Thursday, April 28, 2011

Kisah MultiCultural: Bohsia dan Bohjan Eropah

Salam u ols.

Well, ingat Malaysia je ke ada bohsia dan negara-negara maju seperti Negera Sekebun Bunga ni tak ada? Buat pengetahuan semua, bohsia dan bohjan ada di mana-mana! Mereka datang dan pergi dalam pelbagai bentuk dan rupa. Sama seperti di Malaysia, kalau kat Negara Sekebun Bunga ni bohsia dia pun ada pattern u ols. Di Malaysia, bohsia-bohsia akan tertarik dengan mat-mat rempit yang berwajah jantan, ganas dan ala-ala “bad boy”. *terus berfantasi. Ehem... kat sini pun sama u ols! Cuma mat-mat rempit disini lebih green, atau lebih kepada konsep “from nature with love” gitu. Justeru, mereka akan memilih untuk berbasikal sajork. Kalau ada yang naik motor, janganlah anda bayangkan motor-motor seperti yamaha 125LC, Honda EX5, Yamaha Equilizer dan pelbagai mak nenek yang CB pun tak tahu kan. Motor mereka adalah SKUTER. Ya, betul tuan puan. Skuter sajork. Dan yang paling mengagumkan, beli je kat kedai dah siap pasang alat yang limit speed to 20km per jam sajork. Mampoo? Jadi mat rempit di Malaysia adalah jauh lebih advance dari segi ilmu kejuruteraan kerana mampu mengubahsuai motorsikal mereka menjadi jet pejuang dengan mudah. Siapa kata mat rempit Malaysia tidak berilmu?



Walaubagaimanapun, tidak seperti mat rempit a.k.a bohjan Malaysia, bohjan Eropah adalah sedikit beauty concern. Jadi bukanlah suatu yang menghairankan melihat mereka membeli pewangi dan bahan-bahan penjagaan diri di butik-butik kecantikan. Mereka tidak membeli pewangi Paco Robanne di kaki-kaki lima di Wakaf Che Yeh, jauh sekali mendapatkan wangian channel terbaru dari penjaja-penjaja di hadapan McDonald Kota Bharu. Mereka tidak berbau busuk, malah selekeh, jauh sekali . Antara tempat-tempat kegemaran mereka untuk melepak adalah di hadapan hypermarket, hentian bas, hentian keretapi dan juga di taman-taman awam. Tetapi bohjan dan bohsia di Malaysia adalah lebih meletops kerana gemar melepak di pusat-pusat membeli belah terkemuka seperti Pavilion, KLCC, The Garden dan sebagainya sambil melihat pak pak arab memborong Louise Vuitton, Coach, Hermes bagai nak rak. Namun, untuk bohsia/bohjan pantai timur seperti Negeri Penyu Melabuh terutamanya, masih pasrah untuk bersosial di hypermarket seperti Mydin, Sabasun, Hock Kee Seng, Hentian Bas MPKT dan tarikan terbaru di tempat letak kereta berputar bersebelahan pejabat Syarikat Air Terengganu.


Manakala bohsianya juga tak banyak beza dengan negara kita. Mereka memakai pakaian yang ketat sendat sehingga melimpah ruah segala harta kekayaan milik mereka. Oh ya, fesyen terkini bohsia Eropah adalah tas tangan yang kecil dan bertali halus. Barangkali diinspirasikan daripada fesyen Amy Winehouse yang dipadankan dengan plimsoll. Namu begitu, perlu dinyatakan disini bahawa CB amat mengagumi bohsia-bohsia yang sedikit “kaya” berbanding dengan kawan-kawan lain kerana prinsip “ada aku kisah” mereka yanga amat kental. Mereka dengan penuh keyakinan diri tahap langit petala ketujuh turut memakai baju dan seluar sendat. Maka sudah pasti harta-harta mereka akan lebih menonjol berbanding rakan-rakan bohsia yang lain. Sekiranya rakan yang lain memiliki dua gunung harta, maka yang “kaya” ini akan mempamerkan tiga gunung harta. Dua di atas dan satu lagi di tengah abdomen. *mampoo carut orang sesuka hati?


Bohsia dan bohjan Eropah tanpa segan silu mempamerkan kasih sayang sesama mereka dengan berlaga-laga dan menggeselkan bibir masing-masing. Ini sesuatu yang masih belum berlaku di Malaysia secara terbuka. Namun demikian, rasanya CB tahu jawapan kepada pernyataan tersebut. Jelas sekali bohjan/bohsia tempatan masih memiliki ciri-ciri dan semangat ketimuran yang tinggi. Orang asia tidak pernah sekali-kali melaser terus, (kecuali pondan pondan bermulut puaka) tetapi mereka lakukan secara berlapik atau berkias. Sebab itu lah kita dapat lihat banyak sekali video-video kasih sayang antara bohsia/bohjan tempatan di internet. Ini kerana mereka mempamerkan kasih sayang secara berlapik, sopan tepat dengan tatacara hidup masyarakat timur. Jadi masyarakat tidak akan melihat mereka berkongsi kasih sayang secara terbuka, sebaliknya secara beralas, berkias melalui video yang dirakam menggunakan telefon murahan. *faham ke idok apa yg CB cuba sampaikan ni? Malahan mereka ketika melakukan blow job masih lagi ingat dan takutkan azab tuhan, sebab itu lah mereka tetap litup bertudung ketika melakukannya. Ini kerana mendedahkan rambut adalah berdosa, nanti kena masuk neraka. Jadi memakai tudung ketika blow job adalah jalan penyelesaiannya. Bernas.


Tapi satu perkara yang stereotype pasal bohsia tempatan ataupun Eropah, fesyen mereka akan sentiasa sama. Pernah sekali di Malaysia (sekurang-kurangnya di Negeri Penyu Melabuh) bohsia akan memakai tudung kecik, diikat kat dagu ala-ala mak itik dalam cerita kartun, berbaju kemeja besar kotak kotak (atau di Amerika mereka panggil boyfriend’s shirt), berseluar skinny dan singkat paras betis. Bagi mereka yang kurang mampu dari segi kewangan, seluar bell bottom zaman mak ayah akan diikat dengan getah untuk menampakkan konsep skinny. Oh ya, dan bersandal roman putih. Kalau seorang pakai macam tu, maka semua ahli kumpulan akan memakai fesyen yang sama, Cuma berbeza warna kemeja dan tudung. Manakala di Eropah pun sama. Kalau seorang pakai seluar skinny koyak kat lutut, rambut panjang curly lite-lite paras dada, baju ketat dan sendat dengan jaket bulu-bulu, maka semua akan fesyen benda yang sama. Masa tu Nicole Pussy Cat Doll tengah hot. Oh, boot paras lutut kalau musim sejuk. Mereka akan menjerit-jerit di kawasan jajahan dengan tujuan memberitahu kepada bohsia lain bahawa kawasan itu mereka yang punya di samping menarik perhatian bohjan-bohjan yang baru pulang dari membeli kasut converse (original) baru dengan menggunakan duit elaun pemberian kerajaan. Di samping itu, mereka juga akan me"naga" beramai-ramai.


Satu lagi remark yang boleh disebut adalah bangsa yang selalunya dikaitkan dengan bohsia/bohjan. Di Malaysia, macam biasa Me Layu. Manakala di Eropah, taburan agak sekata. Kalau yang lelaki, keturunan imigran dari Morocco dan Turkey biasanya mendominasi manakala bohsia terdiri daripada wanita-wanita tempatan. Gadis Turkey kelihatannya tidak begitu gemar menceburkan diri sebagai bohsia, sebaliknya lebih menjurus kepada kumpulan gadis-gadis hype dan cool seperti Gossip Girl. Mereka lebih ayu dan sopan, dengan mengenakan tudung dan sanggul sebesar bonggol unta di kepala. Bulu mata mereka akan menyebabkan Rozita Che Wan menangis keinsafan dan mereka suka mengenakan make up setaraf drag queen. Kalau cucuk pensel kat pipi, nescaya pensel tersebut akan tenggelam setengah inci.


CB cuba untuk mengambil gambar mereka, tetapi takut kena bunuh nanti. Kalau kena rogol secara romantis beramai-ramai, CB masih boleh consider. *pitammmmmm

Salam sayang,
CB si Benang Basah yang mengalami semput-semput manja.

4 comments:

~~DucKneSs~~ said...

yu no..ai memang sentiasa lev yu punya tulisan tau..krem perut ai tahan gelak..dalam opis mana leh gelak kuat2..mampoo..

saya rindukan hock kee seng n astaka..

sekian......

Cik Benang said...

hahaha.. bener. AKu juga kangen bangat sama Hock Kee Seng n Astaka. *motif sgt, walhal rumah tepi tu jah. hehehe

cikgu siti hazreen said...

haha lawak, lawak

Cik Benang said...

hehehe... hamboi cikgu, dah siap lom tanda kerja rumah murid2?