Sunday, November 7, 2010

Diary of survivor: Kem BTN Ulu Sepri 2010 (Day 2)

6.37am - CB adalah sangat mengantuk selepas solat subuh. Kedengaran jiran depan katil CB mengalunkan bacaan ayat-ayat suci al-quran sambil berbaring di katil beliau. Alhamdulillah. ZZzzZZZzzz...

9.08am - Nampaknya ada yang berpotensi menjadi Penghulu Kem. Watak ni sibuk mengingatkan kepada semua peserta supaya berkasut ketika bersarapan. Ada 4 orang perempuan tu kesian dia kena patah balik ke bilik dan pakai kasut sebab Penghulu Wannabe suruh. Last sekali ada urusetia-urusetia tu semua kisah? NON ADO!!! Choy!! CB pun pakai kasut segala la ni. Choy!! Dua kali Choy! Mulai saat ini, CB akan gelarkan dia Penghulu Wannabe. Dan suasana semakin genting kerana nampaknya jati diri CB semakin lemah! Oh tidak. CB bersama-sama mereka telah mengkhatamkan buku Wawasan 2020 dalam masa satu jam!!! Arghhhh!!! Bukan itu sahaja, CB juga berdiskusi secara ilmiah pasal Belanjawan 2011, pemansuhan PMR dan UPSR, PTK dan pelbagai lagi!
OTK! Bree, Gaby, Samantha help me!

9.47am: Nampaknya Pak Penghulu Wannabe sedang sibuk melakukan tekan tubi, sit-up, tinju, kawat pengakap (motif!) dan pelbagai jenis senaman di dalam dorm (apakah!) sementara menunggu pukul 11am. Sangat motiffff! Apakah itu tarian mengawan bagi menggoda CB? Beliau juga menjemput CB menjamah... err...menjamah kek butter yang di sediakan oleh bonda beliau. Apakah itu cara beliau untuk memberitahu yang bakal mentua pandai memasak? Sorry, I'm far away out of your league. Paling kurang pun CB makan kek yang di design oleh Nahid La Patisserie Artistique.



Nunka me amor! Nunka!

10.06am: Yes! Batalion dr Pusat Operasi MARA telah tiba! Beberapa subjek berpotensi untuk dilaghakan telah dikenalpasti.

1.50pm: PO MARA mmg berpotensi, tetapi sedikit kekwat. Apakah mereka terasa cabaran dr CB yang cun n stylo ini? Jangan begitu, CB tak kisah pun kalau u ols hazzab, yang penting doktrin skematozoa mereka perlu dihapuskan dan kerjasama itu penting! Semasa pemilihan Penghulu, CB sangat gembira. You might rightly ask: "why?". Apakah sebab CB terpilih sebagai Penghulunita? Hurm... Memang la betul u ols! Obviously kot? Tetapi bukan itu sebabnya. Lagipun biasalah orang cantik jadi ketua, apa nak di hairan.


Tak nampak ke kecantikan I ni? Sebab tu la I jadi Ratu Jordan, mampoo?
 
Tapi sebab yang sebenar kenapa CB gembira adalah kerana Penghulu Wannabe tidak terpilih menjadi Penghulu! Kita kan boleh tengok, kalu orang tu nak sangat satu position tu, memang aksi "coverina" sangat obvious! Tepuk sini, tepuk sana, "yes" sini, "yes" sana. Choy! Hahahaha.... Cantik ke u ols nak jadi Penghulu? Sekian terima kasih.

Pada awalnya, CB memanglah dilantik sebagai Penghulunita, tapi CB tolak atas alasan bagi peluang kepada mereka yang lain. Sebab bagi CB jawatan Penghulunita ni biasee je. Githoooo... CB bukan Kak Pidah Aziz (nama seakan-akan benar) yang tetap tak mahu lepas jawatan. Gurau je. Sebab yang sebenar kenapa CB tolak jawatan Penghulunita adalah kerana CB tahu, jawatankuasa saje nak suruh CB berucap kat depan kaann... Sebab bila CB berucap-ucap kat depan, boleh la diorang mengagumi keindahan ciptaan tuhan yakni CB la u ols! Kaann...

Masa urusetia namakan Ketua Imam, CB berdoa seikhlas hati agar tidak terpilih. Kalau CB yabg jadi Imamah, nescaya sesatlah semua peserta-peserta Kem ni! Haiyooo... Macam mana nak kena azan lagi, kena jadi imam lagi, pastu doa-doa n zikir-zikir selepas solat segala tu! Choy!!! Tapi CB tahu, Jannah, Faliq dan Nana mesti berdoa-doa agar CB dipipih sbg ketua imam! Kejis.

4.55pm: Penghulu Wannabe yang tidak terpilih tu duduk sebelah CB. Satu group la kaedahnya u ols. Memang sangat skema. Penceramah lebih masa 15 minit pun sibuk cari pengerusi majlis dan bising-bising pengerusi majlis tu tak buat kerja la kononnya sebab tak cakap kat penceramah masa dah tamat. Pfffttt rimas, lemas!

7.53pm: Masa makan Penghulu Wannabe bising je cakap jangan senduk dulu, jangan makan dulu. Kalu kat ahli kumpulan je tak apa la jugak, ni kumpulan-kunpulan lain pun nak sound. Kalu ada megaphone tu, mesti satu dewan dia dah kecoh-kecoh. Penghulu sebenar diam je u ols dan urusetia pun dah suruh sendukkan lauk dulu. Sebok je la kau! Nampaknya entri kali ni pasal Penghulu Wannabe je lah. Boooring!


OK u ols, barrrissss lurusss nyahh oi! Choy! Yang hujung tu pondan ke? Lurus!

Walaubagaimanapun, bagus jugak dia dalam kumpulan CB, jadi dia lah yang bg command masa kawat-kawat segala tu! Kalau CB yang kena.... HABISLAH!!! Terkeluarlah nanti suara kepit octave 8 ittew. Oh tidak dapat dibayangkan! Haiyoo!

Tapi kan u ols, sorang kadet PO MARA tu sangat berlagak occay! Kekwat! Bak kata orang tua-tua, pinggan tak retak nasik tak dingin. Orang tak hendak kita pun tak hingin! Githooo!

11.49pm: Penghulu Wannabe sekali lagi buat perkara yang aneh-aneh. Motifff sangat kunci pintu dorm? Walhal masa tu ada lagi org dok mandi kat bilik air. Sah sah la orang tu nak masuk bilik nanti kan. Lepas tu terpaksa la CB jadi ala-ala isteri mistali pergi bukakan pintu. Ala u ols, macam sambut suami pulang overtime. Tapi pastikan skandal dah keluar ikut tingkap dulu. LOL!


Ok, cukup untuk hari ini. CB nak tidur dah. Harap-harap akan ada satu subjek menarik untuk dibincangkan pada hari esok. Oh ya, minda CB juga beranasur-ansur di bersihkan. Rasa seronok membincangkan perihal Jepun menjajah tanah melayu pada 1841.
Apakah?!!! Ini bukti bahawa Jati Diri CB makin lemah. Dimanakah Samantha when i need her?


P/s: CB sangat sentap sebab tak ada orang yang boleh kongsi live perasaan menyampah CB terhadap Penghulu Wannabe ni. Kalau ada Iqmal mesti best. Hurm... Sentips la mcm neh! Nasib ada Jannah, Faliq n Nana. They all pun perasan benda tu! Hihihihi...

Sashay away,
CB si Benang Basah yang sedang menyampah dengan Penghulu Wannabe.

1 comment:

~~DucKneSs~~ said...

i hate la PW (Penghulu wannabe).. xkosa nak layan tau..*ludah kt kasut dia