Tuesday, November 30, 2010

OhSoRandom: "Hoh, nah makan ni!"

Semalam CB pergi makan malam. (macam lah sebelum ni tak pernah makan malam). OK, tak best. Sila mulakan balik.

Semalam CB pergi makan malam kat sebuah kedai ni. OK, OK, permulaan yang boleh diterima. Teruskan. Ehem.. ehem.. Kedai ni sebenarnya dah lama CB tak pergi, bukan apa u ols, dah asyik tutup je kan. Tensi la jugoks. Kedai ni sedap (lah jugak) masakan tomyam dan puyuh masak pedasnya. Sesampai je CB pun order lah Milo kosong ais (konon-konon jaga kesihatan, no sugar, no condensed milk please) dengan kuew teow sup. Sambil-sambil belek surat khabar sensasi murahan (Harian Metro. Oppss!), abang yang tak berapa nak hensem tu (tapi cute) pun hantar la makanan yang CB order tu. Dia datang dari belakang, campak je kuew teow sup CB tu atas meja dan cakap: "noh (nah)". Tanpa sudu, tanpa garfu tanpa napkin. So I was like, shocked. That was soo uncivilized! OK fine. CB pun tak nak lah bergedik-gedik nak mintak dia ambilkan semua-semua tu. Lagi pulak sebagai wanita (ke?) yang berdikari, CB boleh buat benda tu semua. Mak tak kesah, nyeh!


Apa yang CB tak puas hati adalah layanan dia. CB ni pelanggan dia, yang membayar harga makanan kat dia. Selama ni CB pergi sana tak pernah pulak CB mintak harga kurang ke apa. Semua yang dia cakap, semua CB bayar. So, I kind of his regular customer. But why like that? Ke dia tengok CB ni wanita yang cantik, so dia tak suka. Dia anti. That was sooo sexist! So I swear, mak takkan kembali ke kedai tu nyah oi! Kosser! And for your information, being sexist is soo zaman batu occay! *emo jap.

Terus pose-pose betulkan tudung.


Itu satu hal. Ada pulak hal lain, pasal kedai Thailand. FYI, kedai Abang Puyuh tadi tu pun siam jugoks. Biasalah kan, kat Negeri Sekebun Bunga ni memang ramai orang Thailand. Yang ni baik lah sangat puloks. Bila CB sampai je, tuan kedai tu akan sambut CB dengan bunga manggar dan kompang segala (OK sedikit over melampau) lepas tu duduk semeja dengan CB dan borak-borak. Hari tu dia tanya pasal pakaian CB ni beli kat mana, latar belakang hidup CB ni, lorong gelap mana CB dah meniaga, mak ayah kerja apa dan sebagainya. OTK, tom yam dia sangat sedap! One of the best I ever had! *sambil buat-buat finger kiss dan cakap "Eccellente!"

 OK, munggilkan beber anda dan cakap eccellente ala-ala Italiano yang kacak

Tapi CB pulak yang tak selesa. Rimas u ols. Sejak hari tu, CB memang tak pergi dah kedai tu. CB terpaksa korbankan tomyam kegemaran CB di Negeri Sekebun Bunga ini sebab CB tak selesa dengan layanan kedai tu yang terlampau mesra.

MM: "Pulak dah, tadi Abang Puyuh campak kuew teow sup kat muka kau, anti. Sekarang ni Abang Thailand tu ramah mesra senyum ke ubun-ubun pun kau anti! Hey nyeh, cantik sangat ke kau ni?"

CB: "Choy! Talk to my hand beyotch!"

 Cantik la, tengok gambar mak sebulan yang lalu.

Oh ye, perkenalkan, si MM tu adalah watak minda di separuh sedar *bukan ke CB selalu dalam keadaan separuh vogel sedar?

Apa yang CB inginkan adalah layanan yang professional. Di sambut dengan senyuman dan muka yang maness. Tapi tak payah lah sampai nak temu ramah CB macam nak buat menantu (menantu ke? Kalau isteri kedua? *larikkk) Tak banyak kan yang CB mintak tu?

Sashay away,
CB si Benang Basah yang terpaksa mencari restoran baru untuk makan malam

8 comments:

mioraffandy said...

hahaha....lawak btol....mcm2 la karenah peniaga ni kan...

~~DucKneSs~~ said...

puasa la u ols..posa ganti taun lepas pon x abis lagi tuh..

~Cik Ati~ said...

lawa tudung..hehehehhe

Cik Benang said...

Mior: Tu la, akhirnya pelanggan mulus mcm CB yg jadi mangsa.

Duck: Kaann... Skarang ni CB dah jarang makan malam (Dlm erti kata lain: balik opis je terbongkang. So how?)

Cik Ati: Terima kasih la u ols. CB beli kat Wakaf Che Yeh, RM5 selonggok. *selonggok katanya!

sunshine said...

ho..
CB sebagai wanita jelita hidup dengan penuh dugaan...
sabar yer CB.. tulah dugaan wanita2 jelita lagi canteq ni..

Cik Benang said...

Oh Ms. Sunshine, CB yakin anda juga wanita yang chanteque sebab tu anda memahami. Love u ols!

crustacea said...

Milo kosong without ice better.

Cik Benang said...

Errkk... baiklah. *sambil pose2 buang ais dr gelas guna straw.