Friday, May 13, 2011

KisahMulticultural: Bulan Depan Kena Rampok! (CHOY!)

Greetings fashionistas y fashionistos!


Tetiba feeling-feeling seorang latina yang hot sedang bersiaran di Cancún, Mexico. Mampoo! Anak-anak hayyam sekalian, hari ni mak hayyam nak berkongsi cerita puloks pasal pelik tak pelik lah sistem polis dan klinik kat sini u ols. Untuk menjadi seorang warganegara yang berjaya kat sini, kita kena belajar dari Nujum Pak Belalang u ols! Ingin tahu lebih lanjut? Teruskan bersiaran bersama Nona. *Sewel.


Konsep mengintai dari tirai tenis sambil melentik. (source)

Ada kawan CB ni dari Nigeria u ols, Oscarina nama dia. Dia ni feeling-feeling nak jadi mak hayyam jugoks, tapi terpaksa akur dengan kemak-hayyaman CB yang lebih anggun inniew. Hari tu dia bercerita kat CB ke klinik sebab rasa tak sihat ala-ala nak mamps gittew. Mata dia tak boleh tengok cahaya gittew kaedahnya. Nasib baik masa dia sakit tu, dia tak kenal lagi CB. Kalu tak dia mesti dah arwah dek karena melihat wajah CB yang bercahaya terang benderang seumpama lampu limpah stadium Bukit Jalil inniew. *Githooo! Dengan penuh kesentapan, dia menyambung cerita. "Aku pun pergilah ke kaunter kat klinik tu, jelaskan kat kerani yang non-ado itu betapa menderitanya aku". Lebih kurang macam tu la ayat dia lepas di terjemahkan ke bahasa melayu tahap 1. Sebab dia cakap bahasa Nigeria u ols dengan CB. Apa dia fikir CB ni ratu Nigeria kah? Mentang-mentanglah masa tu CB tengah berendam dalam masker lumpur gunung berapi Krakatoa. Agaknya sebab tu la dia konpius. *Sewel lagik

Sekarang CB faham kenapa dia konfius! (source)

Lepas tu alkisahnya, kerani non-ado tu pun tengok-tengok la kat buku tu seraya berkata-kata: "Ohh... demo ni dop buat temu janji dengan doktor ni. Demo keno telepon dulu kalu nok mari sini jupo doktor".

Oscarina: "Habis tu bila boleh saya jumpa doktor ittew?", sambil menahan kepeningan seumpama nak mati (dia kata la, bukan CB)

Kerani: "Hurm.. kejap deh. Minggu ni dah penuh ni. Minggu depan pun penuh. Demo mari sini 3 minggu dari sekarang lah deh? Buleh dok?"

Oscarina: "Apa? Kau nak suruh aku tunggu sampai 3 minggu? Kau tau tak aku ni sakit sangat? Kalau aku mati kat minggu kedua tu macam mana? Kau nak mandi kan mayat aku ke?" *dah start dah drama Fauziah Nawi

Kerani: "ala demo ni. Jange la oyak gitu. Doh kawe nok buat lagu mana. Meme undang2 dia lagu tu sini"

Si Oscarina tu pulak seumpama di rasuk semangat Fauziah Nawi terus menambah, "Aku tak kira. Kalau doktor tak nak jumpa, aku berdiri sini sampai dia setuju" sambil pose-pose Victoria Beckham

Mampu pose macam ni sambil tunggu doktor datang? (source)

Masa tu doktor ittew pun keluar tanya kenapa kecoh kecoh githoo. Last-last depa cakap Oscarina boleh la masuk kali ni, tapi lain kali kena buat appointment. Kalau tak jangan harap depa nak layan. Sebab tu la awal-awal tu CB cakap kalau nak jadi warganegara yang tekun, tabah dan berdedikasi kena belajar menilik nasib. Siapa-siapa yang nak datang sini, better buat internship dulu dengan tok-tok moh kat kampung u ols. Tapi hati-hati, karang kena rogol puloks dengan tok moh. Kalu tok moh hensem, pass la nombor dia kat CB hokkay. Nak buat internship jugoks semalam dua. *pitammm

2 comments:

~~DucKneSs~~ said...

*komen berikut adalah lari dr tajuk utama mitos yang dikemukakan..


montot dia pipih je u ols..xJ-LO langsung..ai vote for J to the LO..wiwittt

Cik Benang said...

githoooo! Pipih katanya! hahaha