Friday, August 27, 2010

OhSoRandom: Melompat Lebih Jauh

Kebelakangan ni kan, banyak betul lah kawan-kawan yang upload video itu , video ini, gambar itu, gambar ini. Sekarang ni kan bulan Ramadhan yang moolia, jadi ramailah yang ingin berkongsi ilmu itu, ilmu ini. Jadi, sedikit sebanyak dapatlah tampung kekurusan pahala puasa di siang hari. Ye lah, masa tengah puasa, banyak pahala yang gugur u ols. Mana dosa maksiat mulut lagi, mana dosa maksiat mata lagi dan pelbagai bentuk maksiat yang lain. Wallauahalam. *OK Ustazah Fatimah Az-zahra. Boleh turun pentas sekarang, CB take over! Amacam, boleh u ols?

Tapi apa yang sangat menjengkelkan CB adalah sikap mudah terpengaruh dan mudah percaya masyarakat kita. CB mahu berkongsi beberapa contoh lah kan... Nanti ada pulak yang cakap CB ni serkap jarang. Walaupun CB suka pakai stoking jarang pergi kerja di Jalan Haji Taib.. ooppsss. Tak baik tau, tu tak dikira OK.

Contoh 1
Tadi si A buka facebook, nampaklah kawan baik dia muat naik gambar pasal surat dari JAKIM kepada McDonald berkenaan pembatalan sijil halal terhadap salah satu pembekal bahan mentah mereka. Di tambah lagi dengan penerangan yang ditulis dibawah gambar tersebut menyatakan bahawa McDonald tidak halal! Jadi marilah kita sama-sama berhenti makan di McDonald. Kemudian dengan penuh kekecewaan dan keinsafan Si A ni pun komen lah kat bawah tu:


Oh ye ke u ols? Ish.. Asraghfirullahalazim, lepas ni tak nak makan dah McDonald. Jom u ols kita pergi Newcastle, makan rumah Yaya. Dia sedap tau masak.” *Ooppsss.. habislah…


Di samping tu jugak banyak lagi komen-komen lain seperti:


Eyew, kenapa baru nak cakap ni, tadi kita dengan Encik Suami berbuka kat McDonald taw… Kita rindu Encik Suami”. Ooppss… tercarut sapa tataw.


Aku dah agak dah, McDonald ni. Ni baru McDonald, KFC dengan yang lain-lain pun belum tentu halal. Lebih baik makan bubur jagung yang dimasukkan vanilla pods. Lagi sedap”. Oppss.. lagi!

Contoh 2


Juga di facebook. Kali ni Si A pulak berkongsi video pasal “malaikat” jatuh di atas kaabah u ols! OTK! (oh tuhan ku!). Wau, “malaikat” tu sangat hebat. Macam burung merpati putih u ols. Ala-ala lagu OAG tu.. Wau, CB sangat kagum ok bila “malaikat” telah berjaya di rakam dengan menggunakan video kamera! Nampaknya bukan dunia saja yang makin pelik, malahan di atas sana “malaikat” pun nak cari glamor juga ke? Memang hebat bukan?


Tercabar barang kali dengan banyak rancangan realiti seperti Akademi Fantasia, British Got Talent, American Idol, The Biggest Looser. Tu belum lagi campur Raja Lawak. OTK! Jadi Sang “malaikat” pun mencabar janji tuhan yang telah mengkategorikan malaikat sebagai salah satu ciptaannya yang kita wajib percaya di dalam Rukun Iman, tetapi tidak akan dapat dilihat dengan mata kasar. Apatah lagi di rakam pula di video kamera! Hanya rasul-rasul nya sahaja yang terpilih melihat malaikat. Itu pun dalam bentuk manusia biasa! Sememangnya kiamat sudah dekat!

Sehebat-hebat “malaikat” tu, hebat lagi jurukamera tu, mampu berada di beberapa tempat dalam masa yang sama untuk mengambil video tersebut. CB agaklah kan, mesti manusia tu dah berpakat dengan “malaikat” yang gila glamor tu. Berapa take agaknya eh? Habis jugak kot 5-6 gulung filem CB rasa. Oh, mungkin juga yang rakam video tu juga “malaikat”! OTK! Kenapa CB tak terfikir sebelum ni? CB akan tulis kat wall semua kawan-kawan atau buat video! It’s worth sharing!

Kemudian, menyusul lah banyak komen daripada sesetengah masayarakat yang mindanya tidak boleh “melompat lebih jauh” mengagumi video tersebut dengan komen “subhanallah” dan secara tidak langsung menyetujui bahawa itu adalah sememangnya malaikat, salah satu ciptaan agung Allah s.w.t. Lebih teruk daripada itu, ada pula yang kongsi video tersebut di “wall” mereka pula. Niat mereka ni baik u ols, tak nak makan sorang kaann… Jadi kawan-kawan boleh lah menghayati keindahan “malaikat” yang terbang di atas Kaabah itu. Baik kan diorang ni? Kan? Kan? Kan? Berkongsi benda yang memesongkan akidah.

Contoh 3

 
Semalam CB buka email. Wah ada banyak “FW:” email. Macam-macam bentuk dan kandungan u ols. Ada yang cakap kalau kita majukan email ni kepada seberapa ramai orang, Bill Gates (ya, Bill Gates pengasas Microsoft tu) akan bagi duit u ols! Wau, hebat bukan? Semoga tuhan memberkati beliau. Memang pemurah kan? Lagi ramai u ols forward, lagi banyak lah u ols dapat duit! Siapa cakap bukan senang nak senang? Patut lah makin ramai kawan-kawan CB yang kaya sekarang ni, Bill Gates yang bagi… Oh rupanya.


Tak cukup dengan tu, ada pulak cerita yang konsep-konsep sedih cerekerama u ols. Adalah gambar anak kecil ni kan, wayar berselirat serata badan, tebuk sini, lubang sana. Memang sedih u ols, CB bila tengok tu memang menangis ok. Tapi cover lah kan, kalau teman sepejabat nampak nanti, jatuh lah imej CB sebagai jejaka maskulin yang kekar u ols! Auw! Lepas tu adalah satu syarikat yang sangat baik hati ni, setiap email yang di”forward” akan dibayar berapa puluh sen entah kat keluarga budak tu. Jadi apa lagi u ols, marilah kita majukan email ni kepada kawan-kawan yang lain. Mudah-mudahan cukuplah duit nanti nak buat pembedahan. Jom u ols, penuhkan emel kawan-kawan, saudara-mara serta rakan-rakan sekerja dengan emel sampah, ooppsss maksud CB emel yang penting ini!


Cukuplah CB bagi 3 contoh sahaja. Kalau nak tulis, sampai sahur pun belum tentu siap u ols! Nanti buang masa pula nak kena baca, jadi tulis sikit-sikit sudahh… Betul tak kalau CB cakap sesetengah masayarakat kita sangat mudah percaya dengan benda-benda macam tu. Tak pernah ke terdetik kat hati mereka:


Eh, betul ke ni.. Macam tipu je. Keji tau diorang ni. Tak kuasa nak layan.


Lepas tu, tak pernah ke terlintas ke di hati diorang nak buat sedikit research atau bahasa mudahnya pencarian di internet. Ye lah, dunia maklumat kan sekarang ni di hujung jari. Tu tak cerita lagi dengan Blackberry nya, iPhone nya, iPad nya dan MaxiPad nya lagi.Tapi nampaknya manusia sekarang lebih suka dan gemar mengambil apa yang terhidang di depan mata sebagai benar belaka.


Kalau  “malaikat” gugur di atas kaabah, maka itu adalah benar.


Kalau caption (ditegaskan di sini, CAPTION pasal surat JAKIM, bukan surat itu sendiri) pasal surat JAKIM cakap pembekal daging McDonald adalah tidak menepati ciri halal, maka haramlah memakan McDonald. Daripada 65 komen berkenaan surat tu, hanya 2 sahaja yang nampaknya telah melompat lebih jauh.


Kalau tolong membanjiri emel sampah kat peti masuk rakan-rakan, saudara-mara, rakan sepejabat akan dibayar duit oleh Bill Gates dan syarikat yang pemurah, maka kita dengan senang hatinya akan buat. Kita dengan senang hatinya memforwardkan emel tersebut.


Apa salahnya kita jadi sedikit skeptical dan kritikal. Semua maklumat di internet tidak semua boleh diguna pakai. Tidak semua boleh dipercayai. Jadi tolong lah guna sedikit minda (bukan otak. Sebab lembu pun ada otak) dan jadilah skeptical. 


Jangan senang-senang je percaya segala benda kat internet ni. Lagi-lagi yang melibatkan akidah kita sebagai orang islam. Google kan ada? Kalau ada yang cakap Google tu yahudi punya, gunalah Yahoo!, kalau tu pun yahudi punya, shut the fuck up and zip your vagina! Kalau benda tu baik untuk kita, guna je lah. Gunakan ke arah kebaikan. I really feel sorry for this kind of people. Like, seriously people? Are you serious like, seriously?

CB sangat berterima kasih kepada yang buat video “Jawapan kepada video “malaikat””. Itu memberikan CB ketenangan, mengetahui bahawa masih ada lagi orang yang di luar sana percaya video itu adalah salah, lantas menyuluh cahaya kepada mereka yang kegelapan ini dengan buat balasan video. Bukan nasib buruk menyebabkan mereka berada di dalam kegelapan, tetapi mereka yang memilih untuk berada didalamnya.


Mulai hari ni CB tak akan segan silu mancaras dan mengeji orang-orang yang senang-senang je percaya benda-benda macam ni, sebab mereka adalah pathetic, yang barangkali tak pernah terfikir untuk “melompat lebih jauh”. CB pernah mencarut Group Yahoo! yang dianggotai oleh pelajar-pelajar master dan PhD luar negara, kerana ada yang selalu forward emel sampah ni. I was in the group but after I sent a hot and controversial (somehow offensive, I have to admit) email asking them to stop flooding me with those emails, I’m out. People always see me as a gentle, soft spoken, delicate and tak-cakap-banyak person. But hell yeah, I know how to be rude!

Apa lagi u ols, CB mohon dan mengajak kita semua melompat lebih jauh. Kalau ada yang post benda-benda yang meragukan dan mengarut tak tentu pasal, Google them. Seek for further information. If it is proven to be wrong, just tell them that it is wrong. Mungkin mereka tak tahu, sebab mereka tak nak melompat lebih jauh. Mulakan dengan diri sendiri! Ayuh, hari ini! Ini pun dakwah tau, membetulkan kebatilan dan kejahilan.


p/s: Tiba-tiba terfikir, kalau CB tulis macam ni untuk pertandingan menulis khutbah Jumaat agak-agak menang tak? Atau terpaksa melalui “heavy editing”? GKK*!


*equivalent to LOL which means “Gelak Kuat-kuat”. Hurm... ok, tak lawak langsung. That was lame, CB! Sheeshhh..


p/s/s: U ols tahu tak? Ada sebuah gereja yang berusia ratusan tahun di Sepanyol adalah dibina oleh makhluk asing ok! Ada ukiran-ukiran jet pejuang dan angkasawan! Hebat bukan? Makhluk asing tu mesti boleh merentasi masa!


Ayuh melompat lebih jauh,

CB

7 comments:

Cinta Madu said...

whoah, meletup! suka statement cb yg ni! "People always see me as a gentle, soft spoken, delicate and tak-cakap-banyak person. But hell yeah, I know how to be rude!" rasa macam nak copy lepas tu buat status kt facebook! haha

Benang Emas said...

Hahaha... That is true! Air tenang jangan disangka tiada buaya! *pose2 Karam Singh Walia

Anonymous said...

nice write up!

~Travel is fatal to prejudice, bigotry, and narrow-mindedness, and many of our people need it sorely on these accounts. Broad, wholesome, charitable views of men and things cannot be acquired by vegetating in one little corner of the earth all one's lifetime. ~Mark Twain

Huda K.

~~DucKneSs~~ said...

panjang beno khutbah hari nih..tapi kan, betol jugak..


i've to admit, aku mula2 tgk tu meremang jugak bolo roma aku..kagum..tapi bila pk2 balik, cm xlojik..apa2 ja la..yg penting, aku percaya akan wujudnya malaikat..utk dilihat kita?donno..

kuehbangkit said...

bagus tu CB, khutbah yang rare!

crustacea said...

nice one, i'm soooo agree with you!
yg ptg smpat u carut i kannnnn....choy!

Anonymous said...

good one boboy!!!! baru masuk 2x kat page kamu! nanti kite bertenggek lagi ok!