Monday, April 11, 2011

Etika: Table for two? or three? or sekampung?

Greetings u ols yang jelita, anggun lagi bistari.


Sekarang ni kiri kanan semua orang pakai telefon pintar. Sampaikan satu tahap CB terpaksa sembunyikan henfon zaman nabi ni kat dalam kasut. Tu pun bila dia vibrate satu kampung bergegar. Kalau naik komuter, mesti satu koc akan bergoncang dengan hebatnya. Nokia 3310 u ols, tau la macam mana kan kalau vibrate. Bagi mereka yang desperate, boleh guna 3310 ganti vibrator. OOppss... *sambil memalingkan muka kebalakang


Tapi selalu jugak teknologi yang sepatutnya menghubungkan manusia diguna secara melampau-lampau hinggakan di akhirnya manusia-manusia tersebut tak terhubung langsung malahan semakin jauh. CB selalu perasan lah kan, kalau keluar ke mana-mana restoran, tak kiralah celebrity chef nyer restaurant ker, kedai kopi ke, mesti ada, ditekankan lagi sekali MESTI ADA meja yang konsep "dekat tapi jauh" in action. Apa yang CB maksudkan (ala-ala penulisan kolum akhbar githoo) dengan "dekat tapi jauh" ni adalah secara fizikal mereka dekat, bersentuhan tetapi jiwanya, jauh. Kalau tak caya, cuba tengok kalau u ols berkesempatan.


CB memang anti sangat kalau keluar dengan CB tapi tangan dan mata sibuk nak main facebook la, whatsapp la atau mesej ngan orang lain. Kalau kau nak keluar dating ngan aku, buat cara nak dating ok. *Dating katanya! Kalau kau nak update status facebook setiap 5 saat depan aku, pergila berambus balik masuk dalam gua. CB pernah keluar dengan seorang ni (ehem..ehem..) yang sibuk betul main BB dia. I was like, what the heck? CB pun terus keluarkan MacBook Pro dan hempuk kepala dia kuat-kuat seraya meninggalkan beliau yang tengah berdarah hidung itu. Dia ingat CB ni apa? Kerusi? Ataupun alas meja? Nasib baik hensem. *pitammmm


Pernah jugak CB nampak keluarga ni, dalam 10 orang semua sibuk dengan iPhone masing-masing. Ya, kesemua mereka dari sekecik-kecik bayi hingga tua ada iPhone. What a family! You are actually eating out with the objective of spending some quality time together but end up masing-masing sibuk main iPhone. *pepandai je aku objektif depa nak spend time sama-sama. Entah-entah gas habis kat rumah. Anyway, ada yang berfacebook, main game, macam-macam lah. Kemudian dalam 10 orang tu ada lah sorang yang tak main iPhone and he was like lost and disappointment in him, I can sense. Poor him.


Jadi sebagai warga yang urban, anggun, empati dan bistari marilah kita amalkan kehidupan sosial yang lebih sihat. Kenapa kita sibuk dengan kawan-kawan kat facebook sedangkan kat depan kita duduknya seorang manusia yang bernyawa. Yang kita boleh pegang, rasa hangat nafasnya, pandang terus ke matanya dan... alamak. Melampau pulak imaginasi. Tapi tu lah, hargai la orang yang kat depan kita tu. Letakkan iPhone ke, BB ke or whatever brand it is dalam poket atau beg LV masing-masing. CB tau la masing-masing nak menayang henpon mahal, tapi tak yah la over sangat. Flash-flash sikit sudah la. Macam CB, duduk je kat meja tu terus keluarkan henpon zaman nabi ini dan turn to silent mood sebelum dimasukkan ke dalam kasut. CB nak kawan-kawan CB rasa dihargai. Tapi kalau dia buat hal dulu, CB pun buatlah jugoks. Apa? Dia ingat dia sorang leh online anytime?


Ayuh u ols, sebarkan doktrin ini.


Salam sayang,
CB yang tengah lap MacBook Pro beliau dengan tisu dari sisa darah.

3 comments:

crustacea said...

Oh sggh benar! jasab yg tak ada jiwa. Teknologi bole mendekatkan yg jauh, menjauhkan yg dekat dan... menyentap kan CB yg terbiar sepi! lol

~~DucKneSs~~ said...

hi CB hensom..

lama i xkaco u ols..u ols rindu i x?

nway, am using non-smartphone jugak..ini pon sudah cukup..[alasan sbnr=xde duit]

Cik Benang said...

Udang-udangan: Kaann... sempat lagi carut kita.

Duck: Rindu cangat-cangat... Syomel x? takpe lah non smart pun, yang penting tuan dia kena smart dulu. Mampoo?