Wednesday, August 4, 2010

OhSoRandom: Surat Terbuka Untuk Papa

Surat terbuka untuk papa.

Assalamualaikum...
Papa sihat? Tak pergi memancing ke hari ni? ye lah, masa boboy (boboy ni ha! Cute ke idok uols?) kat rumah selama tiga bulan tu, papa nampak bosan, ye lah tak ada apa nak dibuat kat rumah. Makcik Jarum yang selalu datang rumah bukan boleh membantu pun, bingit suara adalah. Kalau orang pergi sini, dia pun pernah pergi, kalau pergi sana, dia pun pernah pergi. Aku pergi Redang; anak dia ada projek terus kat sana! Aku main boling, dia pun tak nak kalah, main boling pakai baju kurung! Pitam jap. Apa kata papa calonkan Makcik Jarum jadi duta pelancongan kampung kita? Mesti meriah. Ye lah, serba tahu kan dia tu. Hatta harga ikan bilis kat kedai pun dia hafal berapa ringgit sekilogram. Kalau yang besar sikit, RM14/kg  kalau yang kecil, RM28/kg. Alamak, termengumpat pula dengan papa. Err... Kat mana tadi ye? Ha... Sekurang-kurangnya kalau pergi memancing bukan je boleh hilangkan bosan tapi yang paling best boleh makan ikan dan sotong segar. 

Papa,
Boboy tulis warkah ni sebenarnya sebab boboy nak pesan kat papa supaya berhati-hatilah di jalan raya. Dua bulan pertama boboy di Tanah Pecah Ketuban, papalah yang setiap hari hantar dan ambil boboy pagi petang. Dan boboy nak papa tahu, setiap Kali naik kereta sama-sama dengan papa. Boboy ketakutan. Kalau boboy mengandung, nescaya beranak lah boboy akibat Gaya pemanduan papa yang ala-ala Tokyo Drift itu. Tapi papa bukanlah hero yang kacak tu ok. Watak tu dah direserve untuk boboy sahaja. Nak main SMS pun boboy tak berani. Bola mata boboy akan selalu pandang kedepan. Berkelip pun dalam 10 minit sekali je u ols! Kadang-kadang bila papa mengekori kenderaan hadapan terlalu rapat, kaki boboy secara automatik pose-pose tekan brek yang sebenarnya tidak wujud, sebab kereta papa bukanlah kereta untuk orang belajar memandu. Tak siok.

Papa,
Satu lagi perkara yang merunsingkan boboy adalah sikap ketidakbolehansuran papa terhadap pemandu yang memotong sebelah kiri. Boboy tahu, memang salah dan adalH tidak beretika lagi keji Dan hanjeng untuk memotong sebelah kiri. Tapi berbaloikah sekiranya papa dan orang-orang lain yang boboy sayang terlibat dalam kemalangan disebabkan papa enggan memberi laluan kepada pemandu-pemandu keji itu. Surat ni pun boboy karang sebab baru sekejap tadi kereta kita nyaris bergesel untuk keselian kalinya. Bonda sampai terjerit-jerit bagai tadi ni ha. Tu baru bonda yang jerit, kalau boboy lontar vokal high pitch beroktaf 8 setaraf Kak Yah Carey tu, mampoo  papa tahan? Mesti semua pengguna jalan raya terus berhentikan kenderaan masing-masing dan menghayati kemerduan suara boboy. Dah jadi hal lain pulak nanti.  Ingatlah papa, bahawa kereta ini ada roadtax, bukanlah macam bumper car di funfair Ah Seng tu. Kenapa eh, kalau funfair je mesti jadi funfair Ah Seng lah, Ah Teng lah, Ah Fong lah. Amalina Ah Ah Ah, takde pulak ye. 

Papa,
Boboy juga tidak sukakan pemandu-pemandu yang mencelah kiri. Mereka ni samalah macam... Macam... Macam-macamlah kan. tapi boboy harap papa boleh lah mengalah Dan memberikan Sahaja laluan kepada mereka ini. Lebih baik kita mengalah sahaja daripada bergesel atau lebih teruk lagi, bergesel nyawa? Lagipun boboy tahu, papa pun pernah potong kiri kaann... Macam boboy tak tahu kaann... sudehhhh! (berani cakap dengan papa macam ni? Gile?)

Ok lah papa, boboy nak pergi gym. Maklumlah kita kenalah menjaga kesihatan dan kecantikan. Betul ke idok? Betul ke idok? Betul ke idok??? Lagipun boboy dah gargantuan! Dah tak Nicole Pussycat Doll. Ni semua salah bonda. kenapa masak sedap-sedap sangat? Teropaksa boboy makan nasi dengan kuantiti yang sangat mengerikan. Ala-ala gunung Kinabalu tingginya. Ingat papa, berhati-hatilah di jalan raya. Ingatlah orang tersayang. Berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna. Boleh perumpamaan macam tu? 

p/s: Boboy tak dapat elaun lah bulan ni. Boboy nak usulkan Pakej Rancangan Fiskal dalam kabinet papa. Tak banyak pun. EUR1000 je. Tak baik kedekut, tuhan marah! Lagipun takkan papa nak tengok boboy kelaparan dan drooling over those new shoes, shirts, jeans kat ZARA, H&M and WE shop. Boleh la papa, boleh kan? Lagipun, dah lama boboy mengidam shades Marc by Marc Jacobs. Murah je pun, dalam EUR100 je. Tak lah macam shades Oakley orang kat Redang tu, a staggering RM800 u ols!

P/s/s: keji kan anak macam ni? hahahaha... Gurau-gurau je u ols.

Yang cute,
Boboy.

4 comments:

~~DucKneSs~~ said...

uih boboi, versi surat ni lebih mengancam dari versi surat ai ritu..yg sure, point dia sama..tapi style xsama, so xdikira meniru la kan? hueuehehe

kuehbangkit said...

boboy?!, wah manja nye nama u ni!
surat ni bila nak di pos?
kueh leh sponsor setem haha

crustacea said...

surat papa utk boboy: boboy, bila nak ade lesen? x pyh papa hantar lg nnt...hurm..hurm

Berlian yg Ceria~ said...

kalo aku jadik papa..aku akan reply..

Boboy anak papa..
papa terharu boboy begitu prihatin..
tapi izinkan papa benamkan boboy dlm sungai sbb akhiran surat yg begitu keji nak mintak duit tau x nak dekat raya..bonda mintak sofa baru..mana papa nak cekau duit!!!...hahahahahaha~