Wednesday, February 23, 2011

Special: Kursus Asas Penanaman Cendawan Tiram Siri II

Salam,


Seorang kawan CB mintak tolong hebahkan kursus ni. Dia dah buat dua tahun lepas dengan 30 orang peserta. So sekarang ni siri II pulak.




Well, tarikh adalah sepertimana kat poster tu, 20 dan 21 March 2011. Bertempat di Universiti Malaysia Kelantan, Pengkalan Chepa (teori) dan Jabatan Pertanian cawangan Lundang, Kota Bharu untuk latihan praktikal. Jadi kiranya kursus ni lengkap lah u ols, bukan teori sajork. Kita akan membicarakan mengenai teknik2, pelan pemasaran dan sumber kewangan.


Penceramah terdiri daripada professor di UMK, pegawai kanan Jabatan Pertanian dan wakil AgroBank.


Yuran kursus adalah RM150.00 sahaja yang merangkumi alat tulis, makan minum sepanjang kursus, nota-nota, sijil serta yang paling best, 1 kotak pek permulaan untuk tanam cendawan sendiri! Yuhuuu!


Kursus Siri I dah berjaya melahirkan beberapa penanam cendawan termasuk seorang guru di Selangor. Bisnes beliau masyuk sampai tak menang tangan u ols. Kalau tak percaya boleh lawat beliau kat Taman Desa Putra, Serdang, Selangor.


Untuk maklumat lanjut hubungi nombor yang tertera kat poster itu.
Kalau malu, boleh lah emel beliau di mohd[et]umk[dot]edu.my


Oh ya, borang pun ada kat bawah ni:


 Brochure muka depan.

Brochure muka belakang.


So, jom lah sama-sama kita memeriahkan industri pertanian negara.


Sashay away,
CB yang tekun bertani.

Monday, February 21, 2011

OhSoRandom: Terapung-apung y'alls!

Salam semua! Terutama sekali rakyat-rakyat Mesir yang berjaya menggulingkan pemerintahan autokratik Muhammad Hosni Sayyid Mubarak. U ols semua memang vogue. Tapi sebagai wanita urban berhijab, suka CB ingatkan bahawa perjuangan itu sebenarnya baru saja bermula. Masyarakat Mesir yang hensem dan cantik harus berusaha lebih gigih bagi memastikan orang yang mewarisi kerajaan Mesir adalah lebih baik dari Muhammad Hosni Sayyid Mubarak. Kalau tak... sia-sia sahaja ratusan orang mati u ols!


Well, sebelum ni blog CB tak pernah serius dan tidak akan serius. So kita tolak ketepi isu di Mesir dan kembali ke tanah air. Githooo....


Minggu lepas CB, sebagai melengkapkan tagline "wanita urban berhijab" telah ke Kuala Lumpur u ols bagi membuktikan diri ini adalah urban. Githooo...


Barulah urban u ols... Tak nampak rantai tu? Buddha nampak menangis! (sumber)

Well, kat KL ni mana lah ada sangat tempat-tempat menarik nak dilawati. CB lebih gemar jalan-jalan di gigian pantai Pulau Bora-Bora mahupun Maldives. Paling kurang pun, berkayak sahaja mengelilingi Tasik Dayang Bunting.

Corak graffiti bunga raya di dada menambah lagi unsur urban. *sambil kuis air dengan hujung jari kaki (sumber)

Di KLCC, ada satu tandas yang nak kena bayar RM2 kan sekali masuk. Atas semangat ingin tahu yang menebal di dalam CB yang montok ini CB pun masuk lah (sebenarnya memang tak sempat nak cari tandas lain, sebab tak tahan lagi!). Siap dapat resit dan tisu lembap u ols. CB ingat kan brand L'occitane en Provence ke, Crabtree and Evelyn ke atau paling kurang Body Shop lah kaann... Sekali brand Suria KLCC sajork!

CB pun feeling-feeling kelas masuk ke bilik kecil yang tengah-tengah u ols. Tengok-tengok ada tisu dalam mangkuk tu, ingatkan tak pe lah kaann.. so CB pun flush lah. Tapi  tisu ittew tetap tersumbat kat situ dan air pun naik sampai setengah mangkuk. Sebab dah biasa mengalami benda macam ni, so CB ingat tak apa lah kan, sooner or later air tu akan surut. CB pun melakukan tanggungjawab sebagai seorang manusia... 

.::ADEGAN HANGAT INI ADALAH TERLALU HANGAT UNTUK DITONTON::.

Bila dah selesai tu, CB pun flush dengan penuh dan kelentikan jari jemari ini. TETAPI! Tetapi air ittew makin meningkat, dan terus meningkat dan membawa naik bersama-samanya bukan sahaja tisu tetapi juga..  oh tidak! CB bingkas berlari ke luar dan menjerit-jerit bak gadis sunti baru ditebuk tubai jantan lalu menerpa ke arah Abang Bangladesh ni.

"Haiyoo... what is happening? Why don't you clean the toilet properly and now the water is overflowing!" Sambil suara berlagak marah bagi menyembunyikan unsur panik dan keaiban. Abang Bangladesh tu hanya mampu merenung diam melihat objek-objek itu terapung-apung di dalam mangkuk tandas sebelum perlahan-lahan hanyut lalu jatuh di atas lantai tandas. "Kelepek" bunyinya...

CB terus menggunakan ilmu Seribu Bayang Jelita bagi mengilangkan diri dengan pantas dan senyap.

Sashay away,
CB si Benang Basah yang masih trauma dengan insiden &a$i terapung dan terhempas di hadapan mata.