Tuesday, November 30, 2010

OhSoRandom: "Hoh, nah makan ni!"

Semalam CB pergi makan malam. (macam lah sebelum ni tak pernah makan malam). OK, tak best. Sila mulakan balik.

Semalam CB pergi makan malam kat sebuah kedai ni. OK, OK, permulaan yang boleh diterima. Teruskan. Ehem.. ehem.. Kedai ni sebenarnya dah lama CB tak pergi, bukan apa u ols, dah asyik tutup je kan. Tensi la jugoks. Kedai ni sedap (lah jugak) masakan tomyam dan puyuh masak pedasnya. Sesampai je CB pun order lah Milo kosong ais (konon-konon jaga kesihatan, no sugar, no condensed milk please) dengan kuew teow sup. Sambil-sambil belek surat khabar sensasi murahan (Harian Metro. Oppss!), abang yang tak berapa nak hensem tu (tapi cute) pun hantar la makanan yang CB order tu. Dia datang dari belakang, campak je kuew teow sup CB tu atas meja dan cakap: "noh (nah)". Tanpa sudu, tanpa garfu tanpa napkin. So I was like, shocked. That was soo uncivilized! OK fine. CB pun tak nak lah bergedik-gedik nak mintak dia ambilkan semua-semua tu. Lagi pulak sebagai wanita (ke?) yang berdikari, CB boleh buat benda tu semua. Mak tak kesah, nyeh!


Apa yang CB tak puas hati adalah layanan dia. CB ni pelanggan dia, yang membayar harga makanan kat dia. Selama ni CB pergi sana tak pernah pulak CB mintak harga kurang ke apa. Semua yang dia cakap, semua CB bayar. So, I kind of his regular customer. But why like that? Ke dia tengok CB ni wanita yang cantik, so dia tak suka. Dia anti. That was sooo sexist! So I swear, mak takkan kembali ke kedai tu nyah oi! Kosser! And for your information, being sexist is soo zaman batu occay! *emo jap.

Terus pose-pose betulkan tudung.


Itu satu hal. Ada pulak hal lain, pasal kedai Thailand. FYI, kedai Abang Puyuh tadi tu pun siam jugoks. Biasalah kan, kat Negeri Sekebun Bunga ni memang ramai orang Thailand. Yang ni baik lah sangat puloks. Bila CB sampai je, tuan kedai tu akan sambut CB dengan bunga manggar dan kompang segala (OK sedikit over melampau) lepas tu duduk semeja dengan CB dan borak-borak. Hari tu dia tanya pasal pakaian CB ni beli kat mana, latar belakang hidup CB ni, lorong gelap mana CB dah meniaga, mak ayah kerja apa dan sebagainya. OTK, tom yam dia sangat sedap! One of the best I ever had! *sambil buat-buat finger kiss dan cakap "Eccellente!"

 OK, munggilkan beber anda dan cakap eccellente ala-ala Italiano yang kacak

Tapi CB pulak yang tak selesa. Rimas u ols. Sejak hari tu, CB memang tak pergi dah kedai tu. CB terpaksa korbankan tomyam kegemaran CB di Negeri Sekebun Bunga ini sebab CB tak selesa dengan layanan kedai tu yang terlampau mesra.

MM: "Pulak dah, tadi Abang Puyuh campak kuew teow sup kat muka kau, anti. Sekarang ni Abang Thailand tu ramah mesra senyum ke ubun-ubun pun kau anti! Hey nyeh, cantik sangat ke kau ni?"

CB: "Choy! Talk to my hand beyotch!"

 Cantik la, tengok gambar mak sebulan yang lalu.

Oh ye, perkenalkan, si MM tu adalah watak minda di separuh sedar *bukan ke CB selalu dalam keadaan separuh vogel sedar?

Apa yang CB inginkan adalah layanan yang professional. Di sambut dengan senyuman dan muka yang maness. Tapi tak payah lah sampai nak temu ramah CB macam nak buat menantu (menantu ke? Kalau isteri kedua? *larikkk) Tak banyak kan yang CB mintak tu?

Sashay away,
CB si Benang Basah yang terpaksa mencari restoran baru untuk makan malam

Thursday, November 25, 2010

OhSoRandom: Melompat Lebih Tinggi 2

Sekadar nak berkongsi satu blog ni. Yang bagi CB agak berjaya melompat lebih tinggi. Pasal Upin dan Ipin.


Satu lagi kan, perlu ke nak letak ni:


"Sila sebarkan kepada semua umat islam, jika tidak solat anda tidak diterima selama 40 hari 40 malam". Sapa u ols nak cakap-cakap macam tu? Cantik sangat ke u ols? Choy!!!


Anyway, selamat membaca blog tersebut.

Saturday, November 13, 2010

AdaStyleLah: Boat Shoes

Haaa.. ingat naik kuda je ada kasut boot? Naik bot pun ada kasut okeh. Berani? Well, boat shoes ni ada juga yang panggil loafers, driving shoes dan juga slip-ons. Macam-macam nama tapi merujuk kepada satu kasut je la. Mungkin lah ada sedikit perbezaan kecil antara satu sama lain tu, tapi secara amnya, sama je u ols! Macam CB la, ada yang panggil Si Jelita, Si Cantik Manis, Si Anggun, CB Vogue dan sebagainya. At the end of the day, satu orang juga yang dirujuk, iaitu CB la u ols. OK? Faham ke perumpamaan CB tu?

A pair of loafers from gucci. Hurm..

Bagus! Kalau CB permasalahan yang CB hadapi adalah macam mana nak menggayakan kasut jenis ni u ols? Nanti orang cakap kita ni mangsa fesyen dan sebagainya. Tak guna beli jenama-jenama "it" itu tapi tak reti menggayakan. CB pun beli jenama Dr. Cardin sudehhh u ols. Kalau pakai kasut macam ni, harap maklum anda dinasihatkan jangan pakai stokin. Kalau nak pakai, silalah pakai stokin yang tak nampak. Orang putih kata no-show-socks. Haa... kalau yang lelaki ni ada dijual di butik Vans dekat One Utama, Petaling Jaya. Sebab stoking ni pendek gila, so kalau pakai memang tak nampak. Lagi pun CB rasa jijiks kalau pakai kasut tak pakai stokin. Berpeluh-peluh kaki. Yucks. Tapi kalau berpeluh-peluh badan lepas bersenam, memang sangat seksi.


Lepas dah beli stokin, nak padankan dengan apa pulak ni. Hurm... Melalui kajian pustaka (literature review) yang CB buat lah kan, kasut ni sangat vogue kalau digayakan dengan seluar khakis. Pastu dengan button-down kemeja. OK pe?


Merembes!



Tapi kalau tak suka pakai khakis, nak pakai short boleh je. Cantik ke betis u ols nak pakai short segala? Boleh pakai seluar pendek dengan kemeja t polo atau a t-shirt dengan casual blazer/jacket. hurm.. seksi jugoks.


Kalau betis dan paha u ols are to die for, boleh la pakai macam ni.
Tapi kalau hurm.... Awas!!


Then kalau u ols tak ada khakis, atau memang tak suka khakis you can even match a pair of boat shoes with a jeans. Sekarang ni sangat "in" dengan gaya lipatan besar kat kaki tu. So masa pakai kasut tu, lipat kaki seluar sampai ke paras buku lali dan gayakan dengan sepasang boat shoes. Tapi jangan lah besar sangat takut nanti orang akan notice kat lipatan tu puloks.

 Rolled jeans.

Mana-mana baju t pun boleh u ols, kalau nak lebih fesyen lagi, pakai sekali dengan vest, sepasang nerd eyewear dan straw hat!

 
Santai je kan?
Anyway, semua ni adalah sekadar perkongsian dengan apa yang CB baca dan buat kat diri sendiri. Kalau u ols nak ikut, boleh je. Tapi kalau x nak, ade aku kisah? *matila carut readers!


Salam Sayang,
CB si Benang Basah yang perasan style! Tapi ado??

Friday, November 12, 2010

OhSoRandom: Perajurit Dewan Peperiksaan

Greetings u ols!!!


Haa... apa cerita? Raya haji dah dekat, u ols masuk korban ke idok? Kalau u ols masuk setiap tahun 1 bahagian, cukup tujuh bahagian lengkaplah lembu sekor. Lembu ini akan jadi tunggangan u ols di padang mahsyar kelak. dalam pada semua orang dok merangkak-rangkak dengan tangan, dengan muka dan sebagainya dengan suasana panas bak matahari sejengkal dari ubun-ubun dan u ols, u ols akan membonceng seekor lembu! Tak ke vogue ols? Tapi pastikan niat kita adalah ikhlas kerana Allah S.W.T, bukan nak riak-riak lah kaann...  Konon-konon meriah lah ni masuk satu bahagian (je pun?!) kecoh lah satu kampung dok jaja. Perlu ke CB counter attack dengan cerita CB yang masuk seekor lembu terus ni? Cukup tujuh tahun, tujuh ekor lembu occay! U ols hader? *awas!

Sebut pasal padang mahsyar ni kan, bagi ibu bapa yang kematian anak di dalam perut atau sewaktu kecil, anak tersebut akan membekalkan air kepada mereka kelak. Sama juga bagi ibu bapa yang gigih menjaga anak-anak istimewa... Masya ALLAH....


U ols mampoo? I tunggang badak air!
 
Cerita ni CB salin dari sini. "Setelah dipindahkan ke dalam syurga, maka anak-anak kecil ini lupa kepada kehidupan dunia. Mereka lupa kedua ibu bapanya, lupa kepada kampung halaman dan sebagainya. Tiba-tiba pada suatu hari, ketika mereka sedang bermain-main menikmati kesenangan syurga, maka ada malaikat yang memberitahukannya: "Wahai Wildan, lupakah kamu kepada kedua orang tuamu? Sekarang mereka sudah berada di pintu syurga." Ketika itulah baru mereka tahu dan ingat kembali kepada ayah bonda mereka yang selama ini mereka lupakan. Mendengar apa yang dikatakan oleh malaikat itu, dalam keadaan menangis dan membawa air dengan segera mereka berlari menuju ke pintu syurga". Tak tahu la kan dia buat sendiri atau pun salin dari orang lain. *tetap ni. dah la salin org punye, tetap nak caruts!

CB bukan apa u ols, ada kawan kat Newcastle tu caruts CB. Dia kata blog CB ni lagha sangat! Jadi bagi mengimbangi isi kandungan blog ni, CB kongsi-kongsi la sikit apa yang CB tahu kaann... Be it syurgawi mahupun duniawi. Tuu dia, istilah nak yang kelas-kelas aje!


OK, kembali kepada tajuk asal, Perajurit Dewan Peperiksaan...
. . .
. . .
. . .


Hurm... ngantuk lah puloks u ols. Esok la CB cerita ye? hehehe...


Bye u ols!


Salam sayang,


CB;  "Wanita Berpurdah Pink"

Tuesday, November 9, 2010

Meroyan: Cantasssss!

Greetings u ols!
Cantik ke idok hari ni?


Pernah dengar tak satu teka teki yang sangat fofuler oleh Imam Al-Ghazali (kalau tak silap CB lah kan) kepada muridnya. "Di dalam dunia ini, apakah yang paling tajam?". Murid tersebut menjawab; "mata pedang". Tapi Imam bunyikan buzer "toott" yang makna katanya salah la kan lalu menambah:


"Sesungguhnya yang paling tajam adalah lidah yang berkata-kata".


Kemudian ada pulak hadis nabi ke (kalau tak silap CB lah kan) yang meriwayatkan "apabila kita memuji seseorang, kita seolah-olah telah meletakkan mata pedang di tengkuknya. Kerana jika ia berasa riak, maka telah jatuh dosa ke atasnya".


CB tak nafikan, memang CB suka kalau orang cakap CB ni cantik (walaupun dah berjuta-juta orang cakap), manis dan sweet (lain ke?), bijaksana bak Sang Kancil serta arif bak Burung Hantu. Tapi kenalah ada hadnya kan. Contohnya baru-baru ni masa mesyuarat. Bos CB tu selalu lah puji CB depan staf-staf yang lain. Bila CB cakap selalu, maksudnya SELALU. Very good la, very well done la, "bagus CB ni" la n baru-baru ni "CB ni extraordinaire". Sampaikan CB pulak yang rasa tak selesa. Dulu masa CB cuti belajar di Tanah Rendah Sekebun Bunga, adalah jugak si Yaya tu dok menyampai. Kemudian ingatkan bila CB dah balik ni, tak kan ada lagi. Sebab mungkin tu salah satu cara dia memberi cabaran kepada staf lain. Tapi CB salah. It does not stop there.


Dia puji depan staf-staf yang lain. Yang berbatu-batu lagi berpengalaman dari CB ni. Mestilah sedikit sebanyak mesti akan ada rasa tak puas hati dan jengkel dengan CB. Ye la, diorang tu semua professors kot? Setakat ni, perhubungan CB dengan staf lain memanglah baik, tapi manusia ni kan, bulu mata je sama hitam, hati lain-lain. Tahi lalat di muka kita boleh nampak u ols, kalau bertahi di hati? Nampak ke? Kita tak boleh nampak.


Hari tu CB buat pembentangan kecil-kecilan pasal suatu topik ni. Petang semalamnya, CB bincang dengan AJK lain dan kami memerah otak untuk itu. Masa pembentangan memang CB tak guna kata ganti nama "saya" tetapi "kitorang" yang terang-terang bermaksud bukan CB sorang tapi ada lagi orang lain yang buat kerja tu bersama-sama CB. Tapi alih-alih, dia cakap "yes CB, vey well done". Jadi CB risaulah kan, risau takut-takut AJK CB tu ingat CB memang sengaja nak dapat nama sorang-sorang, nak bolot semua pujian itu. Sedangkan tak pernah terlintas di hati CB nak buat macam tu. Tapi tu lah, orang tak boleh baca hati CB. Orang akan menilai mengikut hati sendiri.


Lagipun pulak u ols, kalau bos dah asyik puji kita je, rakan-rakan sejawatan yang jengkel akan selalu cari salah CB dan akan ada juga yang put very high expectation on me! That scares me to death!


Selain tu, puji-pujian ni akan buat kita leka. Kalau semua benda yang kita buat dapat pujian, akan sampai suatu tahap di mana kita tak akan nampak tanah lagi. Bukan sebab perut makin membuncit sampai tak nampak tanah dipijak, tetapi kita parasan apa yang kita buat tu sempurna dan tiada cacat celanya. Jadi CB harap la kawan-kawan sejawatan CB yang disayangi dan CB dah anggap macam ahli keluarga sendiri tegurlah CB kalau buat salah. Tapi kalau nak u ols nak juga cakap CB ni cantik, yang tu CB nak buat macam mana kaann... CB pasrah.


p/s: mungkin akan ada pelbagai interpretasi oleh pembaca terhadap post CB ni. Mungkin ada yang fikir CB ni berlagak nak tulis entri selalu dipuji. Tapi ini luahan hati nurani CB sendiri. Setakat ni alhamdulillah CB tak pernah lagi berasa riak kalu dipuji bab kerja. Sebab bukan CB sorang yang menyumbang tenaga bakti! Tapi kalu dipuji cantik tu... ada la sket rasa riak. *bleh mcm tu?


Shashay away,
CB si Benang Basah yang tak selesa selalu dipuji.

Sunday, November 7, 2010

Diary of survivor: Kem BTN Ulu Sepri 2010 (Day 5)

Tadi baru je habis Latihan Dalam Kumpulan. Apa pun, CB dengan sukacita mengakui bahawa ini merupakan yang terbaik pernah CB sertai. Banyak sungguh ilmu yang diperoleh. Dan CB bangga mengatakan "saya cinta Malaysia" dan berazam untuk menjaga ibu pertiwi yang tercinta ini. Jika bukan kita, siapa lagi?

CB tetap pose lentik berlatarbelakangkan bendera Malaysia terchenta!

Perlukah kita meminta orang asing menjaganya untuk kita? Cukuplah beratus-ratus tahun sejak 1511. Pada mereka yang menyumbang bakti kepada negara asing, sedarlah. Tanpa Malaysia, kamu takkan berada dimana kamu berada sekarang. Bangunkan negara dan bangsa kita. Ayuh! *sedangkan CB pun bercadang nak kerja sekejap dalam 2-3 tahun kat Eropah. *larikkkkk.

Sekian, itu lah ceritera pasal CB, si cantik terpaksa pergi ke kem Biro Tatanegara. Daripada nak balik, refuse to be brainwashed to love the country more, finally she (she ke??) transformed into someone new! Katanya! Harap-harap lulus la ye kem kali ni. Kalau tak lulus perlu ke CB pergi lagi sekali? Choyyyyy!
Puan Jannah dan rakan-rakan yang lain berjaya pulang ke kem PO Kelantan dengan selamat tanpa apa-apa kecederaan fizikal ataupun emosi.

Puan Jannah yg keletihan di dalam van.


Akhirnya siap jugak CB tulis siri Diary of Survivor ni. Bukan apa u ols, sebab CB nak tulis entri baru untuk AdaStyleLah. Dah lama tak tulis sejak edisi Tali Pinggang. Sedeyh!

Shashay away,
CB si Benang Basah.

"Semua macam lembu!"

Diary of survivor: Kem BTN Ulu Sepri 2010 (Day 4)

Dah tak ada sangat masa nak tulis diari ni. Sempit masa u ols! Bangun pukul 5am, tidur pukul 0000. Lagipun CB dah tak tensi sangat, dah pecah gruop n bentuk kumpulan baru. Jauh dari Penghulu Wannabe (rindu la puloks) *larikkkk. Satu group pulak dengan kadet PO MARA. Akhirnya kami dah rapat lah sket. And besides national issues, sempatlah berborak-borak pasal benda2 lagha kegemaran CB: entertainment. Lagipun dia ni memang khusus dalam bidang Perfomance Art. Sooo... kena lah u ols. Ringan sikit beban yang CB tanggung di dada ini. Silikon yang CB suntik pun ringan je taw, dalam sekilo je sebelah. Si Aman ni nak pergi ke Jogjakarta, Universiti Gadja Mada, buat Art Performance. Meletops!


 Sekilo je sebelah u ols! Standard size.

Esok ada persembahan nyanyian lagu patriotik. Kumpulan2 lain punya expectation terhadap Kumpulan 6 ni memang tinggi, ye lah, orang kuat budaya dan tarian ada dalam group CB kaann, so kena buat yang terbaik. Si Aman (PO MARA) tu tengah menghafal lagu Jalur Gemilang kat katil tingkat atas CB. Good luck to ourselves.
*CB pun ingat-ingat lupa part "jalur gemilang lalalala... jalur gemilang lalala....". Haiyooo!

Tapi fasi dah bagi warning cakap lagu ni x pernah menang! Choy kan fasi CB? Bukan nak bagi kata-kata perangsang. Tapi tak boleh, kalau CB terangsang, lain jadinya nanti! Wow!

Shashay away,
CB si Benang Basah yang bersemangat nak buat show live!

Diary of survivor: Kem BTN Ulu Sepri 2010 (Day 3)

Hari ni jadual aktiviti adalah amat ketat, padat dan mantap. Akibat keketatan ittew, maka CB tak mampu melawan rasa mengantuk ketika ceramah. Rasanya dah lama tak tidur masa kuliah, ceramah @ what-so-ever, last sekali time degree dulu.

CB tidur dulu na...

Hurm... Apa yang menarik hari ini? Oh, CB berdiskusi lagi mengenai intipati pengisian kem ni. CB mengakui, doktrin skematozoa mereka memang telah meracuni diri. Sehinggakan masa tengah borak-borak pasal filem Hati Malaya (dari konteks pengisian) kadet-kadet PO MARA sibuk mencelah pasal anugerah-anugerah yang dimenangi oleh filem-filem bercorak kenegaraan tu, CB was like: motiffff! Learned sikit boleh tak? Orang bincang pasal benda serius, dia sibuk pasal award tu, award ni, festival filem tu, festival filem ni!
Eyewww!! I tak sker taw festival-festival ni. I educated occay!








Kesimpulan: Maafkan CB, I'm poisoned with your venom.

Shashay away,
Cik Benang yang termakan racun

Diary of survivor: Kem BTN Ulu Sepri 2010 (Day 2)

6.37am - CB adalah sangat mengantuk selepas solat subuh. Kedengaran jiran depan katil CB mengalunkan bacaan ayat-ayat suci al-quran sambil berbaring di katil beliau. Alhamdulillah. ZZzzZZZzzz...

9.08am - Nampaknya ada yang berpotensi menjadi Penghulu Kem. Watak ni sibuk mengingatkan kepada semua peserta supaya berkasut ketika bersarapan. Ada 4 orang perempuan tu kesian dia kena patah balik ke bilik dan pakai kasut sebab Penghulu Wannabe suruh. Last sekali ada urusetia-urusetia tu semua kisah? NON ADO!!! Choy!! CB pun pakai kasut segala la ni. Choy!! Dua kali Choy! Mulai saat ini, CB akan gelarkan dia Penghulu Wannabe. Dan suasana semakin genting kerana nampaknya jati diri CB semakin lemah! Oh tidak. CB bersama-sama mereka telah mengkhatamkan buku Wawasan 2020 dalam masa satu jam!!! Arghhhh!!! Bukan itu sahaja, CB juga berdiskusi secara ilmiah pasal Belanjawan 2011, pemansuhan PMR dan UPSR, PTK dan pelbagai lagi!
OTK! Bree, Gaby, Samantha help me!

9.47am: Nampaknya Pak Penghulu Wannabe sedang sibuk melakukan tekan tubi, sit-up, tinju, kawat pengakap (motif!) dan pelbagai jenis senaman di dalam dorm (apakah!) sementara menunggu pukul 11am. Sangat motiffff! Apakah itu tarian mengawan bagi menggoda CB? Beliau juga menjemput CB menjamah... err...menjamah kek butter yang di sediakan oleh bonda beliau. Apakah itu cara beliau untuk memberitahu yang bakal mentua pandai memasak? Sorry, I'm far away out of your league. Paling kurang pun CB makan kek yang di design oleh Nahid La Patisserie Artistique.



Nunka me amor! Nunka!

10.06am: Yes! Batalion dr Pusat Operasi MARA telah tiba! Beberapa subjek berpotensi untuk dilaghakan telah dikenalpasti.

1.50pm: PO MARA mmg berpotensi, tetapi sedikit kekwat. Apakah mereka terasa cabaran dr CB yang cun n stylo ini? Jangan begitu, CB tak kisah pun kalau u ols hazzab, yang penting doktrin skematozoa mereka perlu dihapuskan dan kerjasama itu penting! Semasa pemilihan Penghulu, CB sangat gembira. You might rightly ask: "why?". Apakah sebab CB terpilih sebagai Penghulunita? Hurm... Memang la betul u ols! Obviously kot? Tetapi bukan itu sebabnya. Lagipun biasalah orang cantik jadi ketua, apa nak di hairan.


Tak nampak ke kecantikan I ni? Sebab tu la I jadi Ratu Jordan, mampoo?
 
Tapi sebab yang sebenar kenapa CB gembira adalah kerana Penghulu Wannabe tidak terpilih menjadi Penghulu! Kita kan boleh tengok, kalu orang tu nak sangat satu position tu, memang aksi "coverina" sangat obvious! Tepuk sini, tepuk sana, "yes" sini, "yes" sana. Choy! Hahahaha.... Cantik ke u ols nak jadi Penghulu? Sekian terima kasih.

Pada awalnya, CB memanglah dilantik sebagai Penghulunita, tapi CB tolak atas alasan bagi peluang kepada mereka yang lain. Sebab bagi CB jawatan Penghulunita ni biasee je. Githoooo... CB bukan Kak Pidah Aziz (nama seakan-akan benar) yang tetap tak mahu lepas jawatan. Gurau je. Sebab yang sebenar kenapa CB tolak jawatan Penghulunita adalah kerana CB tahu, jawatankuasa saje nak suruh CB berucap kat depan kaann... Sebab bila CB berucap-ucap kat depan, boleh la diorang mengagumi keindahan ciptaan tuhan yakni CB la u ols! Kaann...

Masa urusetia namakan Ketua Imam, CB berdoa seikhlas hati agar tidak terpilih. Kalau CB yabg jadi Imamah, nescaya sesatlah semua peserta-peserta Kem ni! Haiyooo... Macam mana nak kena azan lagi, kena jadi imam lagi, pastu doa-doa n zikir-zikir selepas solat segala tu! Choy!!! Tapi CB tahu, Jannah, Faliq dan Nana mesti berdoa-doa agar CB dipipih sbg ketua imam! Kejis.

4.55pm: Penghulu Wannabe yang tidak terpilih tu duduk sebelah CB. Satu group la kaedahnya u ols. Memang sangat skema. Penceramah lebih masa 15 minit pun sibuk cari pengerusi majlis dan bising-bising pengerusi majlis tu tak buat kerja la kononnya sebab tak cakap kat penceramah masa dah tamat. Pfffttt rimas, lemas!

7.53pm: Masa makan Penghulu Wannabe bising je cakap jangan senduk dulu, jangan makan dulu. Kalu kat ahli kumpulan je tak apa la jugak, ni kumpulan-kunpulan lain pun nak sound. Kalu ada megaphone tu, mesti satu dewan dia dah kecoh-kecoh. Penghulu sebenar diam je u ols dan urusetia pun dah suruh sendukkan lauk dulu. Sebok je la kau! Nampaknya entri kali ni pasal Penghulu Wannabe je lah. Boooring!


OK u ols, barrrissss lurusss nyahh oi! Choy! Yang hujung tu pondan ke? Lurus!

Walaubagaimanapun, bagus jugak dia dalam kumpulan CB, jadi dia lah yang bg command masa kawat-kawat segala tu! Kalau CB yang kena.... HABISLAH!!! Terkeluarlah nanti suara kepit octave 8 ittew. Oh tidak dapat dibayangkan! Haiyoo!

Tapi kan u ols, sorang kadet PO MARA tu sangat berlagak occay! Kekwat! Bak kata orang tua-tua, pinggan tak retak nasik tak dingin. Orang tak hendak kita pun tak hingin! Githooo!

11.49pm: Penghulu Wannabe sekali lagi buat perkara yang aneh-aneh. Motifff sangat kunci pintu dorm? Walhal masa tu ada lagi org dok mandi kat bilik air. Sah sah la orang tu nak masuk bilik nanti kan. Lepas tu terpaksa la CB jadi ala-ala isteri mistali pergi bukakan pintu. Ala u ols, macam sambut suami pulang overtime. Tapi pastikan skandal dah keluar ikut tingkap dulu. LOL!


Ok, cukup untuk hari ini. CB nak tidur dah. Harap-harap akan ada satu subjek menarik untuk dibincangkan pada hari esok. Oh ya, minda CB juga beranasur-ansur di bersihkan. Rasa seronok membincangkan perihal Jepun menjajah tanah melayu pada 1841.
Apakah?!!! Ini bukti bahawa Jati Diri CB makin lemah. Dimanakah Samantha when i need her?


P/s: CB sangat sentap sebab tak ada orang yang boleh kongsi live perasaan menyampah CB terhadap Penghulu Wannabe ni. Kalau ada Iqmal mesti best. Hurm... Sentips la mcm neh! Nasib ada Jannah, Faliq n Nana. They all pun perasan benda tu! Hihihihi...

Sashay away,
CB si Benang Basah yang sedang menyampah dengan Penghulu Wannabe.