Saturday, December 25, 2010

OhSoRandom: Kenapa basah?

Ada orang tanya CB, kenapa dalam banyak-banyak pasangan perkataan, kenapa benang dan basah yang dipilih? Kenapa bukan perkataan-perkataan atau ayat-ayat ekstravaganza yang selalu bermain di bibir CB saban hari seperti “hai”, “cantik jugak aku ni”, “hurm.. lekkerding/ lekker kontje” dan sebagainya. Kalau nak diceritakan, kita sorot kembali kepada sejarah pedaftaran blog ini pada 2007/8 or so.

Sebelum menjadi wanita berhemah tinggi, matang, dan fashionista seperti hari ini, CB pernah memiliki jiwa seorang pemberontak, militan yang seksi sumpama Katherine Zeta Jones dalam cerita The Mask of Zorro atau si lasak Nurzizi Zulkifli waktu mengacarakan rancangan Di Mana Joe Jambul sebelum beliau menambah saham di akhirat, dengan bertudung. Ada perumpamaan melayu lama berbunyi “bagai menegakkan benang yang basah”. That was me. Suka memberontak dan suka menegakkan benang yang basah di waktu lapang.


Walaupun dah tahu benda tu salah namun tetap jugak nak tulis dan berhujah konon-konon peguam. Salah satu contoh adalah kenapa kita perlu ke sekolah? Bukan kah sekolah itu membosankan dan banyak kerja-kerja rumah dan sebagainya. Lebih baik lari dari rumah dan berjoli di kelab-kelab malam, melentik di atas motor-motor mat rempit yang mana pada kebiasaannya akan berakhir di pondok-pondok tengah ladang getah selepas dikenduri beramai-ramai dengan diketuai oleh teman lelaki yang kononnya berhemah tinggi. OK, tarik nafas jap.

Tapi betullah kata orang tua tu, takkan tegak benang yang basah (walaupun benang yang kering pun tak tegak jugak kan? Pelik, kenapa benang basah yang tak boleh tegak? OK, cerita lain.) sebab selepas tulis panjang lebar dengan hujah-hujah bernas namun di akhirnya CB tetap juga akan tak bersetuju dengan diri sendiri dan memaki diri sendiri selepas membaca kembali entri-entri tersebut. Kemudian selepas insaf, blog ni terbiar dan dah jadi tempat jin bertendang buat seketika sebelum diaktifkan kembali dalam tahun 2009 macam tu lepas terlalu tertekan masa buat masters dulu.


Jadi sesiapa yang panas baran dan emo tak tentu pasal, tulis apa yang anda tak puas hati sangat tu kat atas kertas. Kalau tulisan anda buruk dan akan membuatkan lagi marah sebab tengok tulisan sendiri yang hazzab boleh guna perisian pemproses kata. Tuuu diaahh, ayat nak power. Biasalah, kata fashinosta kaann... Kat situ siap boleh pilih pelbagai jenis tulisan dan juga warna lagi. Sungguh cool bukan? Bila kita tulis semua kat situ kita akan faham dengan sendiri apa yang sebenarnya kita marah sangat tu dan akhirnya merasionalisasikan kemarahan dan ketidakpuashatian diri sendiri.


Rahsia di sebalik teknik yang CB namakan “Makian Maya” (nak kena paten ni nama ni) adalah komunikasi dengan jiwa separuh sedar. Sebab jiwa separuh sedar adalah lebih tenang dan sedar daripada minda yang memang sedia sedar. Ane’, ada faham ka? (matilah… aku pun tak faham sangat) Minda separuh sedar adalah rakan imaginasi anda semasa kanak-kanak. Cuma sekarang ianya telah besar, sama baya dengan anda dan telah menukar nama menjadi “minda separuh sedar”. Bukan lagi Jojo, Rania, Ikhwan, Asyraf, Mell atau apa jua nama yang anda berikan kepadanya semasa kecil. Jadi apabila orang berkata tanyalah hati, maka hati itu adalah minda separuh sedar kita.


Hihihi… sebenarnya nak terangkan kenapa nama blog ni Benang Basah je. Terus melalut pasal psikologi. Siapa yang “weng” sebenarnya ni? *terus makan ubat anti depression.

p/s: OK, di entri ini CB tak nak campur adukkan dengan tanya iman, akal mahupun Soal Asyraf. Sekarang kita bercakap pasal minda separuh sedar.


Shashay away,
CB the Wet Thread, unregistered practicing psychologist. *mampoo u ols speaking macam ni? Tak kaannn…

6 comments:

~Cik Ati~ said...

hoh! mcm aku jek ske maki dlm blog..emo! hahahahhah

Cik Benang said...

hehehehe... contoh terbaik. LOL!

mioraffandy said...

lawak!

~~DucKneSs~~ said...

setuju..CB memang rasional..


I Love U CB

akukanbaik said...

terasa seperti nama i diseru2 dalam blog uols...
kena mintak royalti neh

Cik Benang said...

@Mior: Keh keh keh.
@Duck: Oh, Duck I lap u too. Let us be rational together2. *tetiber jd giler
@AKB: Mana satu nama u ols tuuu... lalalala...