Sunday, October 31, 2010

The diary of survivor: BTN Ulu Sepri 2010 (Day 1)

Kami bertolak dari Pusat Operasi Kelantan pada jam 9.00am. Kalau ikut jadual, patutnya pukul 8.30am, tapi biasalah melayu kan flexible. Githoo... Walaupun hakikatnya memang terhegeh-hegeh. Bukan apa, sayang nak tinggalkan rakan-rakan di Pusat Operasi. Katanya.

Sepanjang berjalanan, pelbagai halangan kami tempuhi. Paling kasihan adalah Leftenan Muda Jannah, kerana membawa bekalan makanan, ubat-ubatan serta alatan komunikasi di dalam kantung perut beliau. Kami tidak berupaya membantu kerana hanya beliau sahaja yang diberkati tuhan dengan kantung itu. Periuk api dan lurah-lurah dalam kami redah dengan menaiki kenderaan MPV Toyota. Oleh kerana sistem penyerap hentakan MPV berkenaan tidaklah begitu hebat, dan sesungguhnya kami semua terlambung-lambung keudara seperti menaiki roller coaster lagaknya. *dalam erti kata lain, kami adalah sangat ringan bak bulu-bulu swan yang anggun di taman di Raja. Tetap neh!


Hampir 12 jam perjalanan, akhirnya kami tiba di Kem BTN, Ulu Sepri setelah beberapa kali berhenti di tengah jalan bagi mengurangkan lenguh di bontot yang tidak begitu mantap dan pejal ini.
Ketibaan kami di Kem disambut oleh Mejar Jeneral Yunos dengan berita yang pada dasarnya baik, tetapi kerana lambat disampaikan maka ianya menjadi tidak baik.


Berita tersebut adalah KAMI BOLEH MENDAPAT PENGECUALIAN DERIPADA MENYERTAI KEM INI kerana telah pergi 2 tahun lepas. Hati meronta-ronta ingin pulang. Lalu kami berempat berbincang untuk pulang!!


Selepas keputusan nekad diambil, CB yang merupakan Diva Bersara menelefon Mejar Jeneral Yunos!
Namun seperti sudah dijangka, hampa. Alasan beliau adalah kami sudahpun tiba, jadi jangan la nak gatal nak balik.
Tapi selepas difikirkan semula, apakah ini hanya taktik kotor beliau untuk kekuatan menguji jati diri peserta? Oh tidak! Dan kami nampaknya telah gagal!
Apakah Pusat Operasi kami akan menjadi bahan mainan dan sindiran di sepanjang seminggu kem ini kerana memperbodohkan diri sendiri?
Oh tidak!!!
CB juga terlupa membawa tuala dan baju tshirt berkolar! OTK! inikah permulaan segala bencana?

Oh ya, dan setakat ni peserta-peserta lain dari Utara dqn Sabah adalah tidak begitu memberangsangkan dan menangkap mata kecuali Pak Imam (terbakar!!) Dan yang paling memeranjatkan, mereka berbincang mengenai jadual kursus dan menghafalnya di dalam bilik air! CB hampir pitam dan lemas tersedak air pancuran tatkala mendengarkan perbualan mereka dan dengan siapa CB boleh bergossip!!! CB tak mahu berbincang mengenai jadual kursus, tetapi hal yang lebih jauh lebih penting seperti industri hiburan sedunia dan hal ehwal sosialis di Manhattan's Upper East Side.



Hello u ols!!!

Namun demikian, mungkin terlalu awal untuk meneka. Oh, mereka dah pulang dari surau!
(kenapakah CB x ke surau?!)


Nampaknya CB akan memulakan perang saraf dan brainwash terhadap mereka, ini tidak boleh dibiarkan berlaku. Kasihan dekat anak-anak remaja zaman sekarang. Apa kejadahnya baca buku-buku ilmiah segala? Mari kita khatamkan buku Cosmopolitan, Men's Folio mahupun buku terhebat abad ke-21, Mangga dan Hai!


Majalah Men's Folio, menjadi bahan wajib baca CB saban bulan

CB dah nampak seorang yang berpotensi untuk direkrut. Nantikan diari CB pada hari esok, samada mereka @ CB yang dibrainwash!
Solusi dengan taglinenya: "Panduan Hidup Bersyariat" *terasa kejahilan melanda

P/s: mereka membaca majalah ilmiah Readers Digest dan Solusi sebelum tidur! Mereka juga berbahas siapa yang dah baca Solusi edisi terbaru. CB hanya mampu membelek helaian Men's Folio secara senyap-senyap didalam selimut.


P/s/s: Mereka semua tidur dengan memakai kain pelikat, tapi CB? Lingerie bercorak kain pelikat dari VS!


P/s/s/s: mereka turut menyusun selipar-selipar di luar dalam bentuk satu barisan lurus! Termasuk selipar CB. *pitammm

Sashay away,
CB si Benang Basah yang risau di kem BTN