Friday, July 29, 2011

KisahMultiCultural: Bahana Paprika



Kredit kepada Miss Fiona sebab carutan petirnya seeaktu menggoreng telur mengingatkan CB untuk post entri ni.

CB jarang-jarang sekali pergi beli barang dapur kat hypermarket u ols. Biasalah, selalunya Miss Fiona maid yang beli. Githoooo...

Tapi hari tu maid kita lari dari rumah u ols. Segala-galanya CB dah bagi. Zahir dan jugal batin. CB pun tak tahulah dimana silapnya. Mungkin kah part batin ittew? Dia tak puas kah?

Anyway, oleh kerana dia lari dari rumah, maka CB terpaksalah shopping sendiri. Beras, buah-buahan, sayur semua. Masa tu kebetulan pulak kat bahagian sayur ada orang demonstrasi masak-masak u ols. Ala-ala Jaafar Onn gittew demo masak sambil pakai baju melayu sedondon bunga matahari. Niat di hati memang nak cuba 
kaann... Tapi sebab menjaga status sebagai gadis urban dan memiliki kelas tersendiri, maka CB tak pergi.


Lihat baju mak, tak ke sama macam paprika kuning?

Tengah-tengah seronok timbang sayur tiba-tiba pakcik yang masak tu datang kat CB. Dia tanya dari mana, buat apa semua. Kami pun berbual-bual sambil CB masih gegeh menimbang. Macam banyak sangat je barang kau beli kan. Walhal tak reti nak guna penimbang. Gila. Tup tup pakcik tu tanya lagi "adik manis suka paprika tak?". CB, yang secara semulajadinya tak berapa gemar sayur cakaplah "ambo ni tok brapo suko paprika a.k.a cili benggala ni". Tapi pakcik tu gegeh nak jugak suruh CB rasa sup paprika dia. Produk terbaru dari Maggi katanya. Orang-orang tua kata, rezeki jangan ditolak. Lagi-lagi memang orang tua betul yang ajak. Nanti dikata derhaka pulak.

Slurpppp... Githoo bunyi hirup sup katanya.

"hurm... Sedap la sup ni pakcik oii... Apa rahsia?"

"senang je anak oi. Taruk onion n garlic" dengan pelat-pelat Belanda. CB tak berapa dengar part garlic tu. Dia pun pergi belakang dapur dan bawaklah sebeban garlic a.k.a bawang putih konon-konon nak tunjuk la apa rupanya garlic tu kan. Macam lah aku ni baru beranak semalam.

"haa.. Ni lah garlic ittew. Nah, pakcik bagi sikit kat anak".

"ehhh... Tak apalah pakcik. Rumah saya dah banyak bawang putih ni, buat halau pontianak"

Tanpa mengendahkan kata-kata CB, pakcik tu tetap cuba memasukkan 2 ulas bawang putih ke poket seluar CB. Nak menolak, tak boleh sebab dua-dua tangan penuh. Satu pegang mangkuk sup dan satu lagi tangan penuh ngan barang-barang dapur.

Pakcik tu terus berusaha dan berusaha. Dia seluk ke dalam poket seluar CB dan sambil tersengeh-sengeh, dia pusing sikit tangan dan terus!!! Terus jari jemari pakcik tuekk ittew menyentuh vagina CB!

Secara automatik, CB menjerit dan terkejut. Maka tumpahlah sup yang panas ke lantai dan terkena tangan CB yang mulus ittew. Pakcik keji itu terus mengambil tisu dan mengelap tangan CB sambil sebelah tangan menarik cuping telinga CB ke mulutnya dan berbisik:



"op lekker!" bisik pakcik itu ke telinga CB



CB cepat-cepat blah meninggalkan pakcik tuekk yang tak sedar diuntung itu. Keji.


Salam sayang,
CB yang sampai sekarang tak boleh tengok paprika.

Wednesday, July 27, 2011

OhSoRandom: Pain in The Ass Siri IV (Finale)

Hampir terlupa pulak nak update pasal sinetron kegemaran ramai ini, Pain in The Ass. Terima kasih kepada Puan Jannah kerana ingatkan. 2 minggu selepas surat komplen dihantar, CB menerima surat jawapan dari IDEALIS, syarikat perumahan a.k.a pihak kena tuduh kedua. Sepertimana yang CB sedia jangka, keputusan mereka adalah negatif dan menolak segala permohonan CB iaitu maaf secara bertulis dari Hommerson dan revision harga denda.


Bila dapat je surat tu, CB terus emo dan mendelete email tersebut. Jadi tak ada pulak soft copy untuk ditepek kat sini. Walau apapun, CB ingat ayat dia lebih kurang macam ni lah:

“walaupun kunci tersebut kelihatan lama, tidak bermakna ianya tidak ditukar. Buat makluman encik, kunci tersebut memang telah ditukar sehari sebelumnya. Merujuk pula kepada permohonan maaf bertulis, pihak kami merasakan ketidakferluannya kerana itu adalah apa yang Mr. Hommerson rasa terhadap encik ketika itu. Kami akan menghantar invois kepada alamat encik dan mohon jelaskannnya seberapa segera”.

Well, apa yang kita harapkan? Ini bukan negara kita. Takkan lah dia nak suruh pekerja dia, rakyat dia memohon maaf dan mengaku salah terhadap orang asing. Bukankah itu memalukan namanya. Tetapi di lubuk hati CB, memang berlaku ketidakadilan disini. Namun apa yang kita boleh buat? Tak ada apa-apa. Pasrah je lah. CB dah buat apa yang termampu. Dan dia pun dah bagi balasan terhadap aduan CB ittew. That is fine enough for me.

Jadi... insiden ini mencalit satu lagi rona di atas kanvas hidup CB yang memang sudah pelbagai warnanya. Hidup perlu diteruskan, kanvas itu masih lagi luas (insyaALLAH) untuk calitan, contengan, lukisan yang seterusnya dan menjadikan ianya lebih berwarna-warni dan meriah. Sebab tu lah, selalu kita dengar atau baca di mana-mana “warna warni kehidupan”. Sama jugak dalam berpakaian, takkan kita nak pakai kemeja t warna merah Mak Ngah, seluar hijau daun pisang, kasut biru neon. Kita perlu jugak kembali kepada asas, warna tanah seperti kelabu, hitam, coklat, putih. Warna-warna yang simboliknya kita perlu juga melihat ke bawah setelah sekian lama mendongak ke langit biru, pelangi petang, bintang berkerlipan dan segalanya. *merapu meraban cuba merasionalkan diri sendiri.

Honestly, memang CB kecewa. Tapi, hidup mesti terus. This is nothing.

Salam sayang.

CB si Benang Basah yang merancang plot me-lima-puluh-sen-kan kereta si Hommerson.

Monday, July 25, 2011

OhSoRandom: Copet-Copet Manja

Salam u ols... Bulan Julai ni merupakan bulan hazzab CB. Awal-awal bulan hari tu, macam mana tah kekasih gelap CB boleh terlupa nak masukkan elaun CB bulan ni. Bila CB telefon katanya tak dapat surat kebenaran dari Persatuan Kekasih-Kekasih Gelap (PKKG) cawangan Malaysia katanya. Jadi terpaksalah CB menelefon sana sini kaann... Pejabat PKKG pulak bulan ni masih sibuk berpindah ke tempat baru. Maklumlah, presidennya dapat wasiat bernilai EURO 17 juta katanya. Jadi atas dasar mengekalkan jawatan dan menagih populariti dikalangan ahli, dia pun sponsor lah bangunan baru. Waima, itu bukan cerita hari ni. Tuu diah, waima katanya. Entah betul ke idok penggunaan aku tu. Selepas seminggu menunggu dan dengan tindakan pantas kekasih gelap CB, maka duit pun masuklah. Ya Allah, Nabila syukur ya Allah. *sambil pose-pose pakai tudung ibu arini.


Waima (lagi!) selepas seminggu feeling-feeling anak orang berada, CB dicopet u olssssss... Kebetulan pulak nak dijadikan ceritanya, sebuah bandar kecil yang berjiran dengan kota megalopolitan tempat CB tinggal ni buat parti tahunan katanya. Masa tu biasalah kan, sebagai gadis yang berjiwa kental dan muda suka lah nak berparti segala. Ala-ala perarakan BERSIH la kaedahnya. Tapi daripada memakai tshirt kuning, mereka memilih untuk menggayakan baju berona merah jambu katanya. Di samping itu, di sini mereka tak sembur air berubat cap badak daripada FRU u ols, tapi air kencing setan (pitam) sajork. Anak-anak sekalian jangan terlalu cepat melenting dan mengatakan CB telah kafir dan murtad kerana turun bermandikan air kencing syaitan itu seumpama gadis remaja dalam montaj Pobre Diabla bermandi hujan, kerana sesunguhnya CB telah bersiap sedia dengan menggayakan burqa kalis air, daripada koleksi Datin Rosmah Manjakani yang terkini, diinspirasikan daripada Minggu Fesyen Islam baru-baru ini. Datin Rosmah Manjakani, yang merupakan patron kehormat memilih paten kain pelikat sebagai rona fabrik kali ini. Rona kain pelikat ini adalah ditiru (baca: diinspirasikan) daripada koleksi musim luruh Burberry yang mengambil jiwa kain ikat Indonesia dan dilancarkan di Milan beberapa hari sebelumnya. Risau terkena air kencing syaitan? Kini tidak lagi dengan burqa kalis air Datin Rosmah Manjakani! Dapatkan di kedai berhampiran, atau dail nombor yang tertera di kaca televisen sekarang untuk menikmati diskaun hebat. *sewel

Masa tu pulak, CB tengah sibuk berbual dengan seorang pakcik ni daripada Daerah Parit Beribu yang feeling-feeling kaya, ada bot mewah segala u ols. Katanya, KATANYA lah kaann... dia pernah sampai di Malaysia, atau lebih tepat lagi: MIRI. Sebab katanya waktu itu dia dalam perjalanan ke Brunei daripada Singapore. Atas kekuasaan tuhan yang maha Esa, maka kapalnya yang mewah itu dipukul badai ribut segala lalu patahlah batang layarnya dan terdampar di Miri. Malang sekali Puteri Santubung dan Puteri Sejinjang tengah minum petang di Paris, maka tak dapat lah den nak nolong katanya. Githooo... CB pun layankan je lah. Sebab kawan baik CB, Puan Jojo Presiden Kelab Kuat Makan (I miss you! Sempat neh!) yang juga kaunselor berdaftar pesan kat CB, orang macam tu kita kena layan je u ols. Layan kan saja angin dia. CB pun oohhh... ahhh... wow... kesian eh... lebih kurang macam tu lah kaann... Sepertimana yang CB selalu tekankan, walau dimana kita berada, sebagai warganegara Tanah Tumpah Darah kita hendaklah sentiasa bersopan santun dan menjaga tatasusila, maka CB yang sedikit lemas meminta diri untuk pulang dengan penuh bersopan santun, bak puteri kayangan lagaknya. Tengah-tengah nak pulang tu, barulah CB sedar yang kad-kad CB semua dah hilang... Sebelum tu masa tengah raba-raba bontot sendiri, CB yakin masih ada. Jadi sebenarnya mungkin tak dicuri, mungkin tercicir. Banyak kemungkinannya sebab kita sendiri pun tak pasti kan. *apa aku cakap pun aku sendiri tataw kan.

Maka selepas itu, bermulah lembaran baru bulan ini. Disamping kedintisan, CB juga terpaksa berurusan ke hulu ke hlir menguruskan permohonan kad residen yang baru itu. Sebagai prosedur biasa, kenalah buat report polis. Sampai-sampai je balai polis, dia cakap kena pergi Dewan Bandaraya. CB pun telefonlah Dewan Bandaraya, katanya kena datang sendiri ke pejabat mereka. CB dan Miss Fiona Layola pun berkejaran sehingga menbuat satu tawaf tidak ferlu. Sesampainya di dewan bandaraya, “maaf, kapi tutup. Sila datang esok”. Esoknya CB pun pergilah ke Dewan Bandaraya “maaf, untuk ini kena buat laporan kat balai polis”. Dengan sepantas bayu lalu, CB berjayuhan ke balai polis pulak, hanya untuk mendengar pegawai tu cakap “maaf, balai polis tutup hari ini. Sila datang esok”. CB pun pitam di hadapan balai polis tersebut sambil mengharapkan akan ada abang polis kekar lalu menyelamatkan CB. Tapi CB lupa, balai polis tutup. Maka sia-sia sahajalah lakonan CB sebentar tadi.

Keesokan harinya, pergilah ke balai polis ittew. Pegawai tu cuba membolakan CB sekali lagi ke Dewan Bandaraya tapi dengan pantas CB bersuara dengan nada serius “maaf encik pegawai” sambil menghulurkan surat daripada Dewan Bandaraya dengan mengangkat sebelah kening ala-ala Ziana Zain. Maka Encik Pegawai pun akurlah adanya...

Untuk mendapatkan [ermit residen itu, CB kena bayar pulak EUR250 u olsssssss.... Dah la dintis, kena pow lagi. Mengangkat konsep telenovela arahan Yusof Haslam yang tidak berapa ferlu itu, maka bencana menimpa-nimpa diri CB yang kurus tapi mungil naum kental jiwanya ini. Minggu depan, kawan dengan faedah seumpama simpanan tetap premium BSN atau dalam bahasa inggerisnya: friend with benefit telah menjemput CB ke Negara Biawak Hidup Eropah untuk melancong u ols. Nak keluar memanglah boleh kan, tapi nanti nak masuk pulak bermasalah. Maka dengan itu, CB diberi tiada pilihan melainkan memohon Visa Ulang-alik (return visa) yang bernilai EUR140.00 sahaja. Dulu EUR40 je u ols, tapi entah macam mana tah boleh jadi EUR140 pulak. Naik lebih 100% kedahnya. Kalau kat Malaysia, nescaya akan tercetuslah BERSIH 3.0 sebab Kakak Ambigan tak boleh masuk Malaysia selepas pulang bercuti di luar negara hasil duit pendapatan dari penjualan t-shirt kuning sewaktu BERSIH 2.0.

Namun demikian, sebagai gadis urban (nanti CB cerita kat bawah pasal keurbanan ittew), berjiwa kental, berprestasi tinggi serta anggun dan elegan CB tetap menghadapi semua ini dengan senyuman. *alamak, terdengar suara supervisor, terus takde idea. Bencilah! Harap segala-galanya berjalan lancar. Sebab CB dari tahun 2008 lagi bermimpi dan ke Negara Biawak Hidup Eropah itu, lagi-lagi menyambut hari jadi ke 25 di sana! Ah, indahnya.

Cerita Bonus:

Taraf CB sebagai wanita urban dicabar hebat oleh tidak lain tidak bukan, teman serumah CB sendiri, Miss Fiona Layola. Beliau telah meningkatkan Indeks Keurbanan beliau dengan menambah iPad di dalam inventori aset persenjataan peribadi beliau. Buat makluman semua, iPad memberi sebanyak 100 mata kepada Indeks Keurbanan ini. Namun demikian, pengetahuan untuk membuka akaun Apple dan mengendalikan perisian berkaitan memberikan 500 mata, yang mana tidak dimiiliki oleh Miss Fiona Layola yang rabun IT ittew (ooppsssss!!). Maka CB masih lagi berada di hadapan. Terima kasih semua.

Salam sayang,

CB si Benang Basah yang tengah gigih membida iPad 2 di ebay.nl