Tuesday, January 25, 2011

AbangPolis: Tiada Lagi Surat, Tapi Cinta

Mungkin beberapa orang yang baca blog ini tahu yang CB kehilangan unta tunggangan u olss... Dia merajuk sebab CB tak restu hubungan dia dengan satu lagi unta ini. Lalu dia memberontak dan terus kahwin lari u ols! Anak-anak sekarang macam tu lah. Tak puas hati sikit, lari dari rumah. Salah sikit, lari dari rumah. Lepas tu mulalah kena rogol, kena bunuh dan sebagainya. Hisshhh... CB anti betul orang yang lari-lari dari rumah ni. Lagi-lagi yang ikut jantan. Bodoh betul. Oooppss... emo puloks. OK, kita sambung. Menderita hidup CB nak ulang alik ke lorong gelap pejabat. Jadi sekarang ni terpaksalah tumpang unta orang lain. Kesian orang lain itu, terpaksa tumpangkan CB. Jadi di kesempatan ini (ala-ala ucapan raya) CB nak ucapkan terima kasih kepada semua u ols!


Oh, terima kasih kepada semua yang selama ini menyokong kerjaya melks!

Sejujurnya CB sangat percaya kepada kekuasaan tuhan, setiap apa yang berlaku itu ada hikmahnya. Kalau kita diturunkan dugaan tu janganlah meratap, mengeluh dan meroyan cakap tuhan tak adil semua. Kerana sesungguhnya Dia maha mengetahui u ols.. Dia tahu u ols tu sebenarnya masih suci atau tidak. Tak payah lah nak makan sari rapat ke apa. Dia tahu! Jadi apabila CB mendapat tahu unta CB telah kahwin lari, apa yang CB buat adalah redha. Cb redha, pasrah dan percaya bahawa Dia tarik unta ini mungkin sebab dia nak bagi gajah Afrika kat CB. Siapa tahu kan? *Terus feeling-feeling naik Chevrolet Cruze.

Kemudian, alhamdulillah unta CB yang feeling-feeling kahwin lari tu telah ditemui semula u ols! Syukur kehadrat illahi.

Terus CB pecut lite-lite ke masjid buat sujud syukur u ols!

Kat sini CB tak mahu cerita macam mana boleh jumpa semua. Sebab semasa perbicaraan di mahkamah syariah, sebarang pernyataan boleh mempengaruhi keputusan hakim u ols. Jadi CB diam-diam je. Kalau sesiapa yang nak tahu, silalah datang jumpa CB di masjid sebelah rumah Tuan Guru Nik Aziz. Githooo... Tapi CB nak berkongsi pengalaman semasa di balai polis u ols.

Amaran: SILA JANGAN EMOSI.
Babak 1.

Sarjan Jarum Emas (JE): Nama kau apa? Cik Benang ke? Bin apa? *kantoi jantina ku!
Cik Benang (CB): Ha'ah. Cik Benang. Bin Jarum Emas.
JE: Hah? Jarum apa?
CB: Jarum emas.
JE: Buat malu aku je nama sama.
CB: (tersengeh-sengeh)

Babak 2.

JE: Nama malam apa?
CB: Nama malam? Nama malam apa tuan?
JE: Ye lah, mana tahu kot-kot ader nama malam. Suzie ke, Zeti ke.
CB: (Masa tu berpakaian jantan kekar) motifff tuan. Mana ada nama malam. Siang malam nama saya CB occay. *sambil gaya-gaya wanita nigga gangsta.
JE: Saya tanya je, manalah tahu kot-kot ada.
CB: Tuan pernah nampak ke muka saya kat lorong gelap tu?
JE: Tak lah, saje je tanya.
CB: (Nasib baik dia tak pernah nampak. Ooppss...)


Babak 3.

Tengah-tengah soal siasat, kawan JE, Jarum Kait (JK) masuk uols.

JE: Jantina apa? Lelaki ke perempuan?
CB: Errr... kalau ikut IC lelaki tuan.
JE: Tak payahlah ikut IC, ikut yang terkini. Lelaki ke perempuan?
CB: Err... Lelaki tuan.
JE: Ye ke ni lelaki? Betul ni?
CB: Betul tuan, yakin!
*pitam buat kali kedua

Babak 4.

JE: Masih dara?
CB: Haiyooo... masih kot. InsyaALLAH masih dara.
JE: Kau cakap betul-betul, dara ke tidak?
CB: (Apa kaitan aku ni dara ke tak dara dengan unta aku lari?) Masih dara, tuan.
JE: Kau jangan tipu aku, aku tahu.
CB: Dara lah tuan...
JE: Hurm... (sambil menaip)
CB: Motifff...

Semasa soal siasat, si JK ni adalah menyampuk sikit-sikit. Lepas selesai semua:

JK: Eh, jangan balik dulu. Jom kita minum-minum dulu.
CB: OK, boleh je.

Masa minum tu si JK ni cerita lah itu ini. Dia cakap kalau ada masalah cakap lah kat dia, kalau boleh tolong, dia akan tolong. So nice of him. Githooo... Lepas tu dia pun bagi lah nombor telefon, konon-kononnya nak keep in touch lah kaann... CB pun ambik je lah nombor telefon dia.

JK: 012 345 6789
CB: Oohh... ok, ok.
JK: Ha, apa lagi, miss call lah.
CB: (dalam hati: kena miss call ke?)

Masa tu dah maghrib, masing-masing pun minta diri nak balik. Ye lah, malam tu tugas CB bentang sejadah semua kat masjid. Tak boleh lambat. Dia balik naik kereta dia, CB balik naik kereta kawan.

Kemudian, dalam pukul 10-11 malam macam tu, "tut tut tut" telefon canggih CB berbunyi. Kat skrin, tertera nama JK.

JK: Dah tido ke?
CB: (motiffff) Belum lagi, baru lepas buat sujud syukur. *katanya! Encik JK Kat mana ni?
JK: Oo... Kat pekan. Tengah pusing-pusing. Boringlah.
CB: Kalau Encik JK boring, ajaklah Sarjan JE teman.
JK: Tak nak lah ajak Sarjan JE. Kalau orang yang mesej ni ajak, ABANG on je. Nak mintak buat....
CB: Hehehe... Abg nak suruh buat apa? (yang ni pun sama merenyam!)
JK: Ala, B (baby katanya!) cakap je, abang serah semuanya. Janji abang puas.
*terus CB pitam sampai pagi.

Shashay away,
CB si Benang Basah yang faham pahit maung bergelar "beautiful"

7 comments:

akukanbaik said...

LOL!!!
tiada apa mampu ku komen
gelak golek2 je la
hahahahah

~~DucKneSs~~ said...

HOOOOOHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!

perlu ke?


(btw CB, ur last comment left me hangging la..pe mksud u?)

zuhanif said...

poyo la cb ni heheheheh. btw akak rindu nak lepak2 ngan kamu.

P/S : cerita ni betul or ko reka2 ek?

Cik Benang said...

KononBaik: Hamboi, gelak ko ye. Aku pukul ko nnti.

Duckness: Kaann... Tak perlu langsung. Kalu muda, bergetah n hensem perlu lah kot. OOpss...

Zuhanif: Motif I nak reka cerita? Betui la ni u olss... Eh, maila tempat CB ni ha. Kita jln2, mkn2.

faliq said...

serious ke CB? i mcm dh hagak dah ade udang di sebalik mee.. tp malas nak speku..

kuehbangkit said...

Heee yAkksss!!

Cik Benang said...

Faliq: Serius lah u ols! :P
KB: keennnssss....