Saturday, June 25, 2011

OhSoRandom: Rupa Vinatang, Perangai Malaikat Subuh

Salam u olsss... syantek ke idok di hari Sabtu yang hening ini. Hari ni kan ada pasar konsep-konsep pasar tani gitu. Jadi seharusnya cantik ye, kalau nak dapat diskaun dari abang-abang penjual limau ittew! Dan jangan lupa pula untuk bersyukur kerana dikurniakan peluang untuk sekali lagi menarik nafas di bumi tuhan ini.. Jazakallah khair.. Githoooo! *agak-agak kan kalau Maher Zain dengar CB cakap macam tu, nak tak dia jadikan CB isteri kedua dia?

Tadi pagi CB dengan Ms. Fiona Syrena berbasikal meredah hujan renyai menuju ke kampus feeling-feeling Daniela Montenegro dan Paulina Martinez yang jelita ittew menari flamenco di Venezuala sambil berbincang masalah dalam kelambu. Feeling macam mana tah kan. Masalahnya ni pasal teman serumah kami yang Dutch ittew, Francesca. Nasib baiklah dia tak faham vernacular language kita ni. So boleh lah kami mem"bahan"kan dia u ols. *sambil mengilai macam vinatang.

Francesca ni baru lepas clash u ols. Tak lah baru sangat dekat dua bulan lah jugak. Tapi dia ni konsep2 gila talak, tapi tak nak mengaku gila talak. Bak kata Ms. Fiona Syrena, "in denial". Tuuu diah, in denial katanya. So selalulah Francesca yang usianya dalam 38 tahun gitu ni menangis meroyan mempromosikan airmatanya ittew kat kami-kami ni. Dia tak tahu ke yang masa kami ni sangat berharga bak emas! Tapi sebab kawan, tak pe lah kaann... Maka berbuihlah kami ni menasihatkan dia, mendengar keluhan hati dia ni.

Tapi sampai satu tahap Ms. Fiona meletup lalu sekolahkan dia. Maka meraung-meraunglah dia. Ms. Fiona pulak masa tu masih lagi dalam mood presentation proposal PhD u ols, tambah lagi ada darah-darah Raja Azmi sikit, jadi skrip ala-ala panas pedas gittew. Ala-ala Anu Dalam Botol lah kan. Tinggal tak pancar slide presentation guna projector je kat muka dia.

"Ex kau tu dah bencikan kau, dia dah ada teman lelaki lain dan sedang berbahagia sekarang ni. Kau je yang sibuk verangan dia sayang lagi kat kau. Kau tu in denial! Kau dah ugut-ugut dia, sekarang kau nak bila dia jumpa kau kat mana-mana, cium pipi segala. Verangan ek! Insaf-insaflah. Nak amik ni telekung dengan sejadah, pergi ambil wuduk dan solat taubat!".


Terus CB pitam dulu sedas dua. (source)

Githoolah lebih kurang skrip drama ittew. Mampoo u ols suruh Francesca solat taubat sambil pakai telekung? Masa tu CB takde di tempat kejadian, sibuk buat bisnes di Utrecht. Tapi memang setan kuat dalam badan dia ni. Melawan u ols! Ala-ala dirasuk jin ifrit gittew! Dia cakap Ms. Fiona Syrena kita tu tak faham sebab Ms. Fiona Syrena ta pernah alami apa yang dia alami. Omaigod, memang tak tahu diuntung u ols! Dia tak tahu yang Ms. Fiona Syrena adalah Ibu Ratu bab-bab macam ni? Siap dapat Honorary Doctorate lagi dari University of Feeling and Emotion, sebelah Kedai Kopi Faridah. *larikkkkkkk

Selalu lah si Francesca cakap ex dia tu masih sayangkan dia lagi. Bila CB tanya mana tau? Dia cakap dari bahasa badan dia boleh tahu. Tuu diah, pakar bahasa badan katanya! CB cakap lagi bahasa badan adalah subjektif and can be easily misinterpreted. Tapi gigih ni tak nak percaya. Katanya kesian kat ex tu sebab masih lagi sayangkan dia, dan jugak kesian kat ex tu sebab melarikan diri dari kenyataan. Dia sedih sebab si ex tak matang di usia 32 tahun. Jadi sebab tu si Francesca menangis2 segala. Mampoo u ols? Suci niat dia ni. Menangis melihat kesengsaraan orang lain. Saint ke apa housemate aku sorang ni?

CB cakap kat dia lagi: "You have to let the pain go".

Tak alih-alih, kita pulak yang disekolahkan!

Dia cakap "semua orang melarikan diri dari pain. Kita kena hargai dan hadapi pain tu. Baru kita boleh belajar"

"Memanglah, aku tak suruh kau cut off the pain. Embrace the pain for a moment, after that cut it off and move on. That is the way how it should be. Don't live with pain and misery for the rest of your life!"

Tapi dia memang gigih tak nak let go. Dia nak pegang pain tu sampai dia tua. Lantak kau lah, kami dah cakap apa yang kami patut cakap. Lain kali kau datang kat kitorang menangis-nangis macam vagina kena jolok tanpa rela dengan jagung busuk, jangan harap kami layan lagi. Kau yang memilih untuk sayang sangat kat pain tu.

Shashay away,
CB si Benang Basah yang tahu pahitnya putus cinta.

"Saaayang sangat kat Mamat tu! Agong pun orang tak iring macam tu!"

Friday, June 17, 2011

OhSoRandom: Mendakap Ketakutan

CB petik carutan Jim Morrrison (1943-1971), “People are afraid of themselves, of their own reality; their feelings most of all. People talk about how great love is, but that's bullshit. Love hurts. Feelings are disturbing. People are taught that pain is evil and dangerous. How can they deal with love if they're afraid to feel? Pain is meant to wake us up. People try to hide their pain. But they're wrong. Pain is something to carry, like a radio. You feel your strength in the experience of pain. It's all in how you carry it. That's what matters. Pain is a feeling. Your feelings are a part of you. Your own reality. If you feel ashamed of them, and hide them, you're letting society destroy your reality. You should stand up for your right to feel your pain.” Githoo katanya!


CB sangat setuju dengan carutan Jim ittew. Betul lah tu. kita (at least CB yang syanteque ni) takutkan sangat keperitan, kesakitan. Sejauh mana kita lari, sejauh itu juga ia mengekori. Tapi kesakitan yang CB maksudkan bukan lah sakit ala-ala fetish BDSM (Bondage, Dominance, Sadism and Masochism) macam tu ye anak-anak. Kau jangan buat gila. Sebab kalau dalam BDSM tu, pelaku memang suka dirotan, dijentik telurnya, dikepit teteknya dengan penyepit baju dan sebagainya. Lagi sakit lagi seronoklah dia. Lagi ghairah katanya! *tetiba pulak sangat arif kaann. Apakah pengalaman sendiri? Githoooo....


Tapi pagi ini, di saat mengayuh basikal mahal ke kampus CB terfikir. Kenapa harus CB lari? Lari dan terus lari tiada berkesudahan. CB sudah penat berlari, sudah sampai masanya untuk berhenti. Seperti dikejar ayam belanda jantan, semakin kita lari semakin ghairah dia mengekori. Lantas kita harus berhenti. Buktikan kepadanya bahawa kita juga kuat. Kita berani! Kita berhenti dan lunaskan satu sepakan padu ke dadanya!

Sebak dada hakak kena terajang dek Shahrizat! (source)

Oh, dulu masa kecil-kecil dan comel amat, ada seekor ayam jantan ni tanpa putus asa cuba memperkosa CB. Ayam tu memang vinatang u ols! Dah la vinatang, besar pulak tu! Kehidupan CB waktu tu selalu dirundung ketakutan. Masa tu rumah CB, sepertimana rumah-rumah kampung bertiang tinggi dan bilik air kat bawah rumah. Jadi setiap kali nak membuang air seni atau bersiram memang CB akan tengok dulu kiri kanan ayam tu ada ke tidak. Sebab kalau dia nampak CB, sah-sah dia akan kejar! Kadang-kadang jauh sebatu pun dia tau. Apa dia ingat aku ni mak ayam ke macam mana tah. CB akan berlari sambil menjerit-jerit (sambil berkemban tuala) *bapok sangat!


U olssss!! Ada bapak hayyam tua gayut datang. Ayuh lari ke laut! (source)


Tapi sampai satu tahap tu CB dah tak larat dikejar ayam jantan tu. Jadi ada sekali tu sedang-sedang kami main kejar-kejar ala-ala Saif Ali Khan mengejar Rani Mu Keji (sah-sahlah CB jadi Rani kaann. Tapi kalau Saif yang kejar, memang CB kejar dia balik) CB berhenti dan bila ayam tu cukup hampir... DUP! Sedas sepakan pondan hinggap kat dada ayam tu. Tapi macam mana tah ayam tu tak terganjak pun u ols! Pelik jugak, bapok sangat ke sepakan CB ittew? Tapi ayam tu sentap u ols! CB dapat tengok air muka dia berubah dari teruja kegersangan menjadi sentap dan takut. Terus dia lari! Sejak hari tu dia memang dah tak berani kacau CB lagi. Loser!


Jadi apa sebenarnya moral of the story? Hadapi lah ketakutan anda dengan berani. Ketakutan mengajar kita erti keberanian. Ada berani?


Shashay away,


CB si Benang Basah yang kegersangan menggigil tengok Magneto dalam X-Men: First Class.

Wednesday, June 8, 2011

Meroyan: Pain in The Ass Siri III

Salam sayang semua!


Pagi ini CB dah dapat emel dari Idealis berkenaan surat komplen itu.




Dear Cik Benang Basah,

We have received your complaint.
We will send you an answer within two weeks.

With kind regards,

Mrs. Bracha Koster
housing consultant

OK, jadi sekarang kita tunggu je lah...
Menang atau kalah CB tak kisah dah sekarang ni.
Yang penting dia dah dapat surat komplen CB.
Itu pun dah cukup baik.

Salam Sayang,
CB si Benang Basah yang agak mudah berpuas hati.

“Goodnight noises everywhere.” Goodnight Moon oleh Margaret Wise Brown


Wednesday, June 1, 2011

Meroyan: Pain in The Ass Siri II

Hye jelitawatis, sebagaimana yang u ols sedia maklum semalam CB telah meroyan dengan perbuatan dan tingkah laku keji seorang pekerja perumahan kat sini. Kejadian itu memaksa CB menulis surat komplen kepada majikan beliau. CB ni bukanlah jenis yang suka komplen2 ni u ols. Kalau komplen pun kat rakan-rakan terdekat je. Tapi semalam memang mencapai tahap maksimum kekurang-hajaran dia.


Jadi hari ni CB email courtesy copy kat Dekan, ahli psikologi, badan-badan perwakilan pelajar, kedutaan Malaysia dan akhir sekali, hand delivery to main office majikan dia. Mampooo... Hal kecik je, tapi kecoh satu dunia tak ingat. Biasalah, kata pun ratu drama. Apa, dia ingat dia sorang je boleh buat drama? Kita pun boleh la. Dia tak tengok lagi drama-drama melayu. Quran Buruk, Sejadah Buruk, Pondok Buruk, Muka Buruk semua tu. Lagi-lagi mentor CB, Miss Fiona atau nama barunya Syrena ada di sebelah.


Tadi masa kat main office dia, dalam pukul 4 gitu, CB berurusan dengan seorang kakak (yang selit bunga plastik sebesar pinggan nasi kat kepala) dan tanya dia kalau kita hilangkan kunci peti surat, boleh tak ganti dengan duplicated one? Dia cakap, tak ada masalah. Boleh diterima. Lepas tu CB terus sambung lagi; kenapa Hommerson campak kunci pendua CB ke dalam tong sampah macam tu je?


Kakak itu terperanjat dan terkedu. Terus dia minta maaf atas apa yang CB alami dengan Hommerson. Dia tambah terkejut, kelu tak terkata bila CB bagi dia surat yang di alamatkan untuk perhatian Secretariat of Arbitration Board dan hanya mampu berkata "oouuchhh". Dengan penuh sopan dia cakap akan serahkan surat tu pada rakan sekerja dia untuk urusan selanjutnya. Sebelum CB berlalu pergi dari pejabat tu, dia sempat lagi sekali minta maaf. Bukan dari dia CB nak ucapan mintak maaf, tapi dari si Hommerson itu.


Ini lah dia, Hommerson. Yang pakai baju hijau ittew.


Sekarang, surat tu CB dah serahkan pada pihak berwajib. Kita tunggu je la apa yang berlaku. I will keep you updated, my lil sleepy monsters.


Salam sayang,
CB si Benang Basah yang berkebun bersama Miss Fiona menghilangkan resah.