Saturday, July 17, 2010

Kisah Multicultural: Kopi Jantan vs. Espresso

KisahMultiCultural: Kopi Jantan vs. Espresso

Ish... Lamanya tak tulis entri baru. Takder idea lah u ols, lagipun kebelakangan ni emosi dan jati diri CB tak stabil dok teringatkan thesis yang tak siap-siap ditulis. Kadang-kadang terasa macam hidup CB ni dikawal oleh nafsu malas yang ekstrem. Tak termampu diri ini mengawal nafsu sendiri. Aihhh... Jannah pun dah declare dirinya selesai berMaster! *lari 100m berpagar sambil bawak pisau tajam.

Walaupun bagaimanapun, entri ni bukan nak cerita pasal kehidupan CB yang miserable ni. Tapi pasal satu insiden antara Mika, Zsizsi dan ratu hari ini dan selamanya, CB! Ombak!!!

Hari tu masa baru balik dari Malaysia, CB adalah beli kopi Hai Peng yang begitu terkenal di Kemaman tu. Biasalah barang baru, teruja. Jadi hari-harilah CB minum kopi tu. Walaupun sebenarnya bukanlah hantu kopi. Tapi memang sedap u ols!

Satu hari tu sekali, Mika dengan Zszsi masuk dalam bilik masa CB tengah bancuh kopi. Macam biasalah kan, masukkan kopi serbuk tu, air panas dan gula dalam jug besar. Pastu kacau-kacau dengan senduk nasi. Satu jug ni kiranya stok untuk 2-3 hari lah kan. Malas u ols nak buat setiap pagi. Aku ni bukanlah suka sangat bangun pagi. Kalau kelas pukul 8, pukul 7.30 baru nak bangun. Keji ke tidak? Keji ke tidak? Keji ke tidak? Dalam hati kononnya nak bangga lah kan kalau dia bau aroma kopi terbaik Kemaman yang harum semerbak ni. Mesti depa kagum dengan kopi Malaysia yang kellas ni.

Sambil buat, sambil borak dengan depa. Tiba-tiba si Zsizsi perempuan Hungary tu tanya CB sambil gelak.

Kenapa u ols buat kopi macam tu?

Hah? Kenapa? Manalah aku tahu. Dah mak aku ajar buat kopi macam ni.

Pastu dia dengan Mika gelak besar. Hanjeng betul. Lawak sangat ke tengok CB bancuh kopi guna sudip kayu?

Dua tiga hari lepas tu Mika ajak CB lepak bilik dia. Masa tu dia tengah buat kopi a la Italiano lah kononnya! Siap Ada satu alat khas (brewer) besi yang dipanaskan atas dapur, pastu dapat lah satu cawan kecil. Profesional lah kononnya!

Patutlah dia gelakkan CB, kampung sangat ke teknik pembancuhan kopi tu? Tapi mana aci, yang CB buat tu kopi kampung, yang Mika brew tu espresso! Out of my league u ols!! Aku sabotaj dia minum Kopi Jantan baru tahu! Choy!! Lepas tu tak buat dah kopi. Kecik hati lah kononnya!

P/s: banyak pulak perkataan "kononnya" hari ni ek.

6 comments:

Berlian yg Ceria~ said...

ko bg minum kopi janda pon bole u olss..kuang asam dia boleh gelak cara kita bancuh kopi..cis!!

aku pon tidak siap lagi u olss writing ini..haish..beku!! beku!!

Benang Emas said...

Wah.. Kopi Janda Berhias tu utk aku je u ols! LOL! Tu lah psl, runsing aku rasa. arghhhh...

~~DucKneSs~~ said...

CB, aku kepingin lala masak pedas..

aiXat.MR said...

*benang: runsing ke runcing? hahaha~
=P

*duck: ko mkn je la dkt hammer bay tuu..
haha~

kuehbangkit said...

dayst CB ni! tak sangka Cb pandai bancuh kopi!

Benang Emas said...

@Pjah: Sampai hati ko panggil aku kemut. Kemut itu bukan aku, itu adalah skil! LOL!

@Ijat: Apa yang runsing? Apa yang runcing? Jari-jemari I mmg runcing u ols!

@Kueh: Hihihi... takde isteri kaann, kenala buat sendiri. :P