sebab tak pakai topi keledar. You want to give me a ticket, just do it. Save the preaching please. Yang tua tu cool je. Yang muda ni angin semacam. CB tak kisah dia nak saman, samanlah. Tapi boleh tak jangan nak bagi tazkirah kat aku? Dah lah letak gambar dia dengan isteri masa kahwin kat telefon. Pakai veil pun macam orang kampung? Ingat cantik ke gerbang keras kejung macam tu? (bila hati dah marah tu kan, Nampak benda elok pun jadi hodoh. Hahaha…)


Masa tu hati memang dah merentan sebab kena bebel, jadi CB cakap yang banyak je kereta yang lalu lalang tak pakai tali pinggang keledar dia tak tahan pun. Lepas satu, satu CB tunjuk. Polis muda tu tak tahan agaknya, terus dia tengking CB. “Duduk kat sana, bising pulak dia. Nanti aku gari hantar kau masuk balai karang”. Hati CB memang dah menyentap nak balas ni. Tapi sebab memang CB yang salah kan, so diam je lah. Karang tak pasal-pasal aku masuk lokap, saje je. Kalau kat Negara Tanah Rata Sekebun Bunga, cakap “I think you are stupid” tak apa pun. Bayangkan kalau CB cakap macam tu kat polis muda berangan tu. Mau tang tu jugak CB masuk lokap. Hihihi…


Sebagai hadiah, dapatlah sekeping surat cinta yang barangkali berharga RM450. Aku baru je nak beli mesen basuh baru. Tambahan pula, sabtu ni CB nak buat lesen L pula, untuk kereta dan motor nak kena bayar RM400 lagi. Alahai nasib… Lesen tak sempat dapat, saman sampai dulu.


NotaCantik: Kalau lah terjadi ada polis ke sapa-sapa yang berkaitan dengan polis baca pos ni. Boleh tak sampaikan pada mereka kalau nak saman, saman je lah. Jangan nak membebel macam mak nenek. I know I am wrong, and I already got my lesson, so keep the preaching for yourself or your saudara mara. Thank you. Tapi muka polis muda tu boleh tahan juga.

10 comments:

~~DucKneSs~~ said...

luhai..sian mak cb..ntah bila la nak dapat mesin basuhnye..mebi saman xmahal sangat kot..kan?

zuhanif said...

hahahah mamat jgn bayar semua dulu saman tu. minta diskaun heheheh ntt klu bayar sebelum tarikh dia u blh dapat less. g buat permohonan hehheeh mujur dia saman jer akak dulu kn ambik kunci motor n motor kn tolak g balai tau hahahahah.

crustacea_arweena said...

surat cinta jenis ni la yg i plg trauma sekali....fyi, masa blk m'sia beberapa bln aritu i dpt 5 surat cinta jenis nih... choyyy sgt ye! btw, tahniah!! ini membuktikan u masih berdarah muda! gitooh....

Cik Benang said...

Duckness: Tu lah, lepas saman, PTPTN puloks tuntut hutang u ols! RM750. Pengsan ke tidak?

Zuhanif: Dah buat appeal, kena bayar RM300. sobsobsob...

Diva Neo: wth! 5? Tetiba I rasa kerdil. Kudos to you!!

crustacea_arweena said...

Hahaha sila jgn ikut amalan pemanduan i yg x murni ni...tp seriyes, lps tu i jd trauma kalo nmpak watak2 bj putih kat tepi jln....

Cik Benang said...

I pun sebenarnya sgt trauma. Bukan je baju putih, abg bomba pun I fobia! Sobsobsob...

~~DucKneSs~~ said...

hoih..apa kesnya sampai kena dekat2 seribu hengget?!

Cik Benang said...

erk... sebab last time aku bayar RM1000 je. sebelum fly dulu. hahaha... Malu mak!

kuehbangkit said...

Chibi,alaa, mane nye entry "Kau Pun Sama got to go" tu?, click click, sekali kata nye 'Sorry, the page you were looking for in the blog Benang Basah does not exist.'
teruja nak bace entry baru..hu hu

akukanbaik said...

i ol kena saman
da nak dekat 2 folder saman MPK i ol collect dengan jayanya!
even sekeping rm5 sajok,kalo didarabkan dengan 2 folder penuh,agak2 brapa mak kena bayar kalo MPK anta surat loyer?
hahaha