Sunday, April 10, 2011

OhSoRandom: Meniti Titi

Kenapa tetiba CB rasa meremang bulu roma bila masuk blog ni u ols? Apakah Kak Limah telah menghuni blog CB ni lantaran tidak dikunjungi buat sekian lama? Kita semua pun tahu kalau rumah kena tinggal lebih 30 hari ada kemungkinan jin dah jadikan rumah kita tu as homestay. Lagi-lagi tempat tidur macam tilam. Jadi kalau dah tinggal lama tilam kita tu, sebelum baring sunnah rasulallah kebas-kebas manja dengan selimut ke apa. *sambil baca ayat qursi

Hari tu CB cerita lah pasal tu dekat kawan, Baris. Dia ni orang Turkey yang dibesarkan dengan budaya Jerman u ols. Jadi ilmu ukhrawi kurang lah sikit. *sedap je kau mengata orang. CB pun sekadar berkongsi la apa yang CB tahu kaann... Ada hari tu kami sama-sama pergi melancong ke Paritz sempena tahun baru 2010 dalam 2 hari macam tu. Bila sampai je kat rumah, CB penatlah kaann... Teruslah pose-pose nak baring kaann... Cemanatah dia tolak CB ke lantai sambil kebas-kebas tilam tu guna selimut. Memula CB ingat dia nak bermanja-manja di atas lantai ala-ala BDSM. *pitammm. CB tanyala "motiffff" then dia cakap "kita kan dah tinggalkan balik ni 2 hari. Kena kebas, nanti jin tidur kat situ". CB terus berpura-pura tidur atas lantai sajerr...

Tapi sebenarnya apa yang CB nak cerita adalah pasal CB pergi buat ujian motosikal u ols. Ya, CB tau CB dah tua. Ya, memang CB tak ada lesen lagi. Ya, CB tau CB tetap cantik. Well... CB lulus 19/20 dan bahagian 3, cemanatah lulus 12/16. Berhenti secara tak berhemat katanya. Jangan sampai aku berhenti kat atas kaki kau. Ooppss... *sambil betulkan tudung.

Tapi kan, CB pun tak tahu apa relevannya nak lambai-lambai bila nak belok, nak berhenti dan sebagainya. I was like, seriously people? Who the hell is still doing that? Tambahan pulak setiap kali aku nak lambai je mesti motor tu ala-ala nak tumbang lite-lite. Tak stabil u ols. CB biasa lambai-lambai bila di kaki lima sahaja. Bila ada kereta lalu ke, motor lalu ke, CB lambaila. Lambaian seumpama daun nyiur melambai di tepian pantai disaksikan pasiran pantai nan puteh. Mampooo...

Jadi, CB dengan ini memohon kepada JPJ agar mengkaji semula sejauh mana relevannya konsep lambaian nyah di dalam ujian lesen B2. Kaann.. Berani la kau cakap sebab dah lulus. Hari tu masa x lulus lagi bukan main senyaappp je kau kaann...

Dan macam biasa, entri ni tiada kene mengena dengan Meniti Titi. Titi apa tataw.

Salam sayang,
CB si Benang Basah yang dah ada lesen P motor. Sapa nak tumpang CB pi kerja kat Lorong Gelap?

p/s:maaflah kalau font entri kali ni tak menyerlah. Maklumlah post guna Nokia 3310 sajerr...

3 comments:

akukanbaik said...

hahaha...
yg uols melambai ngan penuh lemah gemalai tu sapa suruh..mmg la motor u ols nak tumbang
lambai lite2 sudeh...
anyway,congrats u ols da lulus!
pasni bole la i tgu u jemput depan umah :D

~~DucKneSs~~ said...

ececece..saje je nk riak dgn henpon bijak gamaknya..

CB, first time aku tgk org amik lesen moto, aku igtkan derang testing nak terbang..LOL..

Cik Benang said...

AKB: Mcm mana nak lambai lite2, dah mmg semulajadi lambai je nyah, lambai je nyah. So how?

Duck: hahaha... kaann... Rasa mcm bongok pun ada. :P Neway, u ols dah ada lesen ke lom ni?