Wednesday, February 23, 2011

Special: Kursus Asas Penanaman Cendawan Tiram Siri II

Salam,


Seorang kawan CB mintak tolong hebahkan kursus ni. Dia dah buat dua tahun lepas dengan 30 orang peserta. So sekarang ni siri II pulak.




Well, tarikh adalah sepertimana kat poster tu, 20 dan 21 March 2011. Bertempat di Universiti Malaysia Kelantan, Pengkalan Chepa (teori) dan Jabatan Pertanian cawangan Lundang, Kota Bharu untuk latihan praktikal. Jadi kiranya kursus ni lengkap lah u ols, bukan teori sajork. Kita akan membicarakan mengenai teknik2, pelan pemasaran dan sumber kewangan.


Penceramah terdiri daripada professor di UMK, pegawai kanan Jabatan Pertanian dan wakil AgroBank.


Yuran kursus adalah RM150.00 sahaja yang merangkumi alat tulis, makan minum sepanjang kursus, nota-nota, sijil serta yang paling best, 1 kotak pek permulaan untuk tanam cendawan sendiri! Yuhuuu!


Kursus Siri I dah berjaya melahirkan beberapa penanam cendawan termasuk seorang guru di Selangor. Bisnes beliau masyuk sampai tak menang tangan u ols. Kalau tak percaya boleh lawat beliau kat Taman Desa Putra, Serdang, Selangor.


Untuk maklumat lanjut hubungi nombor yang tertera kat poster itu.
Kalau malu, boleh lah emel beliau di mohd[et]umk[dot]edu.my


Oh ya, borang pun ada kat bawah ni:


 Brochure muka depan.

Brochure muka belakang.


So, jom lah sama-sama kita memeriahkan industri pertanian negara.


Sashay away,
CB yang tekun bertani.

3 comments:

~~DucKneSs~~ said...

geng shahmie ni..

(wondering what is he doing rite now..xde update lgsg dr dia..u dpt update CB?)

akukanbaik said...

i nak buat cendawan shitake
ade x?

Cik Benang said...

Duck:
Yg I taw, Shamimi dah kawen ngan gf dia tu. Then dgr2 gossip dia kaween dua u ols! *mode propa

Jal:
Ada, cendawan kat muka u ols pun ada.