Friday, June 17, 2011

OhSoRandom: Mendakap Ketakutan

CB petik carutan Jim Morrrison (1943-1971), “People are afraid of themselves, of their own reality; their feelings most of all. People talk about how great love is, but that's bullshit. Love hurts. Feelings are disturbing. People are taught that pain is evil and dangerous. How can they deal with love if they're afraid to feel? Pain is meant to wake us up. People try to hide their pain. But they're wrong. Pain is something to carry, like a radio. You feel your strength in the experience of pain. It's all in how you carry it. That's what matters. Pain is a feeling. Your feelings are a part of you. Your own reality. If you feel ashamed of them, and hide them, you're letting society destroy your reality. You should stand up for your right to feel your pain.” Githoo katanya!


CB sangat setuju dengan carutan Jim ittew. Betul lah tu. kita (at least CB yang syanteque ni) takutkan sangat keperitan, kesakitan. Sejauh mana kita lari, sejauh itu juga ia mengekori. Tapi kesakitan yang CB maksudkan bukan lah sakit ala-ala fetish BDSM (Bondage, Dominance, Sadism and Masochism) macam tu ye anak-anak. Kau jangan buat gila. Sebab kalau dalam BDSM tu, pelaku memang suka dirotan, dijentik telurnya, dikepit teteknya dengan penyepit baju dan sebagainya. Lagi sakit lagi seronoklah dia. Lagi ghairah katanya! *tetiba pulak sangat arif kaann. Apakah pengalaman sendiri? Githoooo....


Tapi pagi ini, di saat mengayuh basikal mahal ke kampus CB terfikir. Kenapa harus CB lari? Lari dan terus lari tiada berkesudahan. CB sudah penat berlari, sudah sampai masanya untuk berhenti. Seperti dikejar ayam belanda jantan, semakin kita lari semakin ghairah dia mengekori. Lantas kita harus berhenti. Buktikan kepadanya bahawa kita juga kuat. Kita berani! Kita berhenti dan lunaskan satu sepakan padu ke dadanya!

Sebak dada hakak kena terajang dek Shahrizat! (source)

Oh, dulu masa kecil-kecil dan comel amat, ada seekor ayam jantan ni tanpa putus asa cuba memperkosa CB. Ayam tu memang vinatang u ols! Dah la vinatang, besar pulak tu! Kehidupan CB waktu tu selalu dirundung ketakutan. Masa tu rumah CB, sepertimana rumah-rumah kampung bertiang tinggi dan bilik air kat bawah rumah. Jadi setiap kali nak membuang air seni atau bersiram memang CB akan tengok dulu kiri kanan ayam tu ada ke tidak. Sebab kalau dia nampak CB, sah-sah dia akan kejar! Kadang-kadang jauh sebatu pun dia tau. Apa dia ingat aku ni mak ayam ke macam mana tah. CB akan berlari sambil menjerit-jerit (sambil berkemban tuala) *bapok sangat!


U olssss!! Ada bapak hayyam tua gayut datang. Ayuh lari ke laut! (source)


Tapi sampai satu tahap tu CB dah tak larat dikejar ayam jantan tu. Jadi ada sekali tu sedang-sedang kami main kejar-kejar ala-ala Saif Ali Khan mengejar Rani Mu Keji (sah-sahlah CB jadi Rani kaann. Tapi kalau Saif yang kejar, memang CB kejar dia balik) CB berhenti dan bila ayam tu cukup hampir... DUP! Sedas sepakan pondan hinggap kat dada ayam tu. Tapi macam mana tah ayam tu tak terganjak pun u ols! Pelik jugak, bapok sangat ke sepakan CB ittew? Tapi ayam tu sentap u ols! CB dapat tengok air muka dia berubah dari teruja kegersangan menjadi sentap dan takut. Terus dia lari! Sejak hari tu dia memang dah tak berani kacau CB lagi. Loser!


Jadi apa sebenarnya moral of the story? Hadapi lah ketakutan anda dengan berani. Ketakutan mengajar kita erti keberanian. Ada berani?


Shashay away,


CB si Benang Basah yang kegersangan menggigil tengok Magneto dalam X-Men: First Class.

4 comments:

akukanbaik said...

ye betul tu! mak setuju sangat! hadapila ketakutan dengan senyuman

*garlic 2 ulas pleaseeee :)

Cik Benang said...

Hey, jangan kurang hajjar eh! LOL!

Anonymous said...

errr...bleh tak kalau nk cakap saye tak paham ape pakcik jim tu cakap.............

Cik Benang said...

Cik Anon: Arwah si Jim tu mencarut apa tah. Layankan sajerr... Karang kecik ati puloks dia. hehehe