Tuesday, November 9, 2010

Meroyan: Cantasssss!

Greetings u ols!
Cantik ke idok hari ni?


Pernah dengar tak satu teka teki yang sangat fofuler oleh Imam Al-Ghazali (kalau tak silap CB lah kan) kepada muridnya. "Di dalam dunia ini, apakah yang paling tajam?". Murid tersebut menjawab; "mata pedang". Tapi Imam bunyikan buzer "toott" yang makna katanya salah la kan lalu menambah:


"Sesungguhnya yang paling tajam adalah lidah yang berkata-kata".


Kemudian ada pulak hadis nabi ke (kalau tak silap CB lah kan) yang meriwayatkan "apabila kita memuji seseorang, kita seolah-olah telah meletakkan mata pedang di tengkuknya. Kerana jika ia berasa riak, maka telah jatuh dosa ke atasnya".


CB tak nafikan, memang CB suka kalau orang cakap CB ni cantik (walaupun dah berjuta-juta orang cakap), manis dan sweet (lain ke?), bijaksana bak Sang Kancil serta arif bak Burung Hantu. Tapi kenalah ada hadnya kan. Contohnya baru-baru ni masa mesyuarat. Bos CB tu selalu lah puji CB depan staf-staf yang lain. Bila CB cakap selalu, maksudnya SELALU. Very good la, very well done la, "bagus CB ni" la n baru-baru ni "CB ni extraordinaire". Sampaikan CB pulak yang rasa tak selesa. Dulu masa CB cuti belajar di Tanah Rendah Sekebun Bunga, adalah jugak si Yaya tu dok menyampai. Kemudian ingatkan bila CB dah balik ni, tak kan ada lagi. Sebab mungkin tu salah satu cara dia memberi cabaran kepada staf lain. Tapi CB salah. It does not stop there.


Dia puji depan staf-staf yang lain. Yang berbatu-batu lagi berpengalaman dari CB ni. Mestilah sedikit sebanyak mesti akan ada rasa tak puas hati dan jengkel dengan CB. Ye la, diorang tu semua professors kot? Setakat ni, perhubungan CB dengan staf lain memanglah baik, tapi manusia ni kan, bulu mata je sama hitam, hati lain-lain. Tahi lalat di muka kita boleh nampak u ols, kalau bertahi di hati? Nampak ke? Kita tak boleh nampak.


Hari tu CB buat pembentangan kecil-kecilan pasal suatu topik ni. Petang semalamnya, CB bincang dengan AJK lain dan kami memerah otak untuk itu. Masa pembentangan memang CB tak guna kata ganti nama "saya" tetapi "kitorang" yang terang-terang bermaksud bukan CB sorang tapi ada lagi orang lain yang buat kerja tu bersama-sama CB. Tapi alih-alih, dia cakap "yes CB, vey well done". Jadi CB risaulah kan, risau takut-takut AJK CB tu ingat CB memang sengaja nak dapat nama sorang-sorang, nak bolot semua pujian itu. Sedangkan tak pernah terlintas di hati CB nak buat macam tu. Tapi tu lah, orang tak boleh baca hati CB. Orang akan menilai mengikut hati sendiri.


Lagipun pulak u ols, kalau bos dah asyik puji kita je, rakan-rakan sejawatan yang jengkel akan selalu cari salah CB dan akan ada juga yang put very high expectation on me! That scares me to death!


Selain tu, puji-pujian ni akan buat kita leka. Kalau semua benda yang kita buat dapat pujian, akan sampai suatu tahap di mana kita tak akan nampak tanah lagi. Bukan sebab perut makin membuncit sampai tak nampak tanah dipijak, tetapi kita parasan apa yang kita buat tu sempurna dan tiada cacat celanya. Jadi CB harap la kawan-kawan sejawatan CB yang disayangi dan CB dah anggap macam ahli keluarga sendiri tegurlah CB kalau buat salah. Tapi kalau nak u ols nak juga cakap CB ni cantik, yang tu CB nak buat macam mana kaann... CB pasrah.


p/s: mungkin akan ada pelbagai interpretasi oleh pembaca terhadap post CB ni. Mungkin ada yang fikir CB ni berlagak nak tulis entri selalu dipuji. Tapi ini luahan hati nurani CB sendiri. Setakat ni alhamdulillah CB tak pernah lagi berasa riak kalu dipuji bab kerja. Sebab bukan CB sorang yang menyumbang tenaga bakti! Tapi kalu dipuji cantik tu... ada la sket rasa riak. *bleh mcm tu?


Shashay away,
CB si Benang Basah yang tak selesa selalu dipuji.

1 comment:

~~DucKneSs~~ said...

keji..saja tau nak bagi i jeles sbb bos i xpenah puji i pon..buhuuhuuuuuuuuuuuu [menangis dgn pasrah]