Wednesday, June 1, 2011

Meroyan: Pain in The Ass Siri II

Hye jelitawatis, sebagaimana yang u ols sedia maklum semalam CB telah meroyan dengan perbuatan dan tingkah laku keji seorang pekerja perumahan kat sini. Kejadian itu memaksa CB menulis surat komplen kepada majikan beliau. CB ni bukanlah jenis yang suka komplen2 ni u ols. Kalau komplen pun kat rakan-rakan terdekat je. Tapi semalam memang mencapai tahap maksimum kekurang-hajaran dia.


Jadi hari ni CB email courtesy copy kat Dekan, ahli psikologi, badan-badan perwakilan pelajar, kedutaan Malaysia dan akhir sekali, hand delivery to main office majikan dia. Mampooo... Hal kecik je, tapi kecoh satu dunia tak ingat. Biasalah, kata pun ratu drama. Apa, dia ingat dia sorang je boleh buat drama? Kita pun boleh la. Dia tak tengok lagi drama-drama melayu. Quran Buruk, Sejadah Buruk, Pondok Buruk, Muka Buruk semua tu. Lagi-lagi mentor CB, Miss Fiona atau nama barunya Syrena ada di sebelah.


Tadi masa kat main office dia, dalam pukul 4 gitu, CB berurusan dengan seorang kakak (yang selit bunga plastik sebesar pinggan nasi kat kepala) dan tanya dia kalau kita hilangkan kunci peti surat, boleh tak ganti dengan duplicated one? Dia cakap, tak ada masalah. Boleh diterima. Lepas tu CB terus sambung lagi; kenapa Hommerson campak kunci pendua CB ke dalam tong sampah macam tu je?


Kakak itu terperanjat dan terkedu. Terus dia minta maaf atas apa yang CB alami dengan Hommerson. Dia tambah terkejut, kelu tak terkata bila CB bagi dia surat yang di alamatkan untuk perhatian Secretariat of Arbitration Board dan hanya mampu berkata "oouuchhh". Dengan penuh sopan dia cakap akan serahkan surat tu pada rakan sekerja dia untuk urusan selanjutnya. Sebelum CB berlalu pergi dari pejabat tu, dia sempat lagi sekali minta maaf. Bukan dari dia CB nak ucapan mintak maaf, tapi dari si Hommerson itu.


Ini lah dia, Hommerson. Yang pakai baju hijau ittew.


Sekarang, surat tu CB dah serahkan pada pihak berwajib. Kita tunggu je la apa yang berlaku. I will keep you updated, my lil sleepy monsters.


Salam sayang,
CB si Benang Basah yang berkebun bersama Miss Fiona menghilangkan resah.

No comments: