Thursday, December 30, 2010

OhSoRandom: Azam Khan, kekasih baru

Tadi kat pejabat ada seorang kakak ni bawa bayi dia yang masih kecil. Nama Adam. OTK, sungguh cute. Kelmarin waktu keluar makan dengan Mell, seorang kawan ni bawa bayi dia juga, nama Ariq. Minggu lepas Mell bawak anak saudara dia ke pejabat, nama Syafi. Jannah pun tengah menghitung hari je nak meletup perut dia tu. Lagi... ada dua orang kat pejabat juga tengah mengandung.

Oh my, CB baru sedar rupanya selamanya ni selalu dikelilingi oleh bayi-bayi serta janin-janin di dalam perut ibu mereka. Rasa sangat bertuah dan diberkati. Tiba-tiba CB rasa macam nak ada anak sendiri.

Sebenarnya tak lah tiba-tiba jugak, sebab memang selalu mengidam nak ada bayi sendiri. Tapi tu lah, takut la lepas bersalin nanti badan dah tak secantik dulu. Lagi pulak, macam mana kalau dia menangis malam-malam? Mesti tak cukup tidur punya. Lepas tu mesti stress keesokannya. Kalau ada bayi yang boleh on off suis dia kan bagus? Satu lagi, nak jaga dia masa dia wangi je. Kalau nak kena tukar lampin, tak nak dah. Ada sesiapa yang nak menjadi bapa kepada anak CB? *bapa katanya!


Well, sempena tahun baru ni azam baru tahun ni adalah:


Daripada ini:


Kepada ini:




Mampoo? Tak sedar diri tiap-tiap malam menggajah makan nasik kukus (with extra rice) n pizza personal size (extra cheese). Sarapan pulak nasik berlauk, kuew teow dengan keropok goreng! *pitammmm


p/s: Tahniah kepada Puan Jannah dan suami Encik Idi sebab dapat anak lelaki sulung. berat tuu.. 3.6kg. Tahniah!!! I'm a proud auntie uncle.

Shashay away,
CB si Benang Basah yang tengah meroyan nak ada anak jugak.

Tuesday, December 28, 2010

Special: Surat Terbuka Untuk Mell

Macam mana nak mulakan ni ye? Tak pe, kita mulakan dengan lafaz basmalah.

Bismillahirrohma nirrahim...


Entri ini ditujukan khas buat seorang sahabat yang baru saja CB kenal. Adalah dalam 3 bulan lebih kot. First time I met her, I was like:


"Wow, lagi cantik dari aku. Ini tak boleh dibiarkan."


Sebagai seorang yang berhemah tinggi, fashionista dan cool, CB terus merancang strategi untuk mendekati dan mengenali dia dengan lebih lanjut. Ini adalah bagi mengorek rahsia di sebalik kelebihan yang dia miliki itu. Tak lama u ols, tak lama lepas tu CB tau dah apa rahsia dia u ols. Lagipun CB ni telus u ols. To me, keeping a secret will not make you beautiful, but sexy. Wow. Anyway rahsia dia satu je u ols.


Senyum dan gelak.


Dia ni ke mana-mana je pun senyum. Kadang-kadang terdetik jugak la kan dia ni fifty-fifty ke apa. Tapi tu lah. Bila senyum dan gelak, semua beban akan jadi ringan. Dengan senyum dan gelak juga akan merangsang pemikiran yang lebih kreatif. Gituuhh... Dengan attitude itu juga lah mudah bagi CB untuk rasa dekat dan selesa dengan dia. Segala lawak CB yang tak berapa nak lawak ni dia boleh terima. Walaupun kadang-kadang CB tahu, dia pun mesti fikir CB ni gila. CB tiru Maria Mariana dia gelak, CB jadi Maimun Talib dia gelak. Semua dia nak gelak.

Hebat tak hebat lah perempuan ni, Jabatan Pengangkutan Jalan anugerahkan dia Lesen Memandu Kepujian Kelas Pertama. Yes, you read it right. Kelas Pertama. Tak ke pengsan kau dengar? Masa Ujian Berkomputer, 15 minit je dia jawab u ols. Satu je salah, tu pun CB rasa dia sengaja buat salah kot. Sekecil-kecil parking dia boleh telus u ols! Parking sisi? Sebelah tangan dia boleh buat. Kejar lampu kuning? Lagi lah senang. Kadang-kadang kita nampak macam lampu kuning tu yang memang sengaja tunggu dia. Bila lepas je, terus tukar merah. CB tak sempat siasat kot-kot lah dia ni pengikut setia ajaran Ayah Pin ke apa kaann..Sebab masa tengah speeding tu mulut dia terkumat-kamit u ols. Takut juga kan.


Lagi satu dia ni sangat petah berbicara u ols. Ada sekali tu kami sama-sama pergi ke sebuah kolej matrikulasi di utara. Budak-budak ni datanglah tanya kursus apa yang ada kat universiti kami ni dan sebagainya. Kemudian dia terus lipat lengan baju dia dan keluarkan nail polisher u ols. Sambil-sambil polish kuku dia pun terangkan lah kat semua budak-budak tu. Semua orang MELELEH air liur u ols dengar dia briefing. CB terus pitam tang tu jugak. Sebelum pitam, sempatlah CB bagi dia nama baru, Mell. Singkatan kepada MELeLeh.

Sambil polish kuku, sambil briefing (source)


Tapi semua tu tak kekal lama u ols. Betul lah orang cakap, time flies. Masa pun satu, kalau aku tengah terkinja-kinja macam beruk, kau mula lah nak fly kan. Lajuu je. Kalau aku tengah sentap, meroyan ke apa mulalah kau nak pose-pose merangkak kaann... 30hb Disember March ni dia akan pergi tinggalkan CB dan semua kawan-kawan yang lain. Tapi CB yakin, mesti dia paling sedih nak tinggalkan CB yang jelita ni. Sebab kat New Zealand sah sah lah takde orang yang cantik. Anak gadis penghulu suku Maori tu pun nombor dua je lepas CB.


Gambar terbaru anak gadis penghulu. CB cilok kat facebook (source)
 
Mell, if you're happen to read this, I would like to say:

1. Terima kasih. Terima kasih sebab jadikan hidup CB di pejabat satu kegembiraan dan keceriaan. Terima kasih sebab sepanjang bekerja dengan dia memang CB stress free and looking forward to come to the office everyday.


2. Maaf. Maaf sekiranya ada yang tak puas hati ke, kecewa ke, apa ke kan. Ye lah, macam yang selalu cakap dalam entri-entri lepas, mulut CB ni boleh tahanlah puakanya jugak. Jadi kadang-kadang tengah seronok-seronok tak sengaja tercarut ke, tersangsang ke apa ke kaann... Maaf ek.


3. Selamat pergi selamat kembali. Well, tujuan ke Nova Zeelandia ni pun memang sebab nak sambung belajar, demi masa yang lebih gemilang. Gituuhh... and I have read everywhere that doing PhD is not easy. It demands your time, energy and everything you have sometimes even things you don't know that you actually have. So as the time goes you will learn the philosophy of knowledge. And I hope with that you will be braver, wiser and everything that is better. Sometimes we will face bitter, but how we are going to celebrate the sweetness without ever taste bitterness? People said when fate hands us a lemon, let us try to make a lemonade.

4. Sacrifice. The thing you told me that night, don't worry. I've been there, and I've done that. So I think I do understand. I wish you well and courage to face the future.


5. Friends. I bet you will never have problem with this. Who could miss the opportunity to know an angel like you.


Enough said, bon voyage et au revoir Mell. I will be missing you always.


p/s: Akan tulis dalam bahasa Inggeris bila emosional.
p/s/s: Don't cry me a river occay. Kalau air terjun ok je. 
p/s/s/s: Don't forget my fridge magnets. From all 22 major cities and towns in Nova Zeelandia.


Shashay away,
CB si Benang Basah yang melambai dari kejauhan.

Saturday, December 25, 2010

OhSoRandom: Kenapa basah?

Ada orang tanya CB, kenapa dalam banyak-banyak pasangan perkataan, kenapa benang dan basah yang dipilih? Kenapa bukan perkataan-perkataan atau ayat-ayat ekstravaganza yang selalu bermain di bibir CB saban hari seperti “hai”, “cantik jugak aku ni”, “hurm.. lekkerding/ lekker kontje” dan sebagainya. Kalau nak diceritakan, kita sorot kembali kepada sejarah pedaftaran blog ini pada 2007/8 or so.

Sebelum menjadi wanita berhemah tinggi, matang, dan fashionista seperti hari ini, CB pernah memiliki jiwa seorang pemberontak, militan yang seksi sumpama Katherine Zeta Jones dalam cerita The Mask of Zorro atau si lasak Nurzizi Zulkifli waktu mengacarakan rancangan Di Mana Joe Jambul sebelum beliau menambah saham di akhirat, dengan bertudung. Ada perumpamaan melayu lama berbunyi “bagai menegakkan benang yang basah”. That was me. Suka memberontak dan suka menegakkan benang yang basah di waktu lapang.


Walaupun dah tahu benda tu salah namun tetap jugak nak tulis dan berhujah konon-konon peguam. Salah satu contoh adalah kenapa kita perlu ke sekolah? Bukan kah sekolah itu membosankan dan banyak kerja-kerja rumah dan sebagainya. Lebih baik lari dari rumah dan berjoli di kelab-kelab malam, melentik di atas motor-motor mat rempit yang mana pada kebiasaannya akan berakhir di pondok-pondok tengah ladang getah selepas dikenduri beramai-ramai dengan diketuai oleh teman lelaki yang kononnya berhemah tinggi. OK, tarik nafas jap.

Tapi betullah kata orang tua tu, takkan tegak benang yang basah (walaupun benang yang kering pun tak tegak jugak kan? Pelik, kenapa benang basah yang tak boleh tegak? OK, cerita lain.) sebab selepas tulis panjang lebar dengan hujah-hujah bernas namun di akhirnya CB tetap juga akan tak bersetuju dengan diri sendiri dan memaki diri sendiri selepas membaca kembali entri-entri tersebut. Kemudian selepas insaf, blog ni terbiar dan dah jadi tempat jin bertendang buat seketika sebelum diaktifkan kembali dalam tahun 2009 macam tu lepas terlalu tertekan masa buat masters dulu.


Jadi sesiapa yang panas baran dan emo tak tentu pasal, tulis apa yang anda tak puas hati sangat tu kat atas kertas. Kalau tulisan anda buruk dan akan membuatkan lagi marah sebab tengok tulisan sendiri yang hazzab boleh guna perisian pemproses kata. Tuuu diaahh, ayat nak power. Biasalah, kata fashinosta kaann... Kat situ siap boleh pilih pelbagai jenis tulisan dan juga warna lagi. Sungguh cool bukan? Bila kita tulis semua kat situ kita akan faham dengan sendiri apa yang sebenarnya kita marah sangat tu dan akhirnya merasionalisasikan kemarahan dan ketidakpuashatian diri sendiri.


Rahsia di sebalik teknik yang CB namakan “Makian Maya” (nak kena paten ni nama ni) adalah komunikasi dengan jiwa separuh sedar. Sebab jiwa separuh sedar adalah lebih tenang dan sedar daripada minda yang memang sedia sedar. Ane’, ada faham ka? (matilah… aku pun tak faham sangat) Minda separuh sedar adalah rakan imaginasi anda semasa kanak-kanak. Cuma sekarang ianya telah besar, sama baya dengan anda dan telah menukar nama menjadi “minda separuh sedar”. Bukan lagi Jojo, Rania, Ikhwan, Asyraf, Mell atau apa jua nama yang anda berikan kepadanya semasa kecil. Jadi apabila orang berkata tanyalah hati, maka hati itu adalah minda separuh sedar kita.


Hihihi… sebenarnya nak terangkan kenapa nama blog ni Benang Basah je. Terus melalut pasal psikologi. Siapa yang “weng” sebenarnya ni? *terus makan ubat anti depression.

p/s: OK, di entri ini CB tak nak campur adukkan dengan tanya iman, akal mahupun Soal Asyraf. Sekarang kita bercakap pasal minda separuh sedar.


Shashay away,
CB the Wet Thread, unregistered practicing psychologist. *mampoo u ols speaking macam ni? Tak kaannn…

Tuesday, December 21, 2010

OhSoRandom: Bila Berteman Dengan Lone Ranger (Updated)

Beberapa minggu lepas (mungkin dah dua bulan lebih) kami serumah dapat housemate baru, kerja kat bandar Negara Tanah Rata Sekebun Bunga ni. Boleh tahan lah orangnya. Maknanya, tak ade lah rasa macam nak capai plastik muntah atau spek hitam setiap kali nampak dia. Nama dia Azrina, budak KL. Seperti biasa, nama seakan-akan benar. Jadi bila je dia masuk rumah tu kami pun amik marker pen dan lukis senyuman lebar kat muka. Biasalah kan, berbudi bahasa lagipun kita nak duduk serumah nanti, kenalah berbaik-baik.


Lebih kurang macam ni la kita orang make up masa sambut dia. (source)


Sebab CB percaya memiliki teman serumah adalah seperti memiliki isteri. Sebab kita akan duduk bersama-sama dia sampailah kita dapat isteri yang sebenar. Setiap hari lepas balik kerja akan menghadap muka dia. Cuma bezanya "isteri" ni, sama jantina. Namun konsep tetap sama.


Azrina ni baik budaknya. Pendiam je. Tak banyak cakap. Sangat seksi misteri dan wow. Beliau juga setiap petang suka main futsal, maka tiadalah masalah berat badan berlebihan ataupun dalam erti kata lain, masalah Hetty Kus Rendang yakni apabila badan tak jugak tinggi-tinggi, tapi ukur lilit bertambah.


Setiap kali dia balik kerja terus masuk bilik dan takkan tegur orang lain lagi dah. Senyap je dalam bilik tu menghadap komputer dia yang bermonitor LCD besar dan canggih tu. Kalau ikut pengalaman sendiri, budak-budak fizik biasanya sangat out going, unlike biologist (including me) yang biasanya ulat buku.


Jadi banyaklah andaian dan teori yang kami utarakan. Salah satunya adalah "apakah dia mengalami kejutan budaya sebab duduk serumah dengan wanita-wanita moden?


Tahukah anda, kali terakhir kami bercakap adalah err... sebulan lepas? *pitam jap. Hatta nama penuh dia pun kami tak tahu u ols. CB ni, kalau orang tu penyegan, CB lagilah dua kali segan. Walaupun dengan status moden dan berkarisma CB ni, tetap tak membantu. Lagi satu yang kami tahu dia dah beli rumah berharga RM200,000 kat Damansara Utama, seorang jurugambar yang berdedikasi (hebat ke tidak tak tahu lah sebab tak pernah tengok hasil kerja tangan dia) dan giat menyimpan emas! *Nampak sangat berminat kat aset dia je.


Jadi sempena tahun baru yang akan datang ni, CB berazam untuk berbaik-baik dengan dia. Tapi macam mana eh nak mulakan? Sebab macam kekok lepas 2 bulan baru nak ice breaking kaedahnya.


p/s: semalam kami masak-masak, sebab segan tak ajak pun dia makan sekali. Kekwat Teruk kan? Hurm...

Update: Tak sempat u ols, si Azrina dan pindah keluar... 1hb January 2011. The best thing is, dia just keluar macam tu je. Without even saying enything. Anything at all. Sedangkan ada je kawan CB kat bilik depan tu. Akhir sekali dia sekadar tinggalkan kunci rumah tergantung kat pintu pagar. How rude people can be? Afterall, I feel lucky for not knowing such a rude guy. Bon voyage, Azrina.


Shashay away,
CB Si Benang Basah yang cuba bersosial.

Saturday, December 18, 2010

OhSoRandom: Pabila Cik Kiah Jatuh Cinta di Aquaria

Salam alls.

Kat Negeri Tanah Rata Sekebun Bunga ni asyik hujan je u ols! Konon-kononya CB nak pergi ke pusat bandar kejap nak cari evening gown merah. Maklumlah, majlis makan malam korporat (korporat katanya!) tempat CB kerja tu 20 haribulan ni. Pada asalnya CB dah siap bayar dress Marchesa, tapi last-last minit Anne Hathaway caras CB! Ada ke dia cilok baju tu senyap-senyap buat pergi Oscar? Hello, that is my freaking dress! *sambil dress up ala-ala Lara Croft. Si Georgina pun satu, siaplah nanti. Kau tak tahu Marchesa Luisa Casati tu kawan baik CB. We ols comolot. (Kawan baik cemana tah, dia tu dah pergi menghadap illahi tahun 1957!)

Dia tataw CB dah siap pose ala2 patung Oscar kat belakang tu nak tarik rambut dia (source)

So sebagai tanda protes, CB dah tempah baju kat kedai apek Kuala Krai bawah hotel Ah Chong dengan konsep "Macarena", diinsprisikan daripada penari Flamenco di Sepanyol.

Konsep dia: Bila masuk ballroom, kena selak dulu sedas dua.

Hebat kan Apek tu? Nama dia Zang Toi u ols. Sebab we ols kawan baik, so CB panggil dia Apek je. Dia tak kisah pun. Occayyyyy, cukuplah merepek!
 
Yang sebenar-benarnya CB mengalami sedikit kepeningan kepala. CB nak ajak bonda  clubbing kat Kuala Lumpur sempena tahun baru 2011 ni. Nak bawaklah dia naik kapal terbang kan, Air Asia sajorkkk... Sebab member dia kat kampung, Makcik Jarum tu tak habis-habis dok cerita  dah naik kapal terbang, pi main bowling berbaju kurung dan clubbing kat Zouq segala. Tambahan pulak semua orang kat kampung tu tahu yang anak bonda tu CB; yang tak disyak lagi sebagai wanita berketerampilan, berjati diri tinggi, fashionista, berhemah serta berkaliber. Jadi mana boleh kalah kaann...

Permasalahannya sekarang ni dia nak pi SOGO yang selalu lah ada sale tu kononnya tu kan. CB dah cakap kat dia:

"Ma, at least Isetan? Hello?"
"U ols, Makcik Jarum tu banyak paper bag SOGO. Ma nak collect sampai boleh buat wallpaper ruang tamu kita."
"Baiklah Ma, nak pitam jap"

We ol ni dah la pi naik flight. Lepas tu cucu-cucu dia ni nak ikut jugak. Lepas semua dah tau Bonda CB nak pi KL, adik CB yang tak berapa nak fashionista tu pun nak ikut. Then sebab cucu-cucu nak ikut, mak bapak kepada cucu-cucu tersebut pun nak ikut. Oh my!!!!! Sekarang ni CB pening sebab macam mana nak gerak dari LCCT ke pusat bandar. Boleh tak bila lalu atas KL, CB suruh pilot buka pintu dan kami semua terjun keluar terus landing dalam kolam depan Suria KLCC. So sekarang ni rombongan Cik Kiah berjumlah err...(sambil tutup mata rapat-rapat dan membilang)...errr... 7 orang! OMG! Satu taxi tak cukup tu. Kalau nak naik bas ke KL Sentral, tak vogue pulak. *tetap ni feeling! Jadi mungkin akan naik teksi ke KLIA dan hop on ERL Express to KL Sentral.

Err.. Pak Cik Polpol, nak pi Pavilion lalu sungai mana ek? (souce)

Kalau dah ramai macam tu, naik lah kereta ke apa kaann.. Tetap ni tak nak. Nak naik flight sama-sama CB katanya! Motip sangat kaann... Biasalah u ols, kami ni kan keluarga yang mesra, bersatu-hati, dan gigih bak kata pepatah "air dicincang takkan putus". *tetiber.

So dari LCCT akan ke KLIA, naik ERL ke KL sentral. Dari KL sentral akan ambil Kelana Jaya Line ke Masjid Jamek. Jalan-jalan kat Jalan Masjid India tu semua lepas tu ke SOGO (bagi mencapai hasrat bonda mengumpul plastik beg SOGO). Kemudian ke KLCC untuk melawat PetroSains, Aquaria, minum petang kat Dome serta makan kat Chakri Palace. Malam tu berangkat pulang. Sehari menjadi KL-ites.
 
CB dah dapat bayangkan trip ini akan menjadi mimpi ngeri! Gosh! Seorang warga tua emas berusia 56 tahun, dua orang kanak-kanak yang boleh tahan nakalnya (tapi ada guardians), seorang remaja perempuan yang tak berapa nak fashionista serta seorang bekas ratu cantik! Hurm.. I think I can manage.

Bonda: I dah suruh Mak Cik Kiah jahit baru sutera baru, dia cakap sempat la siap 1hb nanti.
 
CB: (Kalau koyak baju sutera tu nanti dalam LRT, tataw la)

Terus feeling-feeling demam (source)


Sashay away,
CB si Benang Basah dengan moto hidup: "Whatever you do, do it in style!"

Saturday, December 11, 2010

OhSoRandom: Perang Saraffff

Haa... mampu ke u ols lancarkan perang saraf? Jangan tak tahu di sebalik kejelitaan dan kelembutan ini, CB pernah menjadi ketua unit perang saraf masa pilihanraya kampus dulu u ols. Haa... jangan pitam dulu oke. Waktu tu kumpulan pembangkang ni, biasalah golongan yang bertudung labuh berkopiah segala lah kan. Ala-ala PAS dengan UMNO lah u ols kiranya, cuma yang ni skop lebih kecil, dalam kampus je.


Nak dijadikan cerita, calon pihak pembangkang ni merupakan junior CB sendiri. Tak engkau menangis dapat senior kejam macam ni? Tapi masa tu, semangat professionalisma lebih didahulukan. Konsepnya waktu tu, Parti diutamakan, Kerusi didahulukan. *larikkkk! Jadi matlamat untuk menang kesemua kerusi di kampus lebih penting daripada menjaga junior sendiri. Gegeh! Tapi jangan salah faham pulak u ols, semua ni masa pilihanraya je la. Bila dah habis pilihanraya, baik lah balik. Comolot. CB ni mana suka cari gaduh. CB ni ala-ala merpati putih daripada ibu pejabat PBB lah kiranya kaann... Kesayangan Ban Ki Moon. Katanyaaa...


Zaman muda-muda dulu CB adalah wanita gangsta-nigga-gettho. Berakkan dia! (image source)



Jadi apa yang telah CB rancangkan salah satunya adalah melancarkan Kios Kedai Motosikal 24 jam. Berbekalkan kemampuan perisik ala-ala Charlie's Angels, kami berjaya mendapatkan nombor telefon calon Pihak Sebelah Sana (PSS). Dengan menggunakan teknologi canggih a la James Bond seperti Microsoft Publisher, kami membuat flyers tertulis:


"Tayar motosikal anda pancit? Kehabisan minyak? Jangan risau, kami boleh membantu. Hubungi nombor ini: 01T-HOT CHICK"

Mangsa (tayar) pancit selepas terlanggar antelop liar *larikkkk (image source)


Wah, sambutan dari penduduk kampus amat menggalakkan! Dalam masa beberapa jam, habis, licin! Hebat! Laporan perisik mengatakan calon PSS tersebut terpaksa menutup sementara telefon beliau lantaran panggilan yang tak henti-henti daripada mereka yang kehabisan minyak, tayar pancit dan sebagainya. OK, strategi pertama: BERJAYA.


Strategi kedua lebih kepada teknik Somersault Tunggang Terbalik! Kami dengan baik hatinya mereka bentuk flyers kempen untuk diedarkan kepada semua pelajar, di dewan kuliah, cafe-cafe dan sebagainya. Kami dengan penuh kegigihan lagi berkomitmen jitu serta bersusah payah mencipta motto untuk menarik perhatian warga kampus agar mengundi beliau ni. Yang kami pilih adalah:


"Saya cantik, saya bijak dan beriman. Undilah saya"

 OK tak pose "Jentayu-Patah-Sayap-Cedera-Ditembak-Pemburu-Kacak" mak ni u ols? (image source)

Berani kau tak undi orang yang macam tu? Dah la cantik, beriman lagi! Haiyooo... Sehari selepas flyers diedar, perisik dihantar lagi untuk mendapatkan maklumat situasi terkini. Nampaknya warga kampus terpengaruh dan populariti calon PSS merudum jatuh!

 Mak sker... Mak skerr *sambil terkinja-kinja macam beruk (image source)
 
Selain itu, kami turut membuat banner bessssaaarr dan gantung kat kolej kediaman, sebelah gelanggang serba guna. hihihi... Tapi tak lama u ols, jentera PSS telah menanggalkannya. Cehh.. Tapi tak apa, strategi kedua dikira: BERJAYA!


Ada satu lagi serangan terakhir yang kami guna. Tapi terlalu ekstrem untuk ditulis disini. A la penggunaan senjata biologi! CB bimbang nanti CB akan ditangkap di bawah akta ISA! *pitamm...

Walaubagaimanapun, lepas pilihan raya ni CB memang cuba telefon junior CB tu dan hantar mesej kat dia serta minta maaf. Gitu lah u ols, walaupun kita gaduh-gaduh masa berpolitik, berbeza parti dan sebagainya, hakikatnya kita tetap sama u ols. Yang membezakan kita di mata tuhan hanyalah iman.

MM: Hamboiii... lepas buat kerja-kerja keji macam tu, pandai pulak kan kau berangan Ustazan Fatima Azzahra!


CB: (pose basuh sejadah tepi sungai sambil dengar iPod)


 Motiffff sebut-sebut nama mek! Anyway, chanteque ke idok brooch Aigner mek? (image source)

Shashay away,
CB si Benang Basah yang rindukan kehidupan kampus.

Wednesday, December 8, 2010

OhSoRandom: "Hoh, nah makan ni" Siri 2

U ols, selama ni CB alpa. CB dok merantau jauh mencari sesuap nasi untuk memuaskan nafsu makan yang bergelora di malam hari. Rupa-rupanya kedai makan ada di belakang rumah CB (walaupun tak berapa sedap). Layanan dia memang best u ols. Semalam CB cuba Char Kuey Teow. One of my favorite dish.


Iklan jap: Bagi sesiapa yang tinggal di sekitar area Gong Badak, Kuala Terengganu silalah mencuba Abby's Char Kuey Teow. Sangat sedap. Setiap kali ke sana CB akan memesan dua pinggan (habislah melahap tak hengat!) Tapi tu 4 tahun lepas la. Tak tahu la sekarang ni sedap lagi ke idok kaann..


Berbalik semula kepada cerita asal. Layanan kedai ni memang kelas u ols. Just the way I like it. Kedatangan kita di sambut dengan senyuman tanpa ramah-tamah yang over, plastik dan berlebihan. Sesuai dengan konsep wasatiah gittew. Kedai ni sebenarnya ala-ala islamik sikit u ols. Tapi CB dengan ketidaksedarannya pergi pakai seluar pendek je ni. Kalau sambil-sambil makan kena dengar ceramah atau tetiba tv kat kedai tu tetiba dia pasang Halaqah, Forum Perdana, Tanyalah Soal Asyraf atau Dora the Explorer (nak perli CB muka mcm Dora ke??) faham-faham je lah kaann... Tapi tidak u ols. They are so professional. Gitoohh...

 OK, abang char kuey teow special satu. Cepat sikit ye. I ada usrah lepas ni. (image source)


Disebabkan kedai ni ala-ala islamik dengan semua pelayannya memakai songkok atau paling cikai kopiah, maka tiadalah anak-anak muda rempit dan perempuan-perempuan tonggek murahan (perempuan touch and go, bak kata teman CB di pejabat) menyakitkan mata lepak di kedai ni. Tapiiiii..... kalau kat kedai satu lagi tuuu, yang mana jauh sikit lah dari kedai islamik ni memang lah penuh dengan remaja-remaja muda kacak dan menggetarkan jiwa CB yang dah kertu ini. Setiap kali ke sana, CB akan menyembur sedas dua perfume dengan harapan akan ada anak-anak muda yang sudi membelanja CB segelas dua tequila. Tapi adoo??

Apa barang segelas, sebotol terus u ols! (image source)

Non ado u ols! Hampa harapan CB nak menjadi Rosalinda yang digoda Fernando. *gegeh neh nak jadi Thalia!

Jadi malam ni CB pergi lagi makan kedai islamik tersebut. Layanannya masih macam biasa, senyuman tak lekang dan makanannya pun macam biasa, tak sedap sangat. *pasrah. Lepas makan, CB pun pose-pose nak bayarlah kaann... Dengan lenggang lenggok anggun bak puteri (ke?!) terakhir the legendary queen regnant, Cik Siti Wan Kembang, CB ke kaunter. Masa duit bertukar tangan, abang kaunter tu tanya:

"Adik asal mana ye?" "Oooh, rumah kat sini sewa kat mana?" "Aahh, kerja kat mana?"

CB: Oh please, jangan mulakan. Perlu ke pencarian kedai makan baru di-relaunch?

Beginilah dugaan menjadi wanita cantik. *pitammm

Sashay away,
CB si Benang Basah yang kepasrahan menjadi cantik