Sunday, November 7, 2010

Diary of survivor: Kem BTN Ulu Sepri 2010 (Day 5)

Tadi baru je habis Latihan Dalam Kumpulan. Apa pun, CB dengan sukacita mengakui bahawa ini merupakan yang terbaik pernah CB sertai. Banyak sungguh ilmu yang diperoleh. Dan CB bangga mengatakan "saya cinta Malaysia" dan berazam untuk menjaga ibu pertiwi yang tercinta ini. Jika bukan kita, siapa lagi?

CB tetap pose lentik berlatarbelakangkan bendera Malaysia terchenta!

Perlukah kita meminta orang asing menjaganya untuk kita? Cukuplah beratus-ratus tahun sejak 1511. Pada mereka yang menyumbang bakti kepada negara asing, sedarlah. Tanpa Malaysia, kamu takkan berada dimana kamu berada sekarang. Bangunkan negara dan bangsa kita. Ayuh! *sedangkan CB pun bercadang nak kerja sekejap dalam 2-3 tahun kat Eropah. *larikkkkk.

Sekian, itu lah ceritera pasal CB, si cantik terpaksa pergi ke kem Biro Tatanegara. Daripada nak balik, refuse to be brainwashed to love the country more, finally she (she ke??) transformed into someone new! Katanya! Harap-harap lulus la ye kem kali ni. Kalau tak lulus perlu ke CB pergi lagi sekali? Choyyyyy!
Puan Jannah dan rakan-rakan yang lain berjaya pulang ke kem PO Kelantan dengan selamat tanpa apa-apa kecederaan fizikal ataupun emosi.

Puan Jannah yg keletihan di dalam van.


Akhirnya siap jugak CB tulis siri Diary of Survivor ni. Bukan apa u ols, sebab CB nak tulis entri baru untuk AdaStyleLah. Dah lama tak tulis sejak edisi Tali Pinggang. Sedeyh!

Shashay away,
CB si Benang Basah.

"Semua macam lembu!"

No comments: