Friday, May 20, 2011

Special: AMARAN: Entri Ini Berunsur Gedix II

Selamat,


Salah satu rahmat yang tuhan kurniakan pada manusia adalah perasaan. Namun demikian, perasaan selalu sahaja disalahertikan. Perasaan terkadang di puja akan keindahan yang dikandung dan terkadang ia juga dicerca dek kerana penderitaan yang dibawa bersama. Namun itulah dia perasaan.


Perasaan tidak mudah dimengerti.
Perasaan itu tiada berbahasa.


Lihat sahaja awan yang dijunjung... Tidak dimengerti rupanya, tidak difahami bahasanya. Untuk kita menjangkakannya, jauh sekali. Namun dia tetap setia di situ. Terkadang dia menjadi kelam, membawa titis hujan. Yang turun lalu bukan sahaja membasahi segenap inci bumi tuhan, malah mampu juga menenggelami bumi itu, membawa kesusahan kepada anak-anak adam sekaliannya. Ketika itu mudah untuk kita membenci awan. Terkadang juga dia menjadi putih, pelindung, daripada panas dan teriknya mentari. Kita mencintainya, menyayanginya dan bergembira apa adanya. Itulah awan yang dijunjung... Tidak dimengerti rupanya, tidak difahami bahasanya. Seketika ia membawa duka, seketika yang lain ia membawa suka. Tidak dimengerti rupanya, tidak difahami bahasanya. Begitu juga perasaan, hadirnya bisa dipuja juga dicerca. Perasaan cinta yang mekar mewangi mampu bertukar duka dan lara. Tidak dimengerti rupanya, tidak difahami bahasanya.


Walakin, kita juga harus ingat tanpa awan yang dijunjung, bagaimana mampu kita menghargai dinginnya hujan yang membasahi ubun dan bagaimana larat kita mencintai hangatnya sinaran mentari, yang mencium kulit mencairkan hati yang dingin. Tanpa perasaan, bagaimana kita mampu mencintai dan bisakah kita membenci. Tanpa perasaan apakah bezanya insan, haiwan dan tumbuhan. Sekadar di luaran.


Berapa ramai manusia yang tertipu dengan perasaan? Yang kecundang ditangan perasaan. Sekiranya wujud mahkamah emosi, perasaan seringkali akan dituduh sebagai pembunuh tanpa niat. Berapa kali perasaan akan disebat? Berapa kali perasaan akan digantung? Perasaan menjadi pembunuh jiwa hanya apabila ia bersahabat dengan nafsu. Sekiranya akal mengawal perasaan, ianya tidak mampu membinasa. Kuasa pemusnahnya akan menjadi suatu tenaga pembina yang cukup kuat, mendirikan istana-istana emosi yang indah belaka.


Wujudnya perasaan bukan untuk difahami, dikaji dan dimengerti. Kerana kita tidak akan bisa. Tetapi wujudnya perasaan adalah untuk disayangi dan dihargai. Untuk menyayangi dan menghargai, di situ hadirnya... perasaan.


Hahaha.... OK tak CB feeling2? Walaupun nilai sastera entri ni akan menyebabkan Azah Aziz dan suaminya, Prof. diRaja Ungku Aziz pitam dan muntah sebab tak tahan baca entri sekeji begini. Namun CB nak jugak tulis. Sebab perasan. Tapi saya tak perasan cantik, sebab itu adalah kenyataan.


Inilah dia.... perasaan yang lapar. (sumber)


Salam sayang,
CB yang gigih membaca majalah RASA.

4 comments:

~~DucKneSs~~ said...

eh..blog sape nih?
*jegil mata luas2 kt web adress tu


ishhh..xkan CB reti berpojangga..salu ngumpat je yg PhD..

Cik Benang said...

wah, pojangga keji u ols.... tak mcm u ols, specialist gittew!

akukanbaik said...

pergh..mk ingatkan salah blog ke tdi..kot2 la mk baca blog usman awang ke apa ke kan....

crustacea said...

Inilah enrti yg saya plg suka dlm sume coretan CB, matang dan realistik :)