Wednesday, July 21, 2010

Meroyan: Surat Cinta Abang Polis. Siri 2


Alamak, not again!


Tolong berhenti, matikan enjin motor ye.
Lesen?



CB tergopoh-gapah membuka dompet.

Nah.
Eh jap, saya rasa kita pernah jumpa. Bukan awak ke yang saman saya kat Masjid Kristal dulu?


Ye ke? (sambil buat bodoh). Dah tu awak nak buat apa? Ni, topi keledar awak tak ikat ketat tu. Saya terpaksa saman.


Oh, sekarang ni awak nak saman saya atas kesalahan tak ikat topi keledar ketat? Saya pakai topi keledar lah, saya ada lesen memandu. Atau awak nak tengok cukai jalan? Saya boleh tunjuk. Tak pernah pulak saya dengar tak ikat topi keledar ketat sampai terjelir lidah adalah satu kesalahan. Encik jangan macam-macam.


Eh, awak jangan kurang ajar, eh.


Kurang ajar? Apa yang kurang ajarnya. Saya cakap saja. Ataupun awak nak saman saya sekeping lagi sebab saya berlaku kurang sopan dengan penguatkuasa undang-undang?


Matanya tajam merenung CB. Terdetik juga rasa takut di hati, namun CB gagahkan jua untuk bersuara.


Tolong lah encik, kalau ye pun nak cari makan, takkan lah jalan kampung macam ni pun nak saman. Lagipun ni jalan kecil je, macam denai-denai kat hutan tu ha. Bezanya, jalan ni berturap. Orang-orang tua je yang lalu ikut jalan ni nak pergi masjid. Please lah! Takde ke kesalahan lain encik nak saman saya ni? Macam terlebih cun ke, terlebih seksi sehingga mengganggu ketenteraman awam ke. Kreatif sikit boleh tak?


Hei! Kau jangan berlagak. Aku bawak kau ke balai, sumbat kau dalam lokap baru kau nak diam mulut kau tu? Baru ada lesen L, bising pulak kau!


"Eh, encik ingat dengan ugut-ugut saya macam tu saya takut ke? Tambahan pula encik telah melakukan kesalahan tatabahasa kerana ada enam perkatan "kau" dalam ayat tersebut. Kalau encik tangkap saya, saya boleh saman tahu. Hurm.. silap-silap haribulan encik yang kena gantung kerja. Menyalahgunakan kuasa. Baru ada tiga calit, dah nak sumbat-sumbat orang masuk lokap. Entah-entah calit pinjam", balas CB dengan muka meluat sambil menggentel rambut yang tak berapa nak mengurai.


Sebaik sahaja CB menuturkan kata-kata tersebut, polis muda tersebut terus menarik tangan CB dan dihumbannya CB ke tanah. Dengan dada menyentuh bumi, dikilasnya tangan CB lalu digari ketat. Tiada apa yang mampu CB lakukan kecuali menjerit meminta tolong dengan penuh kecantikan. *sempat lagi nih!


Diheretnya CB tanpa belas kasihan. Meskipun diri ini cuba melawan, namun kekuatan polis muda yang berbadan kekar (pitam!) tersebut adalah terlalu kuat untuk ditandingi. Dengan penuh kekuatan yang belaiu ada, CB cuba dihumban masuk ke dalam kereta peronda, dan saat itu kepala CB terhantuk pada pintu kereta itu. Kesakitannya tidak tertanggung lagi. Lalu CB menjerit sekuat hati.

Ooouuuccchhhh!!!! Sakit lah sundels!

Tiba-tiba CB merasakan suasana  bertukar, kenapa CB berada di atas lantai bilik sendiri? Hah? Apa yang telah berlaku. CB pening, kaget.


Lantas tangan ini meraba-raba mencari jam tangan. Jarum jam menunjukkan pukul 7.30 malam. Azan maghrib berkumandang. Astaghfirullahalazim... Mimpi rupanya. Itulah, tidur petang lagi!

Hihihi... Jangan marah! CB larik dulu naaa..

5 comments:

Syurga Cinta Kita said...

buat suspen aku jer baca dari mula sampai habis! tp best la mimpi u ols tu!~

Berlian yg Ceria~ said...

Hah!! mulalah aku nak mencarit disini!

aku baca dgn penuh khusyuk smbil dalam otak dok pikir wajarkah aku gadai barang2 kemas aku utk kluarkan kau dr lokap (sbnrnya tetiba aku jadi bengap sbb lupa perkataan yg menjurus kepada maksud sebenar aku)>>apebende ea?

cit rupenyer hanya mimpi syakila..eh bukan..hanya mimpi mamat di maghrib hari..

~~DucKneSs~~ said...

chitt.. dan chitt lagik

kuehbangkit said...

CHAITTTTTT!!!!
ini name nye...hampeh! lain kali tido senje lagi ye! boleh mimpi abang polis lagi dan lagi dan lagi...or...
CB sudah jatuh hati sama itu abang polisi? hmmm

Benang Emas said...

CB tahu, u ols semua concern kaann... Terharu OK. Sila ke 7ELeven sekarang, CB belanja Slurpee!

Kueh: Perluke jatuh cinta? Choyy! Polisi is not my type. Githoo... :P