Tuesday, December 21, 2010

OhSoRandom: Bila Berteman Dengan Lone Ranger (Updated)

Beberapa minggu lepas (mungkin dah dua bulan lebih) kami serumah dapat housemate baru, kerja kat bandar Negara Tanah Rata Sekebun Bunga ni. Boleh tahan lah orangnya. Maknanya, tak ade lah rasa macam nak capai plastik muntah atau spek hitam setiap kali nampak dia. Nama dia Azrina, budak KL. Seperti biasa, nama seakan-akan benar. Jadi bila je dia masuk rumah tu kami pun amik marker pen dan lukis senyuman lebar kat muka. Biasalah kan, berbudi bahasa lagipun kita nak duduk serumah nanti, kenalah berbaik-baik.


Lebih kurang macam ni la kita orang make up masa sambut dia. (source)


Sebab CB percaya memiliki teman serumah adalah seperti memiliki isteri. Sebab kita akan duduk bersama-sama dia sampailah kita dapat isteri yang sebenar. Setiap hari lepas balik kerja akan menghadap muka dia. Cuma bezanya "isteri" ni, sama jantina. Namun konsep tetap sama.


Azrina ni baik budaknya. Pendiam je. Tak banyak cakap. Sangat seksi misteri dan wow. Beliau juga setiap petang suka main futsal, maka tiadalah masalah berat badan berlebihan ataupun dalam erti kata lain, masalah Hetty Kus Rendang yakni apabila badan tak jugak tinggi-tinggi, tapi ukur lilit bertambah.


Setiap kali dia balik kerja terus masuk bilik dan takkan tegur orang lain lagi dah. Senyap je dalam bilik tu menghadap komputer dia yang bermonitor LCD besar dan canggih tu. Kalau ikut pengalaman sendiri, budak-budak fizik biasanya sangat out going, unlike biologist (including me) yang biasanya ulat buku.


Jadi banyaklah andaian dan teori yang kami utarakan. Salah satunya adalah "apakah dia mengalami kejutan budaya sebab duduk serumah dengan wanita-wanita moden?


Tahukah anda, kali terakhir kami bercakap adalah err... sebulan lepas? *pitam jap. Hatta nama penuh dia pun kami tak tahu u ols. CB ni, kalau orang tu penyegan, CB lagilah dua kali segan. Walaupun dengan status moden dan berkarisma CB ni, tetap tak membantu. Lagi satu yang kami tahu dia dah beli rumah berharga RM200,000 kat Damansara Utama, seorang jurugambar yang berdedikasi (hebat ke tidak tak tahu lah sebab tak pernah tengok hasil kerja tangan dia) dan giat menyimpan emas! *Nampak sangat berminat kat aset dia je.


Jadi sempena tahun baru yang akan datang ni, CB berazam untuk berbaik-baik dengan dia. Tapi macam mana eh nak mulakan? Sebab macam kekok lepas 2 bulan baru nak ice breaking kaedahnya.


p/s: semalam kami masak-masak, sebab segan tak ajak pun dia makan sekali. Kekwat Teruk kan? Hurm...

Update: Tak sempat u ols, si Azrina dan pindah keluar... 1hb January 2011. The best thing is, dia just keluar macam tu je. Without even saying enything. Anything at all. Sedangkan ada je kawan CB kat bilik depan tu. Akhir sekali dia sekadar tinggalkan kunci rumah tergantung kat pintu pagar. How rude people can be? Afterall, I feel lucky for not knowing such a rude guy. Bon voyage, Azrina.


Shashay away,
CB Si Benang Basah yang cuba bersosial.

3 comments:

~~DucKneSs~~ said...

di sini saya ingin komen, terdapat banyak percanggahan idea dalam cerita anda di atas..azrina to azrin..dan beberapa details yang laen..


nampak sgt kesungguhan CB nk kenal si misteri tu, smpai entri pon bterabur..so not you la CB..

Cik Benang said...

haiyoo... mata u sgt detail. Boleh x upah jd proof reader thesis saya? *pitam?

~~DucKneSs~~ said...

hahahah..buleh aja..senarai kos upah akan dilampirkan dalam FB..(mmg kesempitan duet nih)