Tuesday, January 25, 2011

AbangPolis: Tiada Lagi Surat, Tapi Cinta

Mungkin beberapa orang yang baca blog ini tahu yang CB kehilangan unta tunggangan u olss... Dia merajuk sebab CB tak restu hubungan dia dengan satu lagi unta ini. Lalu dia memberontak dan terus kahwin lari u ols! Anak-anak sekarang macam tu lah. Tak puas hati sikit, lari dari rumah. Salah sikit, lari dari rumah. Lepas tu mulalah kena rogol, kena bunuh dan sebagainya. Hisshhh... CB anti betul orang yang lari-lari dari rumah ni. Lagi-lagi yang ikut jantan. Bodoh betul. Oooppss... emo puloks. OK, kita sambung. Menderita hidup CB nak ulang alik ke lorong gelap pejabat. Jadi sekarang ni terpaksalah tumpang unta orang lain. Kesian orang lain itu, terpaksa tumpangkan CB. Jadi di kesempatan ini (ala-ala ucapan raya) CB nak ucapkan terima kasih kepada semua u ols!


Oh, terima kasih kepada semua yang selama ini menyokong kerjaya melks!

Sejujurnya CB sangat percaya kepada kekuasaan tuhan, setiap apa yang berlaku itu ada hikmahnya. Kalau kita diturunkan dugaan tu janganlah meratap, mengeluh dan meroyan cakap tuhan tak adil semua. Kerana sesungguhnya Dia maha mengetahui u ols.. Dia tahu u ols tu sebenarnya masih suci atau tidak. Tak payah lah nak makan sari rapat ke apa. Dia tahu! Jadi apabila CB mendapat tahu unta CB telah kahwin lari, apa yang CB buat adalah redha. Cb redha, pasrah dan percaya bahawa Dia tarik unta ini mungkin sebab dia nak bagi gajah Afrika kat CB. Siapa tahu kan? *Terus feeling-feeling naik Chevrolet Cruze.

Kemudian, alhamdulillah unta CB yang feeling-feeling kahwin lari tu telah ditemui semula u ols! Syukur kehadrat illahi.

Terus CB pecut lite-lite ke masjid buat sujud syukur u ols!

Kat sini CB tak mahu cerita macam mana boleh jumpa semua. Sebab semasa perbicaraan di mahkamah syariah, sebarang pernyataan boleh mempengaruhi keputusan hakim u ols. Jadi CB diam-diam je. Kalau sesiapa yang nak tahu, silalah datang jumpa CB di masjid sebelah rumah Tuan Guru Nik Aziz. Githooo... Tapi CB nak berkongsi pengalaman semasa di balai polis u ols.

Amaran: SILA JANGAN EMOSI.
Babak 1.

Sarjan Jarum Emas (JE): Nama kau apa? Cik Benang ke? Bin apa? *kantoi jantina ku!
Cik Benang (CB): Ha'ah. Cik Benang. Bin Jarum Emas.
JE: Hah? Jarum apa?
CB: Jarum emas.
JE: Buat malu aku je nama sama.
CB: (tersengeh-sengeh)

Babak 2.

JE: Nama malam apa?
CB: Nama malam? Nama malam apa tuan?
JE: Ye lah, mana tahu kot-kot ader nama malam. Suzie ke, Zeti ke.
CB: (Masa tu berpakaian jantan kekar) motifff tuan. Mana ada nama malam. Siang malam nama saya CB occay. *sambil gaya-gaya wanita nigga gangsta.
JE: Saya tanya je, manalah tahu kot-kot ada.
CB: Tuan pernah nampak ke muka saya kat lorong gelap tu?
JE: Tak lah, saje je tanya.
CB: (Nasib baik dia tak pernah nampak. Ooppss...)


Babak 3.

Tengah-tengah soal siasat, kawan JE, Jarum Kait (JK) masuk uols.

JE: Jantina apa? Lelaki ke perempuan?
CB: Errr... kalau ikut IC lelaki tuan.
JE: Tak payahlah ikut IC, ikut yang terkini. Lelaki ke perempuan?
CB: Err... Lelaki tuan.
JE: Ye ke ni lelaki? Betul ni?
CB: Betul tuan, yakin!
*pitam buat kali kedua

Babak 4.

JE: Masih dara?
CB: Haiyooo... masih kot. InsyaALLAH masih dara.
JE: Kau cakap betul-betul, dara ke tidak?
CB: (Apa kaitan aku ni dara ke tak dara dengan unta aku lari?) Masih dara, tuan.
JE: Kau jangan tipu aku, aku tahu.
CB: Dara lah tuan...
JE: Hurm... (sambil menaip)
CB: Motifff...

Semasa soal siasat, si JK ni adalah menyampuk sikit-sikit. Lepas selesai semua:

JK: Eh, jangan balik dulu. Jom kita minum-minum dulu.
CB: OK, boleh je.

Masa minum tu si JK ni cerita lah itu ini. Dia cakap kalau ada masalah cakap lah kat dia, kalau boleh tolong, dia akan tolong. So nice of him. Githooo... Lepas tu dia pun bagi lah nombor telefon, konon-kononnya nak keep in touch lah kaann... CB pun ambik je lah nombor telefon dia.

JK: 012 345 6789
CB: Oohh... ok, ok.
JK: Ha, apa lagi, miss call lah.
CB: (dalam hati: kena miss call ke?)

Masa tu dah maghrib, masing-masing pun minta diri nak balik. Ye lah, malam tu tugas CB bentang sejadah semua kat masjid. Tak boleh lambat. Dia balik naik kereta dia, CB balik naik kereta kawan.

Kemudian, dalam pukul 10-11 malam macam tu, "tut tut tut" telefon canggih CB berbunyi. Kat skrin, tertera nama JK.

JK: Dah tido ke?
CB: (motiffff) Belum lagi, baru lepas buat sujud syukur. *katanya! Encik JK Kat mana ni?
JK: Oo... Kat pekan. Tengah pusing-pusing. Boringlah.
CB: Kalau Encik JK boring, ajaklah Sarjan JE teman.
JK: Tak nak lah ajak Sarjan JE. Kalau orang yang mesej ni ajak, ABANG on je. Nak mintak buat....
CB: Hehehe... Abg nak suruh buat apa? (yang ni pun sama merenyam!)
JK: Ala, B (baby katanya!) cakap je, abang serah semuanya. Janji abang puas.
*terus CB pitam sampai pagi.

Shashay away,
CB si Benang Basah yang faham pahit maung bergelar "beautiful"

Tuesday, January 11, 2011

OhSoRandom: Ludah Dalam Tuuu!

Hello u ols (terus feeling-feeling letak paper bags atas kerusi kat coffee beans). *masuk-masuk je terus macam gila. So how?

Penat shopping, apa cerita semua?

Weekend baru ni CB pergi Singapore. OTK! What a heavenly  shopping exeperience! Lagi-lagi The Shoppes at Marina Bay Sands, cakap je nak brand apa? Semua ada. Sempatlah CB singgah kat butik Chanel dan beli sehelai dua gaun koleksi fall-winter 2010/11. Githooo...

Trip CB ke Singapore tu tak lah mahal mana pun, sebab CB stay kat Tune Hotels, Danga Bay, Johor Bharu. Chop, chop, chop! Bukan CB tak mampu nak duduk kat The Fullerton ke apa, tapi tu lah sebagai wanita yang bersederhana, berjati diri dan fashionista tak mahu lah duit kita mengalir ke luar negara kaann... Tambahan pulak kawan yang teman CB pergi tu mana mampu nak afford The Fullerton u ols. *habislah caruts kawan sendiri, walhal diri sendiri pun hado? Siap pinjam duit depa lagi ader.

OK, (sambil betulkan tudung) hari ni CB sekadar nak menasihat dan bercerita light-light je u ols. Biasalah, CB kan memang suka nasihat-menasihati kawan-kawan ni kaann...

 "Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran."(Al 'Asr 103: 1-3)

CB yakin, mesti u ols semua selalu lah keluar makan luar kan. Tak kisah lah celebrity chef punya restoran ka, kat hotel-hotel terkemuka ka, mana-mana lah kan. Sebab CB tahu semua pembaca blog ni terdiri daripada orang-orang kaya dan verangan macam CB jugoks. Sapa yang makan kat kedai mamak dan warung tepi jalan, CB tak mengaku kawan occay *matilahh caruts pembaca. Kemudian, pernah tak rasa tak puas hati, marah-marah dan menghina pekerja restoran tu. Hati-hati u olssss....

Sebab apa CB cakap hati-hati? CB dulu sebelum jadi fashionista seperti hari ini, sama macam Siti Nurhaliza u ols, jual nasi lemak. Cuma bezanya CB tak lah menjaja dari rumah ke rumah. Suara CB tak selunak CT u ols. Sekali CB jerit "nasik lemak" berlumba-lumba orang nak baling muka CB dengan selipar u ols! Suara hazzab! 
Dulu CB pernah kerja kat restoran makanan segera. Dah tutup pun restoran tu sekarang ni. Pekerja sini pernah cerita ada seorang pekerja perempuan kat situ kena harass u ols. Pekerja ni pun masuklah ke dapur sambil senyum bangga menangis-menangis. So untuk "balas" balik apa yang pelanggan tu buat, mereka ludah kahak hijau secara orgy dalam burger tu (bukan KFC je ada burger kan? kan?), kemudian cover dengan thousand island sauce, mayonnaise dan sebagainya. Lepas tu buat-buat macam biasa dan hidang kat pelanggan... Dari jauh mereka membilang.. 1..2...3... Yum, yum!!

Sedap kann burger ni. Dengan garapan Sejuta Sos Rahsia!

Kes kedua lagi tinggi u ols! Di awan biru gittew. Penumpang ni pun satu, renyih kemain lagi cheq oi! Masa taxiing mintak pepsi, seminit lepas tu mintak lagi. seminit lepas tu mintak lagi. Alih-alih si Pencuci Tandas di Udara ni pun tak tahan lagi, terus dia ludah dalam pepsi tu dan hidang kat penumpang tu. Hey, it works! Lepas tu tak mintak dah.

Eyewwwwwwww.....

So, moral of the story. Berbaik-baiklah dengan mereka yang uruskan makan-minum anda. Walaupun mereka berperangai hanjeng, sila maki selepas makanan anda sampai atau semasa nak bayar. Kalau tak, alamatnya.... Selamat makan ludah-kahak-hijau atau pun "air manis tanpa s" everyone!

Shashay away,
CB si Benang Basah yang pernah meludah Pak Cik Aiskrim dari rumah pangsa tingkat 4, terus masuk ke dalam kotak aiskrim beliau! Yuhuuu!