Friday, November 12, 2010

OhSoRandom: Perajurit Dewan Peperiksaan

Greetings u ols!!!


Haa... apa cerita? Raya haji dah dekat, u ols masuk korban ke idok? Kalau u ols masuk setiap tahun 1 bahagian, cukup tujuh bahagian lengkaplah lembu sekor. Lembu ini akan jadi tunggangan u ols di padang mahsyar kelak. dalam pada semua orang dok merangkak-rangkak dengan tangan, dengan muka dan sebagainya dengan suasana panas bak matahari sejengkal dari ubun-ubun dan u ols, u ols akan membonceng seekor lembu! Tak ke vogue ols? Tapi pastikan niat kita adalah ikhlas kerana Allah S.W.T, bukan nak riak-riak lah kaann...  Konon-konon meriah lah ni masuk satu bahagian (je pun?!) kecoh lah satu kampung dok jaja. Perlu ke CB counter attack dengan cerita CB yang masuk seekor lembu terus ni? Cukup tujuh tahun, tujuh ekor lembu occay! U ols hader? *awas!

Sebut pasal padang mahsyar ni kan, bagi ibu bapa yang kematian anak di dalam perut atau sewaktu kecil, anak tersebut akan membekalkan air kepada mereka kelak. Sama juga bagi ibu bapa yang gigih menjaga anak-anak istimewa... Masya ALLAH....


U ols mampoo? I tunggang badak air!
 
Cerita ni CB salin dari sini. "Setelah dipindahkan ke dalam syurga, maka anak-anak kecil ini lupa kepada kehidupan dunia. Mereka lupa kedua ibu bapanya, lupa kepada kampung halaman dan sebagainya. Tiba-tiba pada suatu hari, ketika mereka sedang bermain-main menikmati kesenangan syurga, maka ada malaikat yang memberitahukannya: "Wahai Wildan, lupakah kamu kepada kedua orang tuamu? Sekarang mereka sudah berada di pintu syurga." Ketika itulah baru mereka tahu dan ingat kembali kepada ayah bonda mereka yang selama ini mereka lupakan. Mendengar apa yang dikatakan oleh malaikat itu, dalam keadaan menangis dan membawa air dengan segera mereka berlari menuju ke pintu syurga". Tak tahu la kan dia buat sendiri atau pun salin dari orang lain. *tetap ni. dah la salin org punye, tetap nak caruts!

CB bukan apa u ols, ada kawan kat Newcastle tu caruts CB. Dia kata blog CB ni lagha sangat! Jadi bagi mengimbangi isi kandungan blog ni, CB kongsi-kongsi la sikit apa yang CB tahu kaann... Be it syurgawi mahupun duniawi. Tuu dia, istilah nak yang kelas-kelas aje!


OK, kembali kepada tajuk asal, Perajurit Dewan Peperiksaan...
. . .
. . .
. . .


Hurm... ngantuk lah puloks u ols. Esok la CB cerita ye? hehehe...


Bye u ols!


Salam sayang,


CB;  "Wanita Berpurdah Pink"

5 comments:

~Cik Ati~ said...

hoh! punye pnjg mukadimah tu jek tulih? wahahhahahab

Cik Benang said...

Hahaha... Lepas2 tulih tu, ngantok puloks. LOL!

~~DucKneSs~~ said...

xkira..i carutskan kawan u ols tu..i suka CB yang lagho *ombakk!!

Cik Benang said...

Oh wow! Sgt teruja. Tak sangka ada yang menyokong kelaghaan CB ittew. LOL!

~~DucKneSs~~ said...

*ombak tsunami!!