Thursday, December 30, 2010

OhSoRandom: Azam Khan, kekasih baru

Tadi kat pejabat ada seorang kakak ni bawa bayi dia yang masih kecil. Nama Adam. OTK, sungguh cute. Kelmarin waktu keluar makan dengan Mell, seorang kawan ni bawa bayi dia juga, nama Ariq. Minggu lepas Mell bawak anak saudara dia ke pejabat, nama Syafi. Jannah pun tengah menghitung hari je nak meletup perut dia tu. Lagi... ada dua orang kat pejabat juga tengah mengandung.

Oh my, CB baru sedar rupanya selamanya ni selalu dikelilingi oleh bayi-bayi serta janin-janin di dalam perut ibu mereka. Rasa sangat bertuah dan diberkati. Tiba-tiba CB rasa macam nak ada anak sendiri.

Sebenarnya tak lah tiba-tiba jugak, sebab memang selalu mengidam nak ada bayi sendiri. Tapi tu lah, takut la lepas bersalin nanti badan dah tak secantik dulu. Lagi pulak, macam mana kalau dia menangis malam-malam? Mesti tak cukup tidur punya. Lepas tu mesti stress keesokannya. Kalau ada bayi yang boleh on off suis dia kan bagus? Satu lagi, nak jaga dia masa dia wangi je. Kalau nak kena tukar lampin, tak nak dah. Ada sesiapa yang nak menjadi bapa kepada anak CB? *bapa katanya!


Well, sempena tahun baru ni azam baru tahun ni adalah:


Daripada ini:


Kepada ini:




Mampoo? Tak sedar diri tiap-tiap malam menggajah makan nasik kukus (with extra rice) n pizza personal size (extra cheese). Sarapan pulak nasik berlauk, kuew teow dengan keropok goreng! *pitammmm


p/s: Tahniah kepada Puan Jannah dan suami Encik Idi sebab dapat anak lelaki sulung. berat tuu.. 3.6kg. Tahniah!!! I'm a proud auntie uncle.

Shashay away,
CB si Benang Basah yang tengah meroyan nak ada anak jugak.

7 comments:

~~DucKneSs~~ said...

me too..Haziq is soo cute..nak potostet je dia, buleh kan?

crustacea said...

uuu....baby ade sius on off tu konsep baby i, nak beli kat mana ye?

Cik Benang said...

Duck: Kaann... I pun suke la tgok Haziq, boyfriend u tuu.. jatuh cinta u ols.

Udang-udangan: I tiru konsep u, sbb menarik. tapi setakat ni x de jual lagi u ols! I je yg ada on off tu. *matila baby meraung tgh2 malam x tjaga

kuehbangkit said...

sonang ajo CB...
mula mula sekali perlu lah ada lesennya...

iaitu...

Kahwin!

Ingat bayi tu leh ado samo macam u order pizza ke? hik hik hik

Cik Benang said...

Wah u ols... dah pandai carots CB sekarang ni! hehehe... apa cerita? Miss your updates.

aiXat.MR said...

haaa..
i pn nk jd camtu gak..
boleh jadi model seluar dalam nnt..
hahaha~

Cik Benang said...

u nak apa? nak anak ke nak body yg menjilat jari ittew? :P