Saturday, May 14, 2011

Special: AMARAN: Entri Ini Berunsur Gedix

Hurm... Penat jugak rupanya melayan perasaan. Lagi penat berperasaan yang penuh teka teki. Dia suka aku ke tak, dia suka aku ke tak. Terkadang responnya macam suka, tapi kadang-kadang pulak macam biasa je. Jadi dia ni suka ke tak sebenarnya?


Lagi parah sebab CB jenis yang tak suka berperasaan teka teki ini. CB sukakan sesuatu yang pasti. Kalau kau suka aku, cakap. Lepas tu kalau nak main tarik tali, kejar kejar, CB sanggup. Sebab CB yakin bahawa tenaga dan masa dan wang ringgit kita guna itu berbaloi. Walaupun pada akhirnya kita tak dapat bersama sebab tak secocok. Itu OK bagi CB.


Kalau dia cakap "OK, I do interested in you and would love to know you more. Shall we proceed from here?". It is fine. Sekurang-kurangnya CB tahu, I have a chance. Even maybe a little. BUt atleast be honest to me and the most importantly, to yourself. SIla jangan cakap macam tu sebab semata-mata tak nak bagi CB sedih atau sentap. CB akan lagi sentap dan sedih kalau tahu dia kata berminat sebab nak jaga hati atau lagi keji, sebab kesian. Takut nanti CB bunuh diri. Haiyooo... Cantik sangat ke ko ni?


CB tak suka kalau kejar kejar tapi tak tahu dan tak pasti dia suka ke tak. Apakah dia ego, atau memang tak berminat atau minat atas dasar nafsu semata. I do not exactly know. Kalau dia nak main kejar-kejar, CB akan kejar dia habis habisan. Tapi CB takkan buat macam kita ni yang terhegeh-hegeh nak kat dia. Jemput diri sendiri ke rumah dia. Lepas tu jawapan dia sekejap macam nak sangat kita datang, lepas tu macam "kau datang pun tak pe, kau tak datang pun tak pe" dan "kau yang nak datang sangat". Ohhh... How I hate that!


Ataupun.... dia malu nak ngaku yang dia pun suka kat kita. Jadi dia jual-jual mahal? Sebab kita ni cantek sangat? Haishhhhhh....


Ini kali pertama CB rasa macam ni. Kebiasaanya ada dua situasi je. Situasi pertama, CB suka kat dia dan dia pun straight away suka kat CB jugak. Kedua, dia minat CB, tapi CB tak minat dia. Tak pernah lagi CB suka dia, tapi dia main-main macam ni. Sekejap suka, sekejap tak. CHOYYYYY! Tak baik tau, play with my heart.


Salam sayang,
CB yang tak tahu nak kejar ke tak ni.

5 comments:

~Ati_Hime~ said...

mmg penat layan perasaan taww...mencik! huhu..

crustacea said...

dia main tarik tali u main la lontar peluru haaaa....
btw, blog i ade ikan, comel kan??? hehe

akukanbaik said...

indeed i hate that kind feeling whereby the ending is what we expect it to be...
*feeling2 maria mariana

kuehbangkit said...

CB, i like this entry!
kalo gitu...che tanye dia straight to the point haha!
"maaf le, sy bertanya, awak kenyit2 mata, senyum2 kat saya ni, awak suka kat saya ek?" hahahaha

Anonymous said...

woo..ak baru bace entry ni..sangat lain dr y lain sebb i never see u in this kind of situation before,soo not u to me.hehe...
well, some people can fall in love in a sec, some take like years n others just realize the love after one of them pass away...u can never tell when it comes to love...no matter what reaction the girl gives u, just ask yur heart..is she the one??if yur heart say yess, then go for it..if she's not meant for u, then let her go..but u'll never regret cause u did everything u could to have her..Allah y menentukan segalanya...=))...just my piece of mind

Mell