Monday, December 26, 2011

OhSoRandom: Dora the Explorer Bitch


Bosan lah (boleh? Kau masuk-masuk je terus carut bosan).

Entri ni sebenarnya CB dah tulis beberapa kali. Tapi bila baca balik, it sounds so poyo macam Oprah Winfrey wannabe. OK, I know I am not as dark as her, but atleast I tried? *matik lahhhh racist.

Ingatkan nak perap entri ni lama sikit lagi. Sampai tahun depan. Tapi hari tu Mell call guna telefon awam kat dairy (what the heck is dairy, for god sake?). Dia cerita kisah sedih hidup dia (yang tak lah sedih sangat, tapi tragik la kot. And funny in a way. Ooppss!! Ok, I peed my pants a little). Pastu CB cuba lah menjadi seorang pendengar yang baik dan cuba lah bagi nasihat dan pendapat serba sedikit yang termampu. Tapiiiiii.... *sambil mata bulat terbuntang.

Tapi dia carut CB! Dia punya skrip macam ni lah lebih kurang:

Mell: Isshh... Bosanlah. Setiap kali bagi nasihat n pendapat jer mesti "takpe la, nak buat macam mana, banyak-banyaklah bersabar". CB, takder ke pendapat lain yang lebih meriah skals?

Tengok? Tengok? Tengok?

Sungguh tak beradab Mell ni... Dia menambah lagi.

"mungkin kau tak tau bagaimana nak bagi pendapat secara verbal, apakata kau tulis sebagai entri terbaru dalam blog ko?"

CB tak kuasa melawan gadis metropolitan ini dan teruslah menukar topik dengan bertanya soalan berbunyi:

"Mell, kau pernah tak makan burung kiwi?"

Tapi disambut hilai tawa yang peserta Raja Lawak belum tentu boleh dapat.

Got my metaphore? Too complicated? Go and kill yourself now. Sekurang-kurangnya topik itu berjaya ditukar sehingga kami berbincang (read: mencerca satu sama lain) samada ayam itu omnivorkah, atau herbivorkah.

Mell: Ayam maka dedak, jagung jer. So they are sooo herbivor.
CB: Have you tried feeding them with a piece of chicken, meat or fish?
Mell: Whatt?? Nooo way. You cannot do that! I will call PETA so freaking much! *drama queen

Well, menyedari hakikat sedih bahawa Mell adalah gadis metropolitan yang tak pernah ada membela ayam di belakang rumah, CB ampunkan dia. Lagi pula, dia shopping barang dapur kat... What she called it? Dairy? Pffttt... So poyo. CB pun beli kat sundry shop a.k.a kedai runcit sajer.

Jadi Mell, here it is. Pendapat dan nasihat not only for you, but for everybody who read this entry. Especially for those who still pursuing their so called "doctorate".

Bismillahirrahmanirrahim...

(Boleh? Dah membebel separuh batu baru nak bismillah)

Pernah dengar tak orang cakap "life is a rollercoaster"? Tapi CB nak tambah sket lagi, "custom made" dan "one seated".

Jadi adik-adik ada "life is a rollercoaster", "custome made" dan "one seated".
Kalau sambung jadinya apa?

So jadinya: "Life is a one seated custom made rollercoaster".

Yay! Pandai semua menyambung ayat. Kellasss kau maria. *sambil pose-pose pakai rambut palsu Dora The Explorer kejap.

Comel tak wig mak? Berat sundels.

"One seated"

No matter how, you are going through this life alone. You are fully responsible with your actions, not me, not your friends, not your supervisor. God will never change the fate of a tribe, unless they change it themselves. Tuu diah. Ustazah grad dari Trinidad and Tobago.

"Custom made"

Custom made means unique. Bukan uniqlo, but unique. OK, sila gelak terhadap lawak lame saye ittew. Setiap orang ada jalan hidup sendiri. Hari ni kau senang, you can laugh, betch. Tapi esok-esok jangan lupa mungkin kau susah. Mungkin perjalanan hidup anda asal-asal susah, macam meneran sembelit. Tapi bila sembelit tu dah habis, anda akan rasa lega. Lepas tu anda akan terus tidak lagi lupa untuk menambah unsur-unsur fiber dalam diet, supaya tidak sembelit lagi. Walaupun anda kembar siam ke, kembar seiras ke, perjalanan hidup anda adalah berbeza. Mungkin nasib anda macam Umi Aida. Kawen-kawen je terus dapat Datin Paduka. Manakala nasib kembar anda pula mungkin macam Zizie Izette, mula-mula kawen jadi isteri kedua. Menderita hiudpnya, merana kena tohmah dek masyarakat. Tapi dengan berkat Mak Esah Thailand dan Jawa, Pastu lama sket terus jadi Datin. Meriah skals.

"Roller-coaster"

Seriously guys? Do I really really have to explain further about this? Like.. seriously?

Itu sahaja nasihat saya. Sekian.

Dora, jangan lari-lari sangat, nanti jatuh!

Awww... isn't she cute? I am you biggest fan! Lompat tenuk, lompat!

Tuesday, September 6, 2011

KisahMulticultural: Bersunat!

Readers discretion is highly advised.

Dua tiga hari lepas, punya lah bosan dan tak ada kerja CB gigih temuramah seorang kawan mat salleh ni.
“U ols, u ols tak nak bersunat ker?” *tu diahhh soalan ko!
“Heh? Kenapa pulak tanya?”
“Saje tanya. Tu pun kalau anda nak jawab lah. Kalau anda tak nak jawab, saya tak kisah pun”. Tanya CB sambil menghirup sup tom yam. Terasa panas sup di lidah.
“Hurm… mungkin tak kot. Dulu mak saya suruh sunat, tapi ayah tak benarkan. Lagipun sekarang ni saya tak nampak keperluan pun nak sunat. Memanglah banyak kelebihan bersunat, tapi saya boleh je hidup tak sunat pun.”
“Ooo… Macam tu”
“Tapi kan”, dia menyambung lagi.
“lepas sunat tu berapa lama kena tunggu baru boleh berjimak?”
CB terus menggelupur sambil berbuih mulut atas lantai Kedai Tom Yam Kak Lah.

Saturday, August 27, 2011

KisahMulticutltural: Kening Zet Zet

Astaghfirullahalazim... Patutlah.


Baru sekarang CB tahu.


Memang dah jadi tabiat, kalau jumpa stanger ke kebiasaannya mesti senyum. Tu pun kalau muka dia layak disedekahkan senyuman la. Kalau muka macam hanjeng kurr tak kuasa lah kan. Tak cukup senyuman, CB akan bermurah hati memberi bonus sedekah dengan mengangkat kedua-dua kening.
Konon-konon teruja lah kaann...


Semalam CB berborak-borak dengan seorang ni, CB angkat lah kening sambil berborak. Almaklumlah, kalau dan gedik tu, penuh la dengan facial expression kaann... Maka angkat kening bukanlah sesuatu yang baru dalam kehidupan seorang diva gedik.


Then dia cakap kat CB:


"Are you flirting with me?"


"What??? Hell nooo!"


Hell no, y'alls!

Lepas tu, tak pasal-pasal pulak dia gelak. Masa tu CB dah pegang parang dalam baju, sebab takut dibuatnya kawan tu datang sawan buih kann...

"What made you think so?"

"Because of your eyebrows. Rising eyebrows, it means flirting!"

"Motifffffff!"

Ohhhh... patutlah selama ni ramai wanita yang takut nak dekat dengan CB. Diorang bimbang CB rogol diorang rupanya.

Urgghh... tolong lah. Cantek ker??

Lepas ni akan berlatih untuk tidak menaikkan kening apabila senyum. Choy!

Shashay away,
CB si Benang Basah yang selalu disalahertikan kerana tak faham budaya.

Tuesday, August 16, 2011

TadikaKEMAS: Nirmala Bonat Tak Makan Imedeen

Dah empat bulan rupanya CB kat tadika ni. Rasa macam baru sebulanPelik jugakorang kata kalau kita tengah berseronokmengilai macam vinatangmaka masa akan berlari macam Ikhmal Hisham dikejar biawak kat jalan belakang universiti.Tapi sebaliknya kalau bermuram durjaseumpama pungguk rindukan bulan yang asyik curang dengan awan je, masa akan merangkak ala-ala anak-anak Somalia kebuluran yang setiapbsaat mengucap sebab tak tahu bila malaikat nak cabut nyawa.Mungkin juga CB dah sedikit mereng dan sewelJadi tak boleh bezakan antara hilaian vinatang atau pungguk yang horny melihat aweknya Si Bulan curang dengan balak kekar, Sang AwanApa-apa je lah.


Tadi CB baru je lepas habis mesyuarat dengan penyelia projek kat siniJannice Dickinson dan Tyra Banks. Soalan pertama yang Jannice tanya:


"How is your motivation level?"


Memandangkan sejak dua menjak ni CB memang mengalami tekanan perasaanenggan dan malas nak pergi kerjaJadi CB ambil keputusan untuk berterus-terangLagipun soalan yang Jannice tanya tu memang kena pada masanya.


"To be honest with you, my motivation level is rather low at this moment. As low as Dow Jones index recentlydah tak minat buat kerja-kerja modelling ni semua.".


Habis je ayat tu CB ungkapkanmaka Jannice dan Tyra pun bertalu-talu menasihat dan juga memberi rasionalisasi kenapa CB harus kekal bersemangat. Si Tyra siap memberikan contoh pasal anak dia (apa tah namaZabedahSumaiyah?Ooo... Chloe.) yang bersemangat untuk belajar naik basikal tanpa roda tepiDia kata


"You have to find the spark to ignite your interest and to keep you going"


sambil menyudahkan ayat dengan mengumumkan anak dia dah pandai naik basikalCehbangga lah konon. CB pun tak tahu apa kaitan budak perempuan blonde belajar naik basikal dengan kes supermodel rambut hitam berkilat mayang mengurai macam CB. Apa yang Tyra cuba buktikan? TapiCB tetap tepuk tangan dan buat tarian ngajat sebagai tanda kegembiraan untuk Tyra. CB tak kisah Tyra dan Jannice tengok CB sambil menganga mulutsebab itu cara CB meraikan kegembiraan orang lainKalau CB bergembira untuk diri sendiri, CB akan melakukan sujud syukur.


Jannice cakap


"plase, tell me how and what could we to motivate you?"


lantas CB balas


"I personally believe that this matter of motivation is only solvable by oneself. Me".


Sambil menutup mata dan membayangkan CB tengah dalam peringkat akhir Pertandingan Ratu Kebaya Emiriah Arab BersatuMasalah minat ni berpunca dari dalam diriBukan macam masalah wanita kegersangan dan Jannice bolehlah tanya


"how could we help"


maka CB boleh balas


"you can supply me with one hot looking guy each day until further notice"


then masalah akan selesai. Tapi kalau ada hot looking guy bekerja sama-sama di makmalmungkin akanmembantu. Hal lain.


Bila tiba saat macam ni, CB salahkan diri sendiri kerana mungkin tersilap pilih bidangKalau dulu masa nak masuk universiti buat sarjana mudacikgu kaunselingkawan-kawanibu bapatukang masak asrama cakap "jangan silap pilih bidang". Ramai orang kata modelling ni sangat-sangat mencabar dan susahMasa ni lah kita akan menangis mengalahkan tengok lakonan Fazura sebagai Citra dalam cerita apa tah kat TV3 tu. (rancangan kegemaran Miss Fiona at this moment. Acu bercakap je, konsep Fazurabuka mulutje, konsep Azizah Mahzan."Citra sepatutnya pulang dengancivil lllaw (tekankan perkataan law sambil kepit suarabukanbsyariah llaw (sekali lagitekankan perkataan law sambilmulut sedikit menganga seperti burung nuri)).


Maka pemilihan tajuk dan bidang yang betul-memang-benar-serius-berminat adalah mutlak keutamaannya. Contoh macam buat tatu kat dahi. (jahil sangat contoh ko kann). Sekali kita tatukan dahiselamanyalah benda tu kat situ. Jadi kenalah pilih konsep tatu yang betul-betul kita percaya (bukan rasa. Ada bezanyamenarikTatu yang akan buat kita kata


"Hey, I can happily live with it"


dan bukan


"hey, I think its ok. I can live with it, I guess".


Lepas habis kursus kat Elite Modelling Agency Barcelona tahun lepas, CB kata kat diri sendiri


"I will never ever come back to this agency again",


tapi kata-kata tu lah yangmengajar CB bahawa satu lagi ungkapan lain "never say never" adalah sentiasa relevanSebagaimana aturan dunia, CB terdampar lagi di siniBidang yang tidaklah CB betul-memang-benar-serius-berminatPada saat membaca proposal,masa tu masih lagi di Tanah Pecah Ketubanlevel minat adalah 5 daripada 10. Jadi CB fikirmungkin dah sampai sana dan dah mula buat akan bertambah minat. Ada betulnya dan ada juga yang tak betulnya. Kerana sesampai je kat siniterdetik di hati bahawa "aku tak minat sangat benda ni". Apabila dan sampai di sinisegala-galanya adalah sudah terlambat.


Jadi bila kita buat benda yang kita tak minatnatijahnya macam ni lahPerasaan malasresahbersalahtertekan dan sebagainyaSekarang ni kalau kat ofismemang CB rasa sangat-sangat benci melihat nama dan wajah sendiri terpampang kat papan kenyataan. CB rasa sangat tak berguna dan semua orang dalam lab tu bencikan CB sebab CB malasbdan tak sesemangat mereka.


Lumrah manusiaakan cenderung untuk lari daripada menghadapi masalahSelalu merasakan


"I will perform better somewhere else, in other field".


Sekali lagiada benar dan ada tak benarnyaDalam entri lepas, CB dah cakap tak nak lari lagiAkan anggap ni sebagai cabaran kerana CB percaya


"the strongest person in this universe is not someone who can lift the whole Everest single-handedly, but the one who can lift a mountain of obstacles in his/her life in order to get through".


Memupuk minat bukanlah segunung halangan,bmalah hanya bonggol jalan-jalan kampung buatan sendiri sebab tak nak bagi mat rempit merempit depan rumah. Tapi CB bukan mat rempit. CB lebih suka membonceng sambil peluk mat rempit dari belakangKalau boroi sikit-sikit seronok jugakSeksiApakah CB bohsia? *melihat diri sendiri dalambcermin sambil mulut sedikit menganga seperti burung nuri.


Masalah hilang minat juga disebabkan oleh faktor persekitaranCB tak bercakap mana dengan rakan-rakan satu pejabatTak tahu kenapaJadi CB tak ada kawan di pejabatBosanKeseorangan. How I wish my besties are with me.Tapi semua tu mustahil.


CB dah buat temu janji dengan pakar psikologi dan harapbeliau akan dapat membantu memberi idea untuk menjadilebih baik.


Di saat akhir perbincangan CB cakap kat Tyra dan Jannice


"Betchez, I am very glad that we had this conversationI feel a bit better now".


Serentak Tyra dan Jannice balas


"No problem y'all"


dalam pelat-pelat nigga. CB bersyukur sebab dapat penyelia macam merekaSangat memahamitabahtegar dan gigih melayan karenah CB. Mungkin benar kata Hommerson,


"you are pain in the ass".


Kalau di tempat lain, mungkin cerita hari ini akanvmenjadi lain. Mungkin akan menjadi cerita sadis seperti kes Nirmala Bonat diseterika mukanya sebab majikan dia kata kulit Nirmala Bonat berkedut macam kain sutera tak gosokJadi majikan Nirmala Bonat tolong cuba seterika muka Nirmala Bonat. Tapi majikan Nirmala Bonat tak tahukulit Nirmala Bonat berkedut sebab dia tak makan Imedeenspirulina dan multivatimin macam Miss Fiona.


"Citra sepatutnya pulang dengan civil llawbukan syariahllaw", ulang Miss Fiona dalam perjalanan berbasikal ke sekolah.


Shashay away.

CB si Benang Basah yang sedikit sedih tapi penuh kesedaran.

Wednesday, August 10, 2011

GedikLahKo: Puisi Feeling2 Usman Awang

Seringkali,

Aku lah pungguk
Bulannya dicuri awan lantas terduduk terjelepuk
Hanya mampu tunduk
Menanti besar dan kelamnya nimbus, dihembus bayu ke ufuk

Selalu,

Aku lah melati
Melambai hiba bunga terbang pergi
Menjadi milik gelap hitam tanah di bumi
Entah bila akan melewati lagi
Untuk merawat atau menggores hati

Saban,

Aku lah insan
Yang tangannya menggapai awan
Tapi lepas di genggaman
Mara ke selatan, menjadi titis hujan
Hilang diresapi lautan

Lantas,

Aku marahkan awan
Kenapa memayung bulan
Biarkan dia bersendirian
Untuk aku tatapkan

Lantas,

Aku bencikan bumi
Jangan disambut bunga seri
Izinkan ia terus di sisi
Buat menemani hati

Lantas,

Aku dengkikan lautan
Yang tanpa silu merangkul titis hujan
Menghilangkannya dari pandangan
Mencarinya aku kelemasan

Akulah pungguk
Akulah melati
Akulah insan
Yang terus tunduk dan membenci awan
Yang terus menanti dan mendedami bumi
Yang terus mencari awan dan mendengki lautan

Namun,

Aku cuba menjadi pungguk
Yang menyedari tiada erti tunduk
Kerana bulan itu bukan disitu
Untuk terbang bersamaku
Masih ada bintang
Yang sudi bergemerlapan

Namun,

Aku cuba menjadi melati
Yang tahu hukum di bumi
Terbangnya bunga pergi dari tangkai hati
Bukan membenci tetapi peraturan illahi
Masih ada sisa wangi
Menghidupkan seri

Namun,

Aku cuba menjadi insan
Yang belajar untuk berhenti merobek lautan
Mencari awan
Beralaskan jejari
Tetapi menggunakan hati
Mengerti bahawa disitu pilihannya awan
Untuk menari... bersama karang dan ikan
Setelah lama di kayangan, berseorangan.

Friday, July 29, 2011

KisahMultiCultural: Bahana Paprika



Kredit kepada Miss Fiona sebab carutan petirnya seeaktu menggoreng telur mengingatkan CB untuk post entri ni.

CB jarang-jarang sekali pergi beli barang dapur kat hypermarket u ols. Biasalah, selalunya Miss Fiona maid yang beli. Githoooo...

Tapi hari tu maid kita lari dari rumah u ols. Segala-galanya CB dah bagi. Zahir dan jugal batin. CB pun tak tahulah dimana silapnya. Mungkin kah part batin ittew? Dia tak puas kah?

Anyway, oleh kerana dia lari dari rumah, maka CB terpaksalah shopping sendiri. Beras, buah-buahan, sayur semua. Masa tu kebetulan pulak kat bahagian sayur ada orang demonstrasi masak-masak u ols. Ala-ala Jaafar Onn gittew demo masak sambil pakai baju melayu sedondon bunga matahari. Niat di hati memang nak cuba 
kaann... Tapi sebab menjaga status sebagai gadis urban dan memiliki kelas tersendiri, maka CB tak pergi.


Lihat baju mak, tak ke sama macam paprika kuning?

Tengah-tengah seronok timbang sayur tiba-tiba pakcik yang masak tu datang kat CB. Dia tanya dari mana, buat apa semua. Kami pun berbual-bual sambil CB masih gegeh menimbang. Macam banyak sangat je barang kau beli kan. Walhal tak reti nak guna penimbang. Gila. Tup tup pakcik tu tanya lagi "adik manis suka paprika tak?". CB, yang secara semulajadinya tak berapa gemar sayur cakaplah "ambo ni tok brapo suko paprika a.k.a cili benggala ni". Tapi pakcik tu gegeh nak jugak suruh CB rasa sup paprika dia. Produk terbaru dari Maggi katanya. Orang-orang tua kata, rezeki jangan ditolak. Lagi-lagi memang orang tua betul yang ajak. Nanti dikata derhaka pulak.

Slurpppp... Githoo bunyi hirup sup katanya.

"hurm... Sedap la sup ni pakcik oii... Apa rahsia?"

"senang je anak oi. Taruk onion n garlic" dengan pelat-pelat Belanda. CB tak berapa dengar part garlic tu. Dia pun pergi belakang dapur dan bawaklah sebeban garlic a.k.a bawang putih konon-konon nak tunjuk la apa rupanya garlic tu kan. Macam lah aku ni baru beranak semalam.

"haa.. Ni lah garlic ittew. Nah, pakcik bagi sikit kat anak".

"ehhh... Tak apalah pakcik. Rumah saya dah banyak bawang putih ni, buat halau pontianak"

Tanpa mengendahkan kata-kata CB, pakcik tu tetap cuba memasukkan 2 ulas bawang putih ke poket seluar CB. Nak menolak, tak boleh sebab dua-dua tangan penuh. Satu pegang mangkuk sup dan satu lagi tangan penuh ngan barang-barang dapur.

Pakcik tu terus berusaha dan berusaha. Dia seluk ke dalam poket seluar CB dan sambil tersengeh-sengeh, dia pusing sikit tangan dan terus!!! Terus jari jemari pakcik tuekk ittew menyentuh vagina CB!

Secara automatik, CB menjerit dan terkejut. Maka tumpahlah sup yang panas ke lantai dan terkena tangan CB yang mulus ittew. Pakcik keji itu terus mengambil tisu dan mengelap tangan CB sambil sebelah tangan menarik cuping telinga CB ke mulutnya dan berbisik:



"op lekker!" bisik pakcik itu ke telinga CB



CB cepat-cepat blah meninggalkan pakcik tuekk yang tak sedar diuntung itu. Keji.


Salam sayang,
CB yang sampai sekarang tak boleh tengok paprika.

Wednesday, July 27, 2011

OhSoRandom: Pain in The Ass Siri IV (Finale)

Hampir terlupa pulak nak update pasal sinetron kegemaran ramai ini, Pain in The Ass. Terima kasih kepada Puan Jannah kerana ingatkan. 2 minggu selepas surat komplen dihantar, CB menerima surat jawapan dari IDEALIS, syarikat perumahan a.k.a pihak kena tuduh kedua. Sepertimana yang CB sedia jangka, keputusan mereka adalah negatif dan menolak segala permohonan CB iaitu maaf secara bertulis dari Hommerson dan revision harga denda.


Bila dapat je surat tu, CB terus emo dan mendelete email tersebut. Jadi tak ada pulak soft copy untuk ditepek kat sini. Walau apapun, CB ingat ayat dia lebih kurang macam ni lah:

“walaupun kunci tersebut kelihatan lama, tidak bermakna ianya tidak ditukar. Buat makluman encik, kunci tersebut memang telah ditukar sehari sebelumnya. Merujuk pula kepada permohonan maaf bertulis, pihak kami merasakan ketidakferluannya kerana itu adalah apa yang Mr. Hommerson rasa terhadap encik ketika itu. Kami akan menghantar invois kepada alamat encik dan mohon jelaskannnya seberapa segera”.

Well, apa yang kita harapkan? Ini bukan negara kita. Takkan lah dia nak suruh pekerja dia, rakyat dia memohon maaf dan mengaku salah terhadap orang asing. Bukankah itu memalukan namanya. Tetapi di lubuk hati CB, memang berlaku ketidakadilan disini. Namun apa yang kita boleh buat? Tak ada apa-apa. Pasrah je lah. CB dah buat apa yang termampu. Dan dia pun dah bagi balasan terhadap aduan CB ittew. That is fine enough for me.

Jadi... insiden ini mencalit satu lagi rona di atas kanvas hidup CB yang memang sudah pelbagai warnanya. Hidup perlu diteruskan, kanvas itu masih lagi luas (insyaALLAH) untuk calitan, contengan, lukisan yang seterusnya dan menjadikan ianya lebih berwarna-warni dan meriah. Sebab tu lah, selalu kita dengar atau baca di mana-mana “warna warni kehidupan”. Sama jugak dalam berpakaian, takkan kita nak pakai kemeja t warna merah Mak Ngah, seluar hijau daun pisang, kasut biru neon. Kita perlu jugak kembali kepada asas, warna tanah seperti kelabu, hitam, coklat, putih. Warna-warna yang simboliknya kita perlu juga melihat ke bawah setelah sekian lama mendongak ke langit biru, pelangi petang, bintang berkerlipan dan segalanya. *merapu meraban cuba merasionalkan diri sendiri.

Honestly, memang CB kecewa. Tapi, hidup mesti terus. This is nothing.

Salam sayang.

CB si Benang Basah yang merancang plot me-lima-puluh-sen-kan kereta si Hommerson.